Assalammualaikum Dan Salam 1 Malaysia
P'tama Wahid nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa. Aik mcm sama je kan bunyinya. Takpe la...apa2 pun 1 Ogos 2011 b'samaan dengan 1 Ramadhan 1432 H semua umat islam b'puasa. Pada yg tidak dpt puasa tu jgn lupa bayar semula. Kalau nak curi2 makan tu 'tapuk2' la kata org Sabah.
Pg tadi Wahid dgn keluarga b'sahur nasi b'laukkan dgn sayur, sup ayam dan ayam goreng. Ok la tu utk alas perut dan minum air nescafe o panas. Dalam pukul4 pg td adik Wahid dpt panggilan dr adik Wahid yg lelaki tu. Dia minta bantuan sbb motor yg dia tunggang k'habisan minyak. Dia dari rmh Parit Raja Batu Pahat nak balik ke rmh kami di Ayer Baloi Pontian. Tempat yang dia kehabisan minyak tu tak jauh dari rumah so dia minta adik perempuan Wahid hantarkan minyak motor. T'paksalah adik Wahid yg perempun tu drive pagi2 semata2 hantar minyak.
Nasib la dia sempat sampai ke rmh utk b'sahur sama2 kami. Mak tanya kenapa dia tak balik malam nak puasa tu. Dia fikir apabila gerak awal pagi dari rmh sana boleh sampai ke rmh yg di kampung ni dgn cepat. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yg tentukan. Kalau balik malam td tentu tak berlaku mcm tu. Lagipun masa panjang lagi utk b'sahur. Ini dah kira k'suntukkan masa juga utk kejar masa b'sahur. Mak bukan apa dia risaukan keadaan adik lelaki Wahid tu.
Tahun ni Wahid dapat la b'sahur, b'buka dan b'puasa b'sama keluarga. Selalunya bila tiba bulan puasa je mesti la b'laku ketika Wahid belajar. Dulu di Sekolah Teknik Batu Pahat, kemudian di Politeknik Shah Alam lepas tu kat Politeknik Kota Kinabalu pulak. Tapi semuanya m'jadi kenangan apabila b'ada jauh dgn keluarga. Semuanya sendiri dan tidak ada pihak yg m'gejutkan utk bangun sahur. Sedih kadang-kala m'ingat kembali kenangan puasa dahulu kala. Huhuhu
Mcm thn lepas Wahid puasa di Sabah ketika m'nuntut di Politeknik Kota Kinabalu. Masa disana b'beza dgn di semenanjung. Waktu imsaknya hbs cepat dan yg paling best 'sungkai' cepat 1 jam dari semenanjung. Oppss!! lupa pulak, sungkai tu bahasa Sabah, bahasa melayunya b'buka puasa. Kat sana Wahid makan ala kadar je. Ingat nak pergilah tengok Baazar Ramadhan di Indah Permai tp tak jadi pulak. Belum t'gerak lagi kaki nak pergi ke sana walaupun si Rohaini Salim ada ajak Wahid utk tgk2 apa juadah yg dijual. Wahid malu s'benarnya nak jalan2 dgn dia.
Malam tadi sempat la buka FB wish kat abang kakak and anak2 saudara. Mereka jauh so tak dapat la nak b'puasa b'sama2. Apa2 pun raya nanti diaorg balik juga b'raya b'sama kami. InsyaAllah...Wahid sempat lagi baca wish dari kawan2 dan antaranya dua ni. Unik la...Dua2 dari kawan yg di Sabah. Jealous plak mereka b'buka cepat.
Kepada semua umat islam tidak kira dimana b'ada Wahid ucapkan SELAMAT BERPUASA. Moga segala ibadah diterima dan sentiasa m'lakukan perkara kebaikkan. InsyaAllah akan mendapat rahmat dari NYA. Amin...
ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ
Wahid dedikasikan lagu ini untuk semua yang m'baca blog Wahid.
Raihan – Harapan Ramadhan
Ku Mengharapkan Ramadhan
Kali Ini Penuh Makna
Agar Dapat Kulalui
Dengan Sempurna
Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa Ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula
Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang DiperintahNya
Moga Dapat Ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-henti
Tak Ingin Ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan
Ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan
Selangkah Demi Selangkah…
Dengan RahmatMu Oh Tuhanku…
Ku Tempuh Jua
Lirik Lagu Raihan – Harapan Ramadhan
Artis: Raihan
No comments:
Post a Comment