Assalammualaikum
Kami menghabiskan masa-masa akhir sebelum tamat semester satu di Down Town Serdang sambil menemankan kawan nak beli ole2 untuk family dia di Sabah.
Macam biasa Down Town Serdang akan dibuka pada waktu malam setiap hari. Tapi ada satu masa dalam setiap bulan ditutup kerana hari tersebut memang waktu cuti untuk semua penjual di situ. Jangan pulak terkejut bila datang tiba2 tak beroperasi.
Tujuan datang sini pun memang nak mencari makanan dan yang Wahid cari adalah Yong Tau Fu. Sedap sangat makanan tu. Secucuk harganya RM1 kalau tak silap. Tapi kat Down Town ni banyak kedai jual Yong Tau Fu kena pandai pilih la nak makan kat area mana.
Teha budak sebelah bilik Wahid.
Mastura sedang menikmati makanan yang dia order tak tahu apa nama nasi goreng dia tu.
Wahid rasa nasi goreng dia tu sedap la juga. Tapi lagi sedap Wahid yang masak. Wahid masak nasi goreng, campak2 je pun sedap.
Ini la dia Yong Tau Fu
Sedap...
Harga tak sampai RM10 la kot bergantung pada berapa banyak yang kami ambil. Kuahnya macam ada kekacang kalau tak silap. Ada yang minta pedas ada yang tak pedas.
Down Town ni tak jauh dari The Mines. Dekat area2 situ je. Wahid nak bagi laluan pun susah sebab Wahid bukan mahir sangat nak bagi clu jalan nak pergi sana.