Pucuk Pauh Delima Batu
Anak Sembilang Di Tapak Tangan
Sungguh Jauh Beribu Batu
Hilang Di Mata Di Hati Jangan
Setiap pertemuan mesti ada perpisahan walaupun setahun, sebulan, seminggu, sehari, seminit apatah lagi sekilas pandang. Tetapi kenapa mesti ada perpisahan? Adakah kerana kita akan merindukan seseorang itu atau kita akan teringat-ingat akan orang itu atau orang itu hanya sekadar akan bermain-main diminda kita tanpa sebab yang kita sendiri tak tahu kenapa... Hai boleh pulak mcm gitu...
Kenangan yang aku dapat semasa aku di Sabah bersama-sama dengan orang yang sentiasa ada disekeliling aku setiap masa walaupun orang itu aku baru kenal mahupun sudah beberapa bulan aku kenal tetap menjadi kenangan dalam hidup aku. Oleh disebabkan aku ni peramah sikit (perasan) dengan orang, aku dapat kenal dengan sesiapa pun walau hanya dengan sedikit teguran (banyak mulut).
Tapi aku rasa seronok. Tak pernah aku dapat kawan yang pelbagai bangsa, al maklum la 1Malaysia la katakan...nama yang pelik-pelik pun ada tapi memang sesuatu yang baru la dalam hidup aku dan menjadi lipatan sejarah dalam kamus hidup aku tanpa perlu diterbitkan.
Kenangan yang aku dapat ni pun tak dapat aku jual walaupun berjuta harganya, hanya aku saja yang tahu menghargainya dan aku takkan jual dengan orang lain selain aku berkongsi pengalaman dan cerita dengan sesiapa pun yg sudi mendengar.
No comments:
Post a Comment