Thursday, May 8, 2014

Make Over Aras 4

Assalammualaikum & Salam Mesra



Kali ni aras 4 adalah bertemakan Music Villa. Idea ni tercetus bila ramai penghuni di aras 4 suka menyumbangkan lagu. Tak kira masa ada je lagu yang diaorg nyanyikan. 




Pintu masuk 



Pintu Keluar



Sentiasa mengamalkan 5S



Hiasan dinding banyak not2 muzik




Inilah dua orang penguni aras 4 yang paling rajin mengecat. Meluangkan masa untuk keceriaan aras mereka.



Pintu ke toilet pun dihias juga. 



Ruang study dan beristirehat selepas balik dari kelas


Before Make Over



Macam suram je suasana kat aras 4 ni. Tapi still bersih so ok lagi la tu





Terima kasih kerana membantu mengecat dan menceriakan aras 4. 






Hampir siap deko



See...semuanya meluangkan masa untuk menceriakan aras 4





Apa2 pun yang mereka lakukan saya berharap mereka seronok dan menjadikan semuanya kenangan untuk mereka selepas mereka menamatkan pengajian mereka di PKK.


Make Over Aras 2

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Wida adalah salah seorang penghuni Aras 2 pada semester akhir Wida di PKK. Seronoknya di sini sebab semuanya warna hijau dan mendamaikan. Lagipun tak la Wida naik tangga tinggi2 lepas balik dari kelas. 





Hiasan dinding bertemakan pemandangan air terjun. Ada juga papan tanda 5S. Dimana2 pun sebenarnya kita berhak untuk melakukan 5S.



Selesa dan bersih. Ruang yang cukup luas tenang untuk mengulangkaji pelajaran.




Pintu ke ruangan bilik. Wida penghuni Wing satu bilik no.1

Make Over Aras 5

Assalammualaikum & Salam Ingatan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Ini je yang tinggal kenangan masa Wahid di Politeknik Kota Kinabalu Sabah. 
Menjadi kemestian setiap semester akan diadakan penilaian tentang kebersihan dan keselamatan di dalam kamsis. 



Aras 5 bertemakan Chess...
First time naik ke aras ni dulu macam nak bawa biji dam sebab berkotak2.




Hiasan dinding pintu depan



Hiasan dinding pintu belakang. Menyambut kehadiran tetamu dan penghuni bilik di aras 5. Walaupun simple tapi cantik






Seperti biasa kami mengamalkan 5S. Ia itu Susun, Sapu, Sisih, Seragam dan Sentiasa Amal




Inilah pemandangan sekitar perkarangan aras 5. Bersih dan kemas. Ada kerusi dan meja untuk tujuan belajar berkumpulan.

Puasa Ke-15 "Hantu ke???"

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Entah kenapa bulan puasa kali ni aku dengan mak aku rasa mcm tak semangat la. Asyik nak tidur je 24jam. Pantang letak kepala kat mana2 pun mudah sgt tidur, walhal bukan kami ada buat kerja yg boleh m'menatkan badan. Mak aku kata mungkin kami ni t'kena sawan mayat. S'belum ni mak aku memang dah pernah kena sawan mayat so tak mustahil kena lagi dan aku pun t'libat sama.


Mak aku ajak b'ubat, jumpa orang yg boleh tolong tengok2 kan kami cara tradisional. S'telah buat temujanji dgn s'orang makcik yg aku panggil Cik Ros kami pun datang ke rumah dia utk berubat. Kami datang rumah dia lepas solat isyak sbb mak kata selesaikan dulu perkara yg wajib barulah hati jadi tenang kalau nak buat apa2 pun.


Pukul9 kami gerak pergi rumah Cik Ros. B'pandukan arah yg diberitahu kami pun masuk ke kampung tempat rumah Cik Ros. Sunyi, gelap gelita, seram pun ada bila kami sampai dihalaman rumah Cik Ros. Mak aku pulak suruh aku keluar dr kereta tanya samada betul ke tidak rumah Cik Ros. Aku pun turut la apa yg mak aku suruh. Masa aku keluar je dari kereta tu seram betul rasanya. Cepat2 aku jalan.



Fuh!!! nasib baik betul rumah yg kami cari. Dr keluar je kereta td aku dah rasa s'macam je dgn suasana p'karangan rmh Cik Ros. Seram sejuk, bulu roma pun hampir naik. Tp aku cepat2 kunci kereta dan m'nuju ke pintu rumah Cik Ros. Kami disambut oleh Cik Ros dan anak perempuan dia yg b'usia 12 tahun. Suaminya pun ada masa tu cuma kami sempat senyum dan lepas tu suaminya minta izin utk tidur.



Mak aku mula ceritakan apa yg b'laku pd diri kami b'dua. B'bual2 la kami dengan Cik Ros sambil diperhatikan oleh anaknya. Tiba2 Cik Ros cakap "dari apa yg saya tengok makcik dgn adik ni bukan kena sawan mayat, tapi ada benda yg ikut". Tiba2 Cik Ros kata "duduk kat sini pun boleh terasa panas, tadi saya duduk kat sini sejuk je". Kemudian Cik Ros minta izin utk solat, dia sempat minta nama penuh aku dgn mak aku.


Bila dia turun dari rumah dia di bahagian atas, dia bawa air dalam botol mineral. Ini satu makcik minum lagi satu adik minum. "Tadi masa saya baca nama makcik ni berat sikit la. Bila saya baca nama adik tak la berat mana" kata Cik Ros. Aku ni mana la tau berat tu maksudnya apa. Aku dengar je la.



Lepas tu Cik Ros minta izin untuk mandikan kami dua. Macam mandi bunga la gitu. Aku pun mandi sekali. Eeee sejuk betul sebab mandi waktu malam dekat pukul 10 pulak tu. Lepas mak mandi, aku pulak mandi. Bila aku keluar aku tengok mak dah baring2 kat ruang tamu rumah Cik Ros. Aku pun terus la duduk sebelah mak.


Mak cakap "tadi masa Wahid sampai kat pintu luar rumah Cik Ros, anak dia nampak ada benda terbang atas kepala Wahid macam membelakangi Wahid". Eeeeeee....seramnya aku dengar. Benda apa tu mak. Kata anak Cik Ros benda tu terbang dan berwarna putih. Entah2 hantu...terbang dengan kain kafan. Eeeee cuak Wahid dengar. Masa tu dah naik bulu roma. Dah takut juga nak balik. Tapi memandangkan esok nak bersahur maka terpaksa la balik juga lepas rambut Wahid kering.


Maklum la rambut Wahid ni panjang so lama la makan masa nak kering sepenuhnya. Wahid dengar je apa yang Cik Ros cerita. Dia kata benda tu terbang sebab takut nak ikut masuk ke rumah Cik Ros. Rumah Cik Ros seolah2 sudah dipagar.


Inilah pengalaman yang aku takkan lupakan sampai bila2. Kasihan pada emak sebab menanggung tapi tak sanfka aku pun menerima juga tempiasnya sedikit sebanyak. Aduhai apa la nasib. Kenapalah dalam dunia ini perlu ada cubaan dan godaan yang seperti ini. Berdoa la supaya sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t.


Terima kasih sudi membaca :)

Tuesday, May 6, 2014

Farhana Nama Dia

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Yup nama dia Farhana. Wida jumpa dia dalam kelas statistik kat Dewan Kuliah 3. Sebenarnya Wida dah kenal dia masa Wida join Lab Minda Keusahawanan di Tanjung Bidara Beach Resort tapi time tu kami memang tak bertegur sapa. Masing2 diam je tak bercakap.


Bila Wida masuk kelas statistik tu Wida duduk sebelah dia sambil Wida cakap "macam kenal je?" sambil senyum kat dia. Dia pun mengangguk dan cakap "pernah nampak masa join lab minda kan" jelas dia tersenyum. Yes betul la tu, kita saling mengenali tapi tidak sempat untuk bertegur sapa. 


Sejak dari hari kedua dalam kelas tu Wida dan Farhana jadi geng statistik sekali dengan kawan dia nama Intan. Farhana pandai dalam statistik, dia pun dapat markah lulus je tiap kali test. Lain la Wida ni yang sentiasa fail dalam test. Huh malu je jadi student. Emm...susah kot statistik tu, maka nak ingat segala formula dan jalan kerja. Rasa terbeban je kepala otak Wida ni.


Wida mana suka sangat bab kira2 ni. Kalau bab lain boleh la Wida layan, ini statistik dan kira2 memang susah sikit nak layan. Ok back to story.


Tadi Farhana cakap dia ada BF dah tu dia kata BF dia tinggi sikit je dari dia. Maksud dia takde la tinggi sangat. Start tu Wida bual2 la dengan dia cakap yang mak Wida suruh Wida kahwin 27 Julai 2014 ni. Dia ketawakan Wida sambil tutup mulut. Dia takut kalau ketawa dia terburai sebab kitaorg dalam kelas, lecturer kat depan tengah cakap tapi kami berdua berbual pulak. Emm...doktor bagi rehat kejap so kami berbual2 la sikit.


Dia cakap "Wahida takde BF ke?" muka tanda soal. Wida geleng kepala sambil cakap "semuanya mak tak berkenan la. Mak kata gemuk pendek la, tak berapa ok la. Yang best lagi tu mak cakap belum cakap dah ketawa tu yang mak pelik tengok kawan saya" jelas Wida sambil buat muka kelakar. 


Si Farhana ni gelak2 dengar cerita Wida. Emm...harapan seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya tidak kira dari apa segi sekalipun. Wida tahu mak tidak mahu apa yang ada sekarang berulang lagi. Dia menerima seseorang sebaik2nya tapi dia pasti mahukan seseorang menantu yang sangat2 memahami dan bertanggungjawab dalam segala hal demi kebahagiaan anak2nya. 


OK la nak buat kerja sikit tak siap lagi ni. Tata titi tutu

Ye Yo Oo Je Study

Assalammualaikum & Salam Ingatan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha penyayang


Meja study Wida dalam bilik kat kolej


Ikut jam tangan Wida sekarang sudah menunjukkan hampir ke jam 2 pagi tapi Wida tak tidur lagi gara2 ada dua test esok (7 Mei 2014). Memandangkan Wida ni yang terlampau rajin sangat study begini la keadaannya, terpaksa bersengkang mata demi menyahut cabaran menjawab soalan ujian kedua pada semester ni.


Kalau ikutkan Wida dah sem akhir ni macam tak berkobar2 nak study gila2. Emm...sebenarnya Wida ni malas nak ulangkaji itulah ayat yang sepatutnya untuk Wida. Pemalas tahap gaban. Macam ni ciri2 pelajar yang tak berapa nak betul cara study. Nak buat macam mana dah begini keadaannya. Nak ubah pun dah terlambat walaupun masih ada masa.


Bila Wida duduk sorang2 dalam bilik ni Wida selalu terfikir 'kenapa aku ni bodoh sangat susah nak menjawab soalan2 dalam kertas ujian atau kuiz?'

Sebenarnya kalau ikutkan logik akal, Wida mampu untuk buat semua tu tapi disebabkan sikap malas Wida yang sudah bermaharajalela tahap gila2 ni, Wida rasa lost tiap kali menduduki test or quiz. Kadang2 menyampah juga dengan diri sendiri.


Nak belajar secara berkumpulan bukan mudah, perlu ada komitmen dan persediaan sebelum study group sebab bila kita datang je dalam discussion tu mesti kita dah tau banyak benda sebab tu kita boleh share dengan orang lain.


Emm...tak guna juga kalau Wida tak tidur sepanjang masa kononnya study tapi esok dalam dewan peperiksaan Wida tak dapat nak jawab apa benda lagi2 kalau bab mengira2 ni Wida rasa Wida tak pernah past la semuanya fail kot. Bila dapat je result macam bengong2 je tengok markah rendah.


Sebenarnya dalam hati Wida sedih gila nak mati. Kenapa Wida dalam situasi ini. Situasi yang Wida tak dapat nak buat yang terbaik dan membanggakan diri sendiri bila tengok result. Kawan2 semua dapat markah yang baik2 tapi Wida tak.


Ya Allah hamba Mu ini bukan tidak bersyukur tapi apa la nasib kalau otak tak berapa nak pintar tapi masuk universiti. Cuma hidupnya pergi kelas, makan, tidur, facebook. Eee....tak menunjukkan langsung ciri2 pelajar universiti kalau beginilah caranya.


Sempat lagi kalau Wida nak berubah sebelum final exam, tapi dengan syarat Wida perlu tekad. Lupakan hal disekeliling dan tumpukan 100 % kali 100 kali. Walaupun ini tahun akhir Wida belajar Wida nak sangat pointer Wida mencecah 3.5 ke atas. Alangkah seronoknya jika itu hasilnya tanpa meniru. 


Wida oleh buat sebenarnya cuma Wida jangan malas dan perlu perlu perlu berubah tanpa memikirkan orang disekeliling Wida. Wida nak hidup demi masa depan Wida walaupun Wida tidak tahu Wida hidup sampai bila. Demi Tuhan, demi mak & abah Wida serta keluarga yang selalu sokong dengan apa yang Wida buat. 


Wida kesiankan dengan diri Wida sendiri dan Wida berharap ianya berbaloi untuk Wida dalam pelbagai aspek samada Wida sedar ataupun tidak sesuatu yang baik itu untuk yang terbaik. Sesiapa yang rasa nak sambung belajar tu, betulkan la dulu tekad dalam hati apa yang kita mahu sebenarnya dalam hidup kita. 


Sekian, terima kasih sudi meluangkan masa untuk membaca.