Wednesday, March 20, 2013

Esok Test Pertama

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Esok dengan rasminya adalah test pertama aku. Aku rasa macam seram sejuk pulak nak jawab soalan test esok sbb tak tau nak study apa ni. Macam susah pulak nak study sebab katanya soalan tu dia buat macam ada kes, dan kita kena selesaikan kes tu.

Ini bukan test undang2 la...undang2 aku dah ambil sem lepas. Ni subjek silvikultur hutan. Hari tu je pergi hutan ada buat amali kat situ aku blur2 tak tahu nak buat apa. Last2 aku ikut je kumpulan lain buat amali tu. Dapat juga la tau sikit2 pasal buat amali dalam semak belakang rumah org kat taman perumahan. Kat situ ada hutan simpan kekal.

Back to test esok, aku punya la belek2 nota2 yang aku ada ni. Harap2 Tuhan berikan aku pertunjuk kepada soalan yg akan keluar esok. Mudah2an tangan kanan aku ni dapat menulis jawapan yang tepat justeru itu dapat markah penuh.

Risau risau risau...Tuhan je yang tahu apa yg t'kandung dalam benak dan otak fikiran aku. Dah la sem ni ambil 14 jam kredit je. Sikit sangat. Gara2 aku drop BBI 2421 la ni jadi sikit je jam krdt aku. Tak berbaloi aku bayar yuran yg seribu lbh tu.

Aku harap sem ni aku dapat 4.00 dalam semua subjek yg aku ambil termasuk subjek kuantitatif yg aku sendiri belum nampak sinar cahaya yg menerangi utk mendapat full mark dalam subjek tu. Aku faham apa yang lecturer ajar tapi bila aku nak buat semula aku jd tak tahu tiba2.

Ok ini je yang aku rasa aku dah luahkan dari hati aku yang sentiasa bercelaru. Aku fikir apa pun sebenarnya aku tak faham. Aku nak mak aku dekat dgn aku itu je yg aku pasti. Aku nak happykan hati aku dengan pelbagai cara tapi aku tak pasti. Adik-beradik aku yang semakin jauh, jauh dari lubuk hati aku selepas mereka semua telah mendirikan rumah tangga. Sedih mood aku ni. NAK NANGIS :( Tuhan tabahkan hati aku melalui semua yang datang dalam hidup aku saat ini.



Mega - Takdir Dan Waktu

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri

Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya

Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah

Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya

Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa

Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca

Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini

Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku

Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu (sayang)
(Luka cintaku)

No comments:

Post a Comment