Monday, November 5, 2012

Mee Rebus Sedap

Assalammualaikum 


Restoran D'Aisah

Sebenarnya kami berempat baru lepas balik dari Butik Perkahwinan utk menguruskan tempahan baju adik bongsu Wahid. Wahid pun join sekali sebab jadi pemandu simpanan. Kebetulan nak hantar Abang Rasul balik Felda Kledang jadi Wahid ikut la sebab nak tengok rumah bakal suami kakak wahid.

Emm...kelaparan melanda selepas keluar dari pintu butik perkahwinan. Kami terus mencari kedai makan bagi mengisi perut kami yang dah berbunyi2 ni. 

Kedai makan yang kami jumpa iaitu di Taman Anggerik Bandar Tenggara. Tengok macam tak ada orang jadi kami terus serbu. Kalau ramai orang kadang-kala tak terlayan dan servisnya lambat. So, kedai makan ni kami baru duduk tup2 air yang kami order cepat sampai dan makanan yang Wahid order pun cepat siap.



Ok inilah yang Wahid order MEE REBUS
Sempoikan mee rebusnya. Sedap sangat2 mee tu tapi sayang sikit sangat. Tak sure harganya berapa sebab Abg Rasul belanja.



Abg Rasul orang pertama yang dah ambil nasi campur. Lapar sangat la tu.


Masa untuk makan. Orang lain belum makan lagi Abg Rasul dah makan dulu. Takpe la dia yang bayar janji kami kenyang. 


Dekmi ni adik bongsu Wahid yang pergi buat tempahan kat butik perkahwinan tadi.



Kak Ain ni kakak sulung Wahid. Makan nasi campur je la. Kata nak kurus tapi makannya setimbun. Hehehe...takde maknanya ko nak diet kak ain ku. Lalala


Tengok selonggok kakak aku makan. Entah makan apa je la tu.



Ini mee rebus yang Wahid order tadi. Bila perah limau..pergh!!! sedap MANTOP
Kalau makan mee rebus yang pastinya kuah tu mesti sedap pekat dah likat. Kalau cair tu seumpama mee bandung je. 



Amboi sedapnya makan sampaikan aku tak sempat nak makan lagi. Selamat menjamu selera untuk semuanya :)

Kalau nak cuba boleh la pergi Restoran D'Asiah. Kalau tak silap Wahid kedai ni baru buka. Berdepan jalan besar je kedai ni. Kalau tak silap Wahid keluar jalan Ke Inas tu akan nampak kedai sederet dengan KFC.


No comments:

Post a Comment