Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa


Assalammualaikum Dan Salam 1 Malaysia

P'tama Wahid nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa. Aik mcm sama je kan bunyinya. Takpe la...apa2 pun 1 Ogos 2011 b'samaan dengan 1 Ramadhan 1432 H semua umat islam b'puasa. Pada yg tidak dpt puasa tu jgn lupa bayar semula. Kalau nak curi2 makan tu 'tapuk2' la kata org Sabah.

Pg tadi Wahid dgn keluarga b'sahur nasi b'laukkan dgn sayur, sup ayam dan ayam goreng. Ok la tu utk alas perut dan minum air nescafe o panas. Dalam pukul4 pg td adik Wahid dpt panggilan dr adik Wahid yg lelaki tu. Dia minta bantuan sbb motor yg dia tunggang k'habisan minyak. Dia dari rmh Parit Raja Batu Pahat nak balik ke rmh kami di Ayer Baloi Pontian. Tempat yang dia kehabisan minyak tu tak jauh dari rumah so dia minta adik perempuan Wahid hantarkan minyak motor. T'paksalah adik Wahid yg perempun tu drive pagi2 semata2 hantar minyak.

Nasib la dia sempat sampai ke rmh utk b'sahur sama2 kami. Mak tanya kenapa dia tak balik malam nak puasa tu. Dia fikir apabila gerak awal pagi dari rmh sana boleh sampai ke rmh yg di kampung ni dgn cepat. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yg tentukan. Kalau balik malam td tentu tak berlaku mcm tu. Lagipun masa panjang lagi utk b'sahur. Ini dah kira k'suntukkan masa juga utk kejar masa b'sahur. Mak bukan apa dia risaukan keadaan adik lelaki Wahid tu.

Tahun ni Wahid dapat la b'sahur, b'buka dan b'puasa b'sama keluarga. Selalunya bila tiba bulan puasa je mesti la b'laku ketika Wahid belajar. Dulu di Sekolah Teknik Batu Pahat, kemudian di Politeknik Shah Alam lepas tu kat Politeknik Kota Kinabalu pulak. Tapi semuanya m'jadi kenangan apabila b'ada jauh dgn keluarga. Semuanya sendiri dan tidak ada pihak yg m'gejutkan utk bangun sahur. Sedih kadang-kala m'ingat kembali kenangan puasa dahulu kala. Huhuhu

Mcm thn lepas Wahid puasa di Sabah ketika m'nuntut di Politeknik Kota Kinabalu. Masa disana b'beza dgn di semenanjung. Waktu imsaknya hbs cepat dan yg paling best 'sungkai' cepat 1 jam dari semenanjung. Oppss!! lupa pulak, sungkai tu bahasa Sabah, bahasa melayunya b'buka puasa. Kat sana Wahid makan ala kadar je. Ingat nak pergilah tengok Baazar Ramadhan di Indah Permai tp tak jadi pulak. Belum t'gerak lagi kaki nak pergi ke sana walaupun si Rohaini Salim ada ajak Wahid utk tgk2 apa juadah yg dijual. Wahid malu s'benarnya nak jalan2 dgn dia.

Malam tadi sempat la buka FB wish kat abang kakak and anak2 saudara. Mereka jauh so tak dapat la nak b'puasa b'sama2. Apa2 pun raya nanti diaorg balik juga b'raya b'sama kami. InsyaAllah...Wahid sempat lagi baca wish dari kawan2 dan antaranya dua ni. Unik la...Dua2 dari kawan yg di Sabah. Jealous plak mereka b'buka cepat.

Kepada semua umat islam tidak kira dimana b'ada Wahid ucapkan SELAMAT BERPUASA. Moga segala ibadah diterima dan sentiasa m'lakukan perkara kebaikkan. InsyaAllah akan mendapat rahmat dari NYA. Amin...

`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫ AYU NATASHA MISIRAN - Tawau Sabah-
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿
* _Π_____* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/______/~\SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
| 田田 |門| ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥

..♥..SALAM RAMADHAN 1432H KEPADA SEMUA MUSL!M!N & MUSL!MAT..♥..
ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ
•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.​¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•
::: (\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*..​.*...*...*...*...*
*: (=' :') :::::::: SALAM RAMADHAN ::::::::::
...•.. (,('')('')¤...j*A...N*...N*A..​.*...J*...Y*...*...*...*
¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*​•.¸¸.•*´¨`*•.¸
ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ
NURJANA RASHIDAH SAMSON SABAH

Wahid dedikasikan lagu ini untuk semua yang m'baca blog Wahid.

Raihan – Harapan Ramadhan

Ku Mengharapkan Ramadhan
Kali Ini Penuh Makna
Agar Dapat Kulalui
Dengan Sempurna

Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa Ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula

*courtesy of www.LirikLirikLagu.com

Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang DiperintahNya
Moga Dapat Ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-henti

Tak Ingin Ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan
Ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan

Selangkah Demi Selangkah…
Dengan RahmatMu Oh Tuhanku…
Ku Tempuh Jua

Lirik Lagu Raihan – Harapan Ramadhan
Artis: Raihan

Saturday, July 16, 2011

Dah ada Mood Konvokesyen...(@_@)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi...rezeki Allah nak bagi. Wahid dah dpt keputusan UPU dan akhirnya wahid dpt sambung belajar kat UPM Serdang. S'belum ni wahid rasa mcm takde mood sbb asyik fikir pasal keputusan UPU tu la. Tp skrg ni dah dpt tahu t'senyum je la.

Konvo wahid kali ni kat Poli KK Sabah. Last rasanya pergi Sabah sbb lps ni tak tahu lagi dpt pergi sana lg ke tak. Maklum la dah tiada urusan apa2 lagi cuma yg ada tinggal kenangan saja. Kalau ada pun pergi sana dpt lepaskan rindu pada keluarga angkat di Kota Belud dan makcik di Tuaran.

Lepas balik dr Sabah nti bz pulak uruskan pasal nak hantar borang jawapan. Saja buat awaal biar tak kelam kabut. Nak sediakan baju awal2 utk ke UPM. Hehehehe semangat!! Sekali s'umur hidup tak salah. Emm..tak tau nak cakap apa lg...mood mmg happy sangat2 la.


Wednesday, July 6, 2011

Mood Konvokesyen...


Hari konvokesyen tinggal berapa hari je lagi. Aku tak prepare apa2 pun, takde semangat nak naik pentas. Tp disebabkan aku dah beli tiket dan dah bayar yuran konvo aku gagahkan juga pergi Sabah. Baju nak pakai time konvo nanti aku tak buat pun sbb tema yg poli suruh cuma baju warna terang. Emm...banyak warna terang tp tak terfikir pun warna apa yg sesuai sbb poli akan bagi tudung khas semasa majlis konvo nanti.

Mak aku bagi cadangan suruh pakai je baju kakak aku, habis cerita. Baju kakak aku time konvo kat PoliJB warna krim. Aku dah try baju tu dan t’nyata muat. Dulu kakak aku kecik sikit badannya tp sekarang dah besar sikit, entah2 dia pun dah tak muat. Dr terbiar je kat dlm gerobok kakak aku tu baik aku yg manfaatkan.

Aku dulu konvo kat PSA tema baju warna putih. Takkan nak pakai baju tu lagi sbb aku dah pakai kat PoliKK masa ada majlis2 kat kamsis. Apa2 pun janji aku pakai baju tak kisah la warna apa2 pun. Kasut pun aku tak beli lagi. Aku tak nak jadi macam dulu kasut yg aku beli last2 minute ketat sangat sampaikan kaki aku melecet. Aku cover2 naik pentas tu tahan sakit. Nasib la gambar aku masa terima sijil tu t’senyum je. I like....

Emm...sampai sana nanti aku tak sabar nak jumpa orang yg aku anggap adik aku sendiri iaitu Rohaini Salim. Aku rasa dia cute dan bila aku tengok muka dia aku akan rasa tenang. B’sama dia selama dua semester m’buatkan aku kenal dia s’orang yg sentiasa tersenyum dan aku suka tengok dia tersenyum. Tak lupa juga pada ex roomate dia Ayu Natasya Misiran. Sekarang dia adalah s’orang model sambilan dan dia b’kerja di kedai kek sbg designer cake. Aku dah siap tempah kek dr dia utk celebrate birthday aku kat sana.

Haaa inilah antara Ayu Natasya yg design. Aku nak mcm ni juga. Sempena thn ni thn arnab dan aku juga dilahirkan pada tahun arnab juga. Heheheh...cumil la. Kalau dpt la yg mcm ni first aku nak gigit telinganya dulu.

Kalau boleh nak jumpa semua budak2 ex blok G lagi2 budak2 aras 5. Diaorg yg sentiasa dihati dan sentiasa ada utk m’gembirakan hati aku. Masa bulan4 aku datang tu pun diaorg dah t’jerit2 mcm nampak artis je siap peluk2 aku kuat sangat. Meresap sampai ke jantung aku rasa perasaan gembira tu. Dah terbayang2 ni muka satu per satu budak2 blok G lagi2 budak aras 5.

Aku terfikir ni mcm mana reaksi diaorg nanti bila jumpa aku.

Tuesday, July 5, 2011

Malam Anugerah Gemilang Kamsis POLIKK

Saat itu Dewan Reflesia yg terasa bagaikan b'gegar dengan jeritan dan keriuhan penghuni kamsis Politeknik Kota Kinabalu dan aku adalah antara insan yang rasa b'debar apabila menunggu utk m'dengarkan keputusan keceriaan blok kamsis. Sungguh aku terasa debarannya sbb budak2 blok aku dah excited sangat dan yakin blok G bakal juara. Ditambah lagi suasana ketika itu, aku dapat dengar penghuni dr blok lelaki m'laung2kan nama blok G sebelum diumumkan keputusannya pd majlis yg ditunggu2 selama satu semester.

Dengan bertemakan pakaian hitam putih pada malam itu, semua penghuni sungguh anggun pd siswi dan pada siswa juga sungguh segak dgn pakaian yg sentiasa smart. Pada malam tu mcm biasa first kami nyanyikan lagu Politeknik Kota Kinabalu, Lagu Politeknik Malaysia dan lagu Negeri Sabah yg sentiasa m'naikkan semangat sesiapa yg berada di dalam dewan ketika itu.

Ucapan demi ucapan dan diselitkan dengan slide show gambar2 sepanjang aktiviti kamsis bagi sesi Julai 2010. Dan kini tibalah p'gumuman yg dinanti2kan oleh semua penghuni. Keadaan di dewan ketika itu kecoh dan t'dengar suara2 penghuni m'jerit2. Tak sabar utk m'getahui keputusan kecerian blok. Aku yg dah selawat banyak kali ni pun terasa m'gigil tangan. Budak2 blok G yg duduk sebelah aku dah senyum2 pada aku.

Menanti dgn penuh debaran dan akhirnya keputusan diumumkan "Kecerian blok siswi bagi sesi Julai 2010 jatuh kepada BLOK G SEMARAK". Aku rasa masih terngiang2 lagi ucapan itu ditelinga aku. Memang aku tak dapat lupakan. Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana usaha yg kami lakukan selama ini akhirnya m'buahkan hasil. Walaupun blok kami lakukan keceriaan tidaklah seberapa dgn blok2 yg lain tetapi kalau dah tertulis hari itu rezeki blok kami menjadi JUARA tidaklah kemana2.

Setelah diumumkan pemenang, aku selaku Ketua Blok ketika itu naik ke pentas b'sama dgn s'orang kawan yg satu aras. Lagipun dia dah cakap awal2 kalau blok kami menang dia nak ikut sama naik ke pentas terima piala. Mula2 tu aku yakinkan dia supaya tidaklah terlalu m'harap kerana apa2 pun boleh b'laku disaat akhir. Tapi ternyata tekaan budak2 blok G tepat.

Terima Kasih Cr Puan Norhasimah Binti Kassim selaku Pengetua Kamsis Politeknik Kota Kinabalu Sabah. S'panjang b'jalan ke atas pentas aku b'syukur sangat dan aku tersenyum sampai depan Puan Shima. Aku rasa inilah kenangan paling manis selama aku m'jadi ketua. Thanks pada yg m'gundi aku utk jadi ketua blok ketika itu dan semuanya b'setuju. Aku rasa kalau masa tu ada dua pilihan ketua yg dicalonkan aku rela letak jawatan sbb aku pada mulanya tidak yakin tetapi diatas keyakinan dan k'percayaan orang lain pd aku m'buatkan aku tak jadi nak letak jawatan.

Bukan mudah utk jadi ketua yg sememangnya haruslah s'orang yg b'tanggungjawab dalam segala hal serta membantu pihak kamsis dalam pengurusan penghuni di blok kamsis. Memang berat utk m'hadapi tapi aku tabahkan diri utk melalui semua yg datang sepanjang semester itu. Aku terima yg manis dan pahit. Aku mulanya dah terfikir juga, bolehkah aku m'jadi pemimpin ketika itu. Tetapi b'bekalkan pengalaman aku harungi juga walaupun pd akhirnya kenangan pahit yg aku terima tanpa henti. Tuhan masih sayangkan aku sebab itu aku diuji sedemikian.
Senyuman Ketua Blok. Pandai2 je budak2 ni curi2 gambar aku. Time ni aku nak tunjukkan budak2 ni piala yg blok kami menang. Malahan diambil gambar aku pulak. Apa2 pun thanks =)

Orang2 yg sentiasa m'dukung aku dari belakang. M'jadi tulang belakang aku dan banyak m'bantu aku dalam segala2nya. Dari kiri Erwana Binti Riadi, Wendy Muda Binti Anton, Nooreleena Binti Makbal and yg paling hujung tu Jovie Velerie Binti Paul. Best friend forever. Masing2 ada keletah yg tersendiri dan aku rasa kadang aku terhibur dengan mereka punya joke. Pernah la sekali kami keluar ramai2, aku rasa pipi aku sakit sbb t'senyum je dengar lawak2 mereka. Tp dengan lawak2 mereka itulah aku mampu t'senyum hingga kini.

Time ni dah habis majlis mereka ajar b'gambar kat atas pentas. Diaorg tarik je aku time nak b'gambar kenangan. Dr kiri Wahid KBG singkatan utk ketua blok G, Siti Nurfatiha Binti Yusof, sebelah dia sama2 dari Labuan Malati Binti Naim dan yg paling hujung Erwana aka Lampik. Semuanya tinggi2 aku je sorang yg rendah.

Si gadis manis Sarimah Ghafar selaku Biro Sukan Dan Aktiviti Blok G sesi Julai 2010. Biro yg aku lantik secara tak sengaja di atas sesuatu perkara yg berlaku depan mata. Ema i know you strong and you smart girl. Saya nampak sesuatu yg ada dalam diri kamu tetapi kamu tidak m'nonjolkannya dan m'buktikan bahawa kamu juga boleh memimpin. Saya nampak sifat kamu itu ketika kamu b'diri dan m'yoal saya dengan pelbagai p'soalan yg ketika itu sebenarnya kamu yang salah faham ketika m'dengar penerangan saya di dalam p'jumpaan bersama penghuni lain.

Saya rasa keputusan saya tepat ketika saya m'lantik kamu utk m'gantikan org yg tak sepatutnya berada di kedudukannya ketika itu. Apabila kamu b'diri dan b'suara kamu tidak sedar s'benarnya kamu m'punyi k'beranian dan ketika itu semua t'diam m'dengar apa yg kamu p'katakan. Itulah kelebihan kamu yg saya dpt lihat. Kamu b'kebolehan b'suara dan semua orang akan dengar. Kamu juga adalah salah s'orang yg m'beri kata2 semangat ketika saya gagal di dalam melaksanakan projek. Thanks Ema for everything.
Melty Boloh merangkap aku punya Penolong Ketua Blok G utk sesi julai 2010. Thanks Mel sbb sudi m'bantu dlm m'jayakan semua program blok kita. Mel kena yakin dgn kebolehan diri Mel jgn cepat m'galah dan terlalu cepat buat keputusan yg Mel belum pasti lagi. Kalau saya tidak nasihatkan Mel awal2 dulu tentu Mel dah tarik diri dari sama2 m'jaga blok sampai ke tahap kita peroleh kemenangan dan m'peroleh kenangan yg paling manis b'sama penghuni aras 5.

Inilah Sijil di dalam frame yg Blok G menang.

Malati teruja!!! Senyum bah kamu...

Fatiha dan Erwana sweet girl. Hahahaha sweet la sangat...Boleh bah kalau kau!!!
Noor Azlaily Mokhtar + Anina Zulaikha Mohamadin + Norheina Ahmad = Geng Aras 5
Peaceeee!!!! Thanks korang sbb banyak gila la bantu KBG. Heina ketua yg sempoi dan suka gelak. Anina kawan yg sentiasa ada disebelah Heina. Laily penghuni baru aras 5 dari KL.

Adibah Hatun Nasir + Siti Nurfatiha Yusof + Salfarina Saharani = Friend Together2

Peace =)

Smile Always =)

BBF =)

Wajah2 kegembiraan penghuni Blok G Semarak. KBG wahid sayang sangat2 kat kamu semua.

Penghuni aras 5 m'rakamkan gambar kenangan terakhir pada majlis p'nutupan kamsis sesi Julai 2010. Terlalu happy ketika blok G digelar juara dan tempat ke2 blok terbaik di antara kesemua blok di kamsis sampaikan kasut tumit tinggi pun dia angkat juga, memang happy sangat2 la time ni utk semua penghuni.

Duduk satu barisan dan tak pernah b'pisah. Ingat adik2 ku sayang satu masa nanti kamu akan b'pisah juga m'bawa haluan masing2 tetapi KBG Wahid harap tidak dilupakan antara satu sama lain dan saling b'hubung walaupun sudah b'jauhan.
B'kongsi k'gembiraan b'sama separuh penghuni2 Blok G Semarak. Terima kasih kepada semua penghuni di atas kerjasama kalian utk memajukan blok kesayangan kita. Kenangan dengan kalian tak dpt KBG lupakan.

Lebih m'gejutkan lagi, blok kita m'perolehi Anugerah Blok Terbaik walaupun hanya mendapat tempat ke2. Kita pun tak menjangka sebenarnya kemenangan yg tanpa disangka2 itu. Well, disiplin blok kita memang longgar sedikit b'banding dengan blok yg m'juarai anugerah blok terbaik. Tapi kita tetap enjoy berada di Blok G yg best gila.
Antara penghuni2 blok G aras 5. KBG sebut sekali imbas la ok, dari kiri Qieqien, Atun, Salfarina, Heina, Lysa, Kasmah, Anina, Erwana, Wendy, Malati, Jovie, Eleen, Fatiha, Elina Ku Lih Hwan, Anis Maheera Farid Anuar, Rozalia and ada lelaki s'orang t'sesat kat sini.

Untuk meraikan kemenangan Blok G Semarak KBG dedikasikan lagu ini untuk hiburkan hati semua penghuni dan ucapan setinggi2 terima kasih atas sokongan kalian samada yg terlibat ataupun yang tidak terlibat dalam aktiviti blok. Terimalah... i hope you all enjoy this song.
Love You All So Much...Indahnya di Bawah Bayu Selamanya =)

Ella (Wah Idris & David Gates / Habsah Hassan)

Standing In The Eyes Of The World


Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

( korus )
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Friday, July 1, 2011

Anis go back to Muar


Anis depan rumah aku. Dia dah siap2 nak balik Muar. Time ni la pulak dia nak b'gambar. Rumah aku tu belum siap. Lps ni kalau Anis dtg lagi tentu dah b'beza.
Peace Anis =)

Huhuhu jalan keluar dr Parit Panjang. Sempat aku b'henti tepi utk Anis ambil gambar. Well, jangan komen kenapa byk sangat signboard dlm gambar Anis ni. Hobi t'baru...


Anis Gadis Petronas. Semua petronas aku b'henti sbb kat sinilah salah satunya yg ada nama2 tempat yg Anis pernah sampai. Lagipun kat petronas senang sikit nak ambil gambar.

Masjid di Benut. Anis tertarik sbb dia tengok pada warna masjid tersebut. Unik!!


Signboard ni s'benarnya m'nuju ke kampung mak aku. Mak aku org Kampung Permatang Duku. Maybe dulu2 banyak duku kot kat kampung tu, itu pasal la mereka namakan p'matang duku. Tp ada juga permatang lain seperti Permatang Palas dan Permatang Sepam.


Kami singah sebentar di AZHAR FOOD. Borong kerepek utk ole2 Anis. S'belum masuk pintu ada mcm2 kerepek. Testing la katakan tp jgn pulak melantak habiskan semua kerepek kat situ tp tak beli apa2. Kalau mcm tu baik datang rumah tauke kerepek time raya, hehehe confirm mkn free mcm2 ada. Heee joke.


S'belum pulang ke tempat asal perkara yg wajib di beli dari Johor adalah kerepek. Mesti beli tau, tak kira la kerepek apa2 pun. Yg pastinya semua sedap2 belaka. Yg pedas, yg ranggup, yg masam masin, yg manis semua ada. Tinggal cari dan bayar je. Jgn khuatir Johor m'jual makanan dr harga serendah 50sen, RM1, dan ke atas. Jd sesiapa yg tidak m'punyai bajet lebih boleh la juga bawa pulang makanan popular dr Johor. Semua boleh m'rasainya =)

Anis SignBoard Girl Johor 2011
Hahaha ni idea aku, kesian Anis dok keluar dari kereta s'mata2 nak ambil gambar. Huhuhu...


Anis kat tepi Jalan Bukit Kelicap Batu Pahat.

Aik!! ceh ceh ceh makcik sorang ni...b'posing tak pandang kanan kiri


I Like...kalau la Anis dok depan sikit leh tangkap gambar kepala Anis yg kena tukul dgn pahat tu.
Apa2 pun kenangan kamu la sbb dah sampai salah satu daerah di Johor iaitu Batu Pahat.


Hua hua hua...b'gaya sakan bah ka'au


Dataran Batu Pahat 2011
Malam2 la dtg sini best ambil angin...


Anis bocah cilik...


Oppss!! sori Anis... penat sudah bah kamera women ni
Senget dah gambar kamu...well, actually aku nak tangkap gambar bendera Johor tu...


Dataran Batu Pahat


At Padang Hoki Batu Pahat b'latarbelakangkan Menara Jam


Anis kat salah satu bangunan MPBP


Peace!!! Aku dgn Ummu Anis


Last Anis b'gambar di Jalan Bakri 1, time ni kami b'henti utk m'nunaikan solat maghrib di stesen Petronas. S'benarnya time ni kitaorg mcm dah tak tahu jalan utk ke Muar maybe kami belum solat lagi itu pasal la kami mcm tak nampak jalan. Lepas dah solat maghrib, dada dah lapang coz dah tunaikan k'wajipan pd Maha Esa so dipermudahkan jalan. Terus terus dan terus. Aku tahu mak duduk kat bahagian belakang tak putus2 b'doa.

Aku pun s'benarnya kecut perut juga sbb jalan yg kami lalu memang sunyi langsung tak ada rumah kat tepi jalan, tak ada tiang lampu huh mmg gila la s'panjang p'jalanan kami. Tp lepas tu kami dah faham la kalau nak ikut jalan dalam. Kami kalau nak pergi Muar selalunya ikut jalan dr Batu Pahat. Jarang kami ikut jalan dr Parit Sulong, kalau ada pun dulu selalu ikut jalan Kangkar Senangar sbb nak pergi IKBN Pagoh ambil adik yg belajar di sana.

Jam8.30mlm kami sampai di rumah nenek Anis kat Parit Jarum, Bukit Gambir, Muar, Johor. S'patutnya hantar Anis kat rmh nenek dia di Simpang 5 tp disebabkan ummi dan ayah Anis di rumah neneknya kami pun hantar la dia di sana. Sambil tu mak aku nak kenal2 dgn keluarga Anis sekali. Kami b'tolak dari Parit Jarum pukul 9.30 mlm. Sempat juga s'belum balik aku singgah jumpa kawan kat polikk dulu, dia b'niaga kat Baitulmal depan Sek Men Sains Muar.

S'panjang p'jalanan tu aku dengan mak b'bual2 juga la sbb mak tak mahu aku ngantuk semasa m'mandu. Tp last2, aku tengok mak yg t'tidur sbb kepenatan. Aku s'org yg layan lagu kat radio. Bawa kereta malam2 best sbb bawa 80km/j pun tak terasa. Hinggalah sampai kat satu jambatan depan Sek Men Arab Tampok Rengit...jeng jeng jeng aku nampak polis buat roadblock. Mampus... aku dah la bawa laju gila sbb nak cepat sampai rumah.

Aku kira2 nak b'henti tp mcm was2 last2 aku sempat tekan brek dpn polis b'diri. Hahahaha.... nasib la aku sempat. "Nak pergi mana ni?"serius je polis tu tanya. Aku jawab la nak balik rumah kat Ayer Baloi. Siap dia tanya aku rumah kat mana, anak siapa. Huh byk soal tp yg aku cuak bila dia cakap "awak m'mandu laju ni." TET....mmg pun aku pandu laju 100km/j kat jln kampung. Hehehe nasib la aku mmg nak sampai rumah cepat sbb kepala aku dah pusing.

Jujur aku terus bgtau polis tu "maaf la encik saya ni dah m'gantuk sangat sbb tu bawa laju sikit biar cepat sampai rumah". Well dia lepaskan kami. Dia pun tahu pukul 1.00pg, perempuan bawa kereta mcm mana. Kami pun taknak la kalau kena saman tp sebab dah masing2 tak larat nak drive aku pun pecut je la bawa kereta. Ok finish aku b'celoteh. Sampai rumah dkt jam 1.30pg, lepas aku solat isyak and than on lappy sampai tak larat baru la aku tidur.