Sunday, June 5, 2016

Puasa Pertama 2016

Assalammualaikum & Salam Ramadhan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Hari ni 6/6/2016 iaitu hari pertama umat islam seluruh dunia menjalani ibadah berpuasa. Puasa kali ni tak seperti tahun-tahun sudah. Kali ni dapat berpuasa dengan family. Kalau sebelum ni aku puasa dengan kawan2 kat UPM. Sebenarnya dah terbiasa sebelum ni tak berpuasa dengan family sebab merantau belajar sana sini.


Puasa hari pertama ni cuma berempat je di rumah. Adik-beradik lain semua dah kahwin so tinggal la yang belum kahwin ni di rumah. Rezeki berpuasa dengan parents. Kalau nanti dah kahwin tak dapat la merasai moment ni lagi. 


Aku pun dah terbiasa, bangun awal sediakan makanan sahur. Yang paling penting call adik beradik tanya samada diaorg dah bangun sahur atau belum. Itu yang duduk jauh, yang dalam satu rumah pun aku jugak yang kena kejutkan. Nasib la bangun ke tak sebab aku kejut bukan jenis yang marah2. Seru je nama confirm bangun. Tapi ada je yang tak bangun. Apa lagi buka volume tv kuat2 supaya bangun.


Excited puasa kali ni takde la seperti sebelum2 ni. Macam biasa je bersederhana je dalam semua perkara. Petang sebelum puasa aku sempat pergi belanja barang dapur. Mak tunggu dalam kereta aku pergi tolak troli sorang2. Dah biasa sendiri. Nama pun wahida a.k.a tunggal/seorang/sendirian...


Apa susah, dah buat senarai terus ambil barang2 yang nak dibeli. Lepas tu beratur dan bayar. Aku simple je tak susah mana pun walaupun seorang. Mungkin dah terbiasa kot.


Wahid nak ucapkan

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA KENALAN YANG MENGENALI
NURUL WAHIDA BINTI SARBANI

Moga ramadhan kali ni lebih bermakna. 

Mana tahu dapat tawaran kerja je. Maklum la dah menganggur setahun di rumah. Cuma uruskan perniagaan kecil2an je di rumah jual barang bundle dan menjahit pakaian sikit2.