Assalammualaikum & Salam Ramadhan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Pelajar selalunya tidak lari dengan kenyataan untuk menerima result selepas menduduki peperiksaan. Begitu juga dengan aku yang digelar sebagai pelajar. Aku selalu takut nak tahu result tapi aku menerima sahaja keputusan yang keluar dan apa yang aku perolehi.
26 Julai 2013 adalah tarikh keramat untuk pelajar melihat result. Tengok keputusan setelah satu semester belajar di universiti. Emm...kali ni aku dapat result memang gempak giler tapi gempak ni bukan yang baik tapi disebaliknya. Tak sangka la pulak sampai ada yang tak lulus.
Tapi aku jadikan tu sebagai penguat untuk masa depan. Aku pun tak heran la sebab subjek tu aku tak berapa nak suka sangat dan aku buat macam main-main je. Kira mengira ni macam aku tak berapa nak prihatin sangat. So, aku buat ala kadar je.
Maka akhirnya aku gagal dalam subjek tu. Emm...kena ambil lagi la sem akan datang untuk subjek tu. Hope akan datang akan lebih baik lagi. Bukan aku tak pernah gagal, aku manusia biasa juga. Aku pun tak pelik la aku tak lulus sebab aku dah usaha sendiri. Aku tak meniru. Aku tak heran pada kawan2 yang lulus dalam subjek ni sebab jalan untuk lulus dalam subjek ni dengan cara yang kurang betul.
Aku bukan jenis orang yang meniru dalam peperiksaan. Biarlah orang kata aku bodoh2 tapi aku tak bodoh la sampai nak meniru bagai. Ini bukan nak mengungkit tapi benda ni dah terjadi banyak kali dalam alam belajar. Dari sekolah dulu aku tak biasa nak tiru2 ni.
Tak salah kalau nak kena ulang modul ni. Mungkin lepas ni kalau aku ambil semula subjek tu akan menaikkan lagi pointer aku yang telah jatuh sekarang ni. Banyak faktor seseorang itu boleh jatuh dan bangun semula.
Mungkin ini bukan masa aku untuk mendapat yang lebih baik tapi aku percaya rezeki manusia itu sentiasa ada dan bila rezeki itu ada hanya masa yang menentukan. It's ok la, kalau difikirkan bukan aku sorang yang ada kes macam ni tapi tanpa pengetahuan aku ramai lagi yang lebih teruk dari aku.
Hope semester depan lebih baik dari semester ni. Gagal sekali tak bermakna gagal untuk selama2nya. Pasti ada hikmahnya. Aku berterima kasih kepada pensyarah yang mengajar subjek ni. Sem depan aku dah tak duduk kat bilik lama lagi, perubahan ini aku pilih untuk aku lebih tenang daripada aku sakit hati menahan segala yang aku kena hadapi.
Redha je la aku dengan result yang aku dapat. Tapi dalam beberapa subjek lain yang aku ambil, aku bersyukur dapat yang baik juga cuma sebab hanya satu subjek yang tak lulus tu menjatuhkan pointer aku. Lalui dengan tenang dan terima segalanya. Tuhan lebih mengetahui. Wassalam...