Thursday, May 9, 2013

Sukaneka Kamsis Sesi Julai 2010

Assalammualaikum & Salam Ingatan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Wida sedang memberi taklimat dan kata-kata semangat untuk penghuni kamsis blok G. 



Setiap semester kamsis Politeknik Kota Kinabalu tidak terlepas untuk mengadakan program sukaneka untuk pelajar-pelajar dari semester satu hingga semaster 6. Program ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan semangat kesukanan bersama penghuni blok kamsis masing-masing.

Ketika ini Wida berada dalam semester 6 dimana Wida melanjutkan pelajaran peringkat Diploma Integrasi ketika umur Wida 23 tahun. Masih segar lagi diingatan Wida kenangan berada di sana bersama anak-anak buah Wida bersemangat dengan baju bertemakan warna merah untuk penghuni blok Wida. Ketika itu juga, Wida menyandang jawatan sebagai ketua blok G (semarak) di Kamsis PoliKK.


Mengikut tradisi semester lepas dengan bertemakan warna merah akan lebih menyemarakkan semangat kami penghuni blok G untuk berusaha sehabis baik dalam sukaneka kamsis ini. Sekali seumur hidup apa la salahnya kan kita berjuang sehabis-habisan. Wida berpuas hati dengan penerimaan penghuni untuk memakai baju berwarna merah dan mereka sanggup meluangkan masa hujung minggu mereka bagi menyertai sukaneka tersebut.


Jika pelajar yang tidak terlibat Wida meminta mereka memberi semangat kepada kawan-kawan yang mengambil bahagian. Sememangnya semangat setia kawan itulah adalah kekuatan untuk sahabat kita menanamkan sifat untuk berjuang. Pengalaman Wida sepanjang menjadi ketua blok tidak mudah dan tidak semua pelajar boleh menuruti permintaan kita atau kehendak kita. Ada juga pelajar yang ketika ini pulang ke kampung. Wida fikir positif sahaja time tu.
 












Wida turut bersama pengan penghuni kamsis menyertai perbarisan mengikut blok. Ternyata ketika ini seperti Blok G sahaja yang menyerlah dengan berpakaian berwarna merah.


Wida sokong semangat penghuni blok G dimana mereka tetap setia dibarisan walaupun cuaca ketika itu mulai panas apabila menginjak ke pukul 9 pagi.




Selepas perbarisan dan mendengar kata-kata aluan oleh pengetua kamsis, kami dibenarkan untuk keluar padang dan mencari posisi untuk duduk berkumpul bersama penghuni blok. Dari jauh sudah kelihatan penghuni blok G kerana berpakaian warna merah menyala.





Inilah antara penghuni blok G yang menyertai sukaneka kamsis. Wida rindu sangat waktu ini bersama meraka sebab sekarang Wida dah balik semenanjung dan jauh daripada mereka. Sadisnya :(



Sukaneka Polo

Wida suka cara dia...tak ingat pulak nama dia apa. Apa yang Wida nampak dia memang memberikan komitmen yang baik dalam sukaneka ni. Sebelum dia mulakan sukan tu Wida ada beri dia tips untuk menang, Wida bisik kat dia "nanti awak dapat botol dan tali tu awak gulung tali tu banyak kali kat tangan awak supaya tali tu kelihatan pendek sedikit dan awak bongkokkan sedikit badan awak agar senang awak nak pukul bola tenis tu. Awak pukul kuat sikit tau supaya boleh pergi jauh".


Jika kalian perasan dia antara peserta yang terkehadapan daripada orang yang berada di garisan sebelah menyebelah. Tali dia kelihatan pendek sedikit daripada orang yang berada dibelakangnya. Itulah strategi dan teknik yang Wida fikir sebelum malam sekaneka dan kami kesemua peserta siap buat discussion lagi macam mana nak menang.


Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada kami. Syukur sangat-sangat masa tu. Tapi ada lagi game yang belum selesai itu baru permulaan. Tapi dengan kemenangan pertama yang penghuni kami sertai ianya menguatkan lagi semangat kerjasama untuk kearah kemenangan.




Ketua yang tak macam ketua la Wida ni. Mana ada kamera situlah Wida berposing. Semua ini kenangan. Biarlah kalau waktu itu orang kata kami bedik atau apapun tapi ini je la kenangan Wida dengan mereka. 




Team Kaki Gergasi Blok G sudah mali!!!


Sudah terang lagi bersuluh. Tak perlu diperkenalkan lagi kerana digambar tersebut telah pun tertulis team untuk sukaneka apa. Wida tabik spring dengan mereka. Walaupun kalah tipis diaorang punya semangat tetap kental. Kak Wida sayang korang sangat2. 




Ya Allah tengoklah tu gelagat anak-anak buah Wida. Dua kali lima dengan ketuanya, mana ada kamera situlah diaorang menapak nak ambil gambar. Dalam masa yang sama ada budak bisik pada Wida "akak inilah kali pertama kita semua together2 kak, sebelum ni kalau jumpa ditandas pun masam jak muka. Tapi dalam sukaneka ni semuanya senyum dan bersatu. Saya suka kak yang macam ni, happy jak". Itulah kata-kata yang Wida ingat sampai sekarang. Pom Pom Gurlz Blok G!!!




Sebelum memulakan sukaneka ambil aura dulu bergambar dengan pengetua kamsis PKK. 
Sporting kami punya pengetua :)


 
Betul tak kata Wida diaorang ni bersemangat...lihat je mukanya tu pasti dapat bayangkan suara yang paling hadapan tu kuatnya macam mana menjerit menarik kaki gergasi tu. Ingat buka mudah tau. Jangan hanya tahu bercakap sahaja ianya mudah try la tengok boleh buat ke tak macam diaorg buat. 





Siapa lagi kalau bukan pengurus sukan a.k.a Wida merangkap ketua blok G.
Sampai ginilah gayanya Wida mununggu keputusan kemenangan daripada peserta-peserta yang main sukaneka tersebut. Penat juga la kesana kesini memberi nama kepada pihak penganjur masa tu.


Siapa je la yang mengambil gambar kami ni???


 
Sukaneka F1. 


Lari dalam kotak berganti-ganti. Seronok tau lihat mereka lari sebab semangat lagi pula ini sukaneka yang terakhir dalam acara yang dipertandingkan.


 

Jika kalian dapat lihat apa perbezaannya antara kotak tu. Kotak yang digunakan oleh blok G lain sedikit bentuknya. Mula-mula Wida pertikaikan juga kenapa kotak blok kami lain. Tak adil jika nak dilihat. Tapi bila peserta kata dengan Wida yang mereka tidak kisah dan tetap mahu teruskan juga dengan berlari menggunakan kotak tersebut maka Wida izinkan dengan harapan kemenangan berpihak kepada kami.


Masa tu semua penghuni dari pelbagai blok dah berkumpul disekeliling peserta untuk melihat sendiri lebih dekat acara terakhir yang dipertandingkan.



Alhamdulillah akhirnya kemenangan berpihak kepada kami. Kami dapat mengumpul juga mata kemenangan. Lepas je sampai digarisan penamat mereka lari terus Wida ambil gambar mereka sambil terloncat-loncat macam orang hilang akal sebab dah menang. So, ada harapan la nak kekalkan kemenangan seperti semester lepas.




Muka-muka pengadil a.k.a jawatankuasa penghuni kamsis JPK la katakan. Hihihi. 




Inilah keputusan akhir. Blok G merangkul kemenangan ditempat ke-3. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Wida happy sangat-sangat sekurang-kurangnya balik blok G bukan dengan tangan kosong. Terima kasih kepada penghuni blok G serta peserta-peserta yang bersemangat wajar serta memberikan yang terbaik sedaya-upaya untuk kemenangan bersama.


Fikirkan Boleh


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

No comments:

Post a Comment