Tuesday, May 6, 2014

Farhana Nama Dia

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Yup nama dia Farhana. Wida jumpa dia dalam kelas statistik kat Dewan Kuliah 3. Sebenarnya Wida dah kenal dia masa Wida join Lab Minda Keusahawanan di Tanjung Bidara Beach Resort tapi time tu kami memang tak bertegur sapa. Masing2 diam je tak bercakap.


Bila Wida masuk kelas statistik tu Wida duduk sebelah dia sambil Wida cakap "macam kenal je?" sambil senyum kat dia. Dia pun mengangguk dan cakap "pernah nampak masa join lab minda kan" jelas dia tersenyum. Yes betul la tu, kita saling mengenali tapi tidak sempat untuk bertegur sapa. 


Sejak dari hari kedua dalam kelas tu Wida dan Farhana jadi geng statistik sekali dengan kawan dia nama Intan. Farhana pandai dalam statistik, dia pun dapat markah lulus je tiap kali test. Lain la Wida ni yang sentiasa fail dalam test. Huh malu je jadi student. Emm...susah kot statistik tu, maka nak ingat segala formula dan jalan kerja. Rasa terbeban je kepala otak Wida ni.


Wida mana suka sangat bab kira2 ni. Kalau bab lain boleh la Wida layan, ini statistik dan kira2 memang susah sikit nak layan. Ok back to story.


Tadi Farhana cakap dia ada BF dah tu dia kata BF dia tinggi sikit je dari dia. Maksud dia takde la tinggi sangat. Start tu Wida bual2 la dengan dia cakap yang mak Wida suruh Wida kahwin 27 Julai 2014 ni. Dia ketawakan Wida sambil tutup mulut. Dia takut kalau ketawa dia terburai sebab kitaorg dalam kelas, lecturer kat depan tengah cakap tapi kami berdua berbual pulak. Emm...doktor bagi rehat kejap so kami berbual2 la sikit.


Dia cakap "Wahida takde BF ke?" muka tanda soal. Wida geleng kepala sambil cakap "semuanya mak tak berkenan la. Mak kata gemuk pendek la, tak berapa ok la. Yang best lagi tu mak cakap belum cakap dah ketawa tu yang mak pelik tengok kawan saya" jelas Wida sambil buat muka kelakar. 


Si Farhana ni gelak2 dengar cerita Wida. Emm...harapan seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya tidak kira dari apa segi sekalipun. Wida tahu mak tidak mahu apa yang ada sekarang berulang lagi. Dia menerima seseorang sebaik2nya tapi dia pasti mahukan seseorang menantu yang sangat2 memahami dan bertanggungjawab dalam segala hal demi kebahagiaan anak2nya. 


OK la nak buat kerja sikit tak siap lagi ni. Tata titi tutu

2 comments:

  1. Hiks! Iyep..ibu msti nak yg terbaik utk anaknye.. Tp yg tak tahan nk gelak tu ble mak wahid ckp "blm ckp da ketawa" haha tu klako kate ko..smpai skg kla igt mst nk gelak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la belum ckp dah ketawa...hahaha. Ini je kenangan kita. Kalau Farah igt cerita ni mesti Farah ingat saya :)

      Delete