Assalammualaikum
Pernah ada orang tanya saya "kenapa wahida tak update blog yg lagi satu tu?" (blog wahid_wida). Ini bermakna orang tu baca blog saya selain dari blog sayangku wida. So, utk memenuhi permintaan orang yang berkata2 tadi, dengan ini saya update la blog saya yg satu ni.
Semester kedua pada tahun pertama ni cukup mencabar. Bukan ada cabaran dari sesiapa tapi cabaran menguji fizikal dan kekuatan mental. Hari isnin sahaja jadual kuliah sudah padat dari jam8 pagi hingga 10 pagi ada kuliah and than sambung pukul10 pg hingga 12 tengahari. Lepas tu ada la rehat sikit untuk solat dan makan dari pukul12 tghr hingga pukul 2.00 ptg.
Start pukul 2.00 ptg hingga 5.00 ptg ada amali. Habis amali berkejar pula pergi kuliah dari jam 5.00 ptg hingga jam 7.00 ptg. Aduhai...penat sungguh. Itu baru la namanya pelajar. Takkan asyik tak ada kuliah itu dikira pelajar. Tapi berlaku juga pada semester ini sbb kelas hari khamis tak ada langsung. Maybe ada hikmahnya di atas semua ini.
Nak dijadikan cerita, hari ni saya melalui perjalanan yg agak sedikit jauh. Dari fakulti perhutanan saya berjalan kaki menuju ke kompleks akademik A, berseorangan dan hanya ditemani oleh kenderaan yg lalu lalang sebelah saya. Saya rasa masa tu saya berjalan kaki seperti memasuki perlumbaan berjalan kaki dengan laju. Dengan kudrat yang ada saya gagahkan juga berjalan ke sana.
Nak buat mcm mana, kelas amali habis lambat. Lepas saya keluar dari fakulti, saya nampak bas suasana edaran dah beredar dari pondok bas depan fakulti perhutanan. Takkan nak kejar, tak sempat kot sbb dari jauh saya nampak bas dah nak sampai fakulti alam sekitar. Nak tak nak, saya lari ikut jalan belakang fakulti. Ingat sempat la saya naik kat pondok bas berhanpiran fakulti pendidikan. Tapi hampeh, bas terus tak bergerak. Daripada saya terkejar2 baik saya teruskan perjalanan.
Time2 nak laju, tali kasut pulak longgar. So, bila berjalan tu rasa mcm nak tercabut. Tapi dalam hati tak henti2 selawat, doa2 moga Prof tak marah sbb datang lambat. Dah tak hirau lagi pasal tali kasut yang longgar dan kasut yang hampir nak tertanggal dari kaki. Terus melangkah dan semakin menghampiri kompleks akademik A.
Bila dah makin hampir tu dan nampak warna bumbung KAA terus sejuk hati walaupun waktu itu terasa tak cukup nak bernafas. Setapak demi setapak dan akhirnya sampai juga saya melangkah ke dalam bilik seminar 1 KAA. Bila dah dapatkan ahli kumpulan dan duduk dengan diaorg terasa lega sangat2. Jam menunjukkan 5.20ptg. Bermaknanya 20 minit juga la saya jalan ke kelas.
Sampai2 tu tgk ada lagi org yg paling lambat dtg ke kelas. Motifnya kat sini, kalau kita naik bas, fikirlah orang yg naik kereta sbb bas lebih tinggi dari kereta (entah apa2 je ayat). Bila kita naik kereta fikirlah pula pada orang yang naik motosikal sbb kereta ada bumbung and motor tak ada bumbung hanya pakai helmet, itupun terasa panas berbeza duduk dalam kereta ada aircond.
Jika kita menaiki motorsikal, fikirlah orang yang menunggang basikal kerana perbezaannya kita bernasib baik sbb hanya dengan sekali pulas ditangan dan menukar gear motorsikal ianya boleh bergerak dengan laju. Jika kita naik basikal pula, fikirlah orang yg berjalan kaki kerana kita masih boleh duduk di tempat duduk basikal sambil mengayuh basikal lagi2 kalau kena kejar anjing. Boleh kayuh laju2 daripada org yg berjalan kaki sbb bila kena kejar anjing confirm tak jejak tanah bila berlari.
TAPI ingat!!! Bila kita berjalan kaki, kita masih mampu lagi utk melangkah, fikir pula utk orang yg tiada kaki. Alangkah bertuahnya kita yg masih mempunyai kaki yang hanya pinjam semata2 dan akan ditarik nikmat ini oleh Allah s.w.t pada bila2 masa sahaja. Hargailah apa yang ada pada diri kita, dan yakin kita mampu melalui setiap dugaan yg mendatang kerana apabila kita tidak melalui kesemua itu, kita tak kan sedar dan kita takkan merasainya sendiri.
Moralnya...kalau ada nampak org yg memerlukan bantuan, berilah bantuan walaupun kita tidak mengenali satu sama lain. Cuba meletakkan perasaan dia pada diri kita. Bayangkan kalau yg terjadi itu adalah diri kita. Bolehkah kita melaluinya??? BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL...
Sekian, Wassalam..
I dedicate the song to you all...i hope you all enjoy and smile always
Zaiton Sameon - Menaruh Harapan
Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku
cari
Belum ku temui
Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang
rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh
( korus
)
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang
diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati
kecil ku menaruh harapan...
Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus
melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu...
No comments:
Post a Comment