Wednesday, February 2, 2011

wanita dgn perempuan hatinya sama ???

Nama pun perempuan dgn wanita so sma la jantinanya, jadi yg dtg musykil kenapa? Anugerah dr Tuhan kerana setiap manusia menpunyai hati agar dia dpt b'timbang rasa. Manusia juga ada perasaan kerana dr situlah rasa mahu menangis kerana perasaan terasa sedih, ketawa kerana perasaan gembira, muram kerana perasaan marah atau sebaliknya. Itulah namanya perasaan sebab semua ini bergantung pada diri kita sendiri sebab kita yang lalui, rasai, hayati dan semuanya. Tapi kenapa ada perempuan ada hati pada perempuan, semua ini sukar dimengertikan sebab semuanya bergantung kepada perasaan masing-masing.

Perempuan mengerti perasaan wanita, kerana kadangkala wanita lebih mudah meluahkan perasaan dengan perempuan sebab mereka boleh berpegangan tangan dan saling membalas jari-jemari yang mereka tautkan di dalam genggaman, boleh mengusap lembut rambut yang panjang, mereka boleh bertentang mata satu sama lain tanpa rasa syak wasangka. Bukankah itu hebat kerana jarang sekali dilakukan oleh lelaki. Tetapi sekarang, masalahnya kenapa semua manusia disekeliling kadang kala menandang serong diatas setiap perbuatan manusia yang sebenarnya ianya fitrah manusia.

Fitrah manusia, semuanya ada hikmah. Kalau dah Tuhan jadikan sesuatu pasti ada muslihat yang disebaliknya cuma manusia ini jarang sekali tersedar atau tidak ketahui langsung bahawa perempuan yang ada hati dengan wanita adalah mereka saling memahami antara satu sama lain dan mereka belajar bagaimana cara untuk mengatasi masalah yang melanda diri mereka serta tempat yang tepat untuk meluahkan hati, pendapat dan pandangan yang berbeza-beza dikalangan mereka...

Mengapa dipandang serong, sememangnya fitrah wanita dan perempuan suka dimanja, diambil berat dan suka diberi perhatian lebih ketika mereka memerlukan. Tetapi mata yang kurang senang dengan perlakuan begitu akan menbuat kesimpulan disebalik apa yang berlaku dan tidak memikirkan ianya perkara yang positif. Jika perlu dipersoalkan pada yang berbuat demikian bertanyalah pada mereka mengapa agar setiap persoalan kamu terjawab. Adakah itu lebih baik dari menabur fitnah dan menbuat dosa kering semata-mata...

No comments:

Post a Comment