Thursday, June 16, 2011

Jameah Oh Jameah

Jameah ni aku kenal dia masa di Sekolah Teknik Batu Pahat. Punya la sempoi dia ni pergi class takde bawa buku langsung, aku ingat dia ni malas ke apa kesian tapi rupa2nya dia tak dpt pinjaman buku teks sbb tu dia pergi class tak bawa buku. Setakat buku tulis je la yg dia bawa utk catit nota2. Aku duduk s’belah dia dlm class, meja kitaorg nun paling belakang dlm class sbb semua budak class dah berebut nak duduk depan jd kami m’galah la duduk paling belakang.

S’benarnya kitaorg ni tak plan pun nak duduk s’belah tp m’mandangkan kitaorg b’dua ni mmg takde partner so kitaorg duduk la sama2. Best jugak duduk s’belah dia ni, so takde la sepi s’panjang aku dlm class tu. Kitaorg s’benarnya sama2 pengawas. Pergh!! Kami ni pengawas yg paling sempoi tp bukan sembarangan tau sbb jarang dpt pengawas yg mcm kami yg sporting lg baik hati. Hahahaha puji diri. Tp betul apa, kitaorg ni tak suka buat kecoh tp saja je buat2 kecoh dan gempak biar org takut.

Yg aku paling ingat dia ni masa kitaorg ting. 5 dia ada buat hal sampaikan kena panggil pergi bilik kaunseling. Aku ni yg tak pernah2 t’niat nak jengah bilik kaunseling tu akhirnya dah t’libat sama kena juga pergi bilik kaunseling. Lps rehat tu aku masuk class Cikgu Yunus m’gajar BM. Aku pelik la sbb dia ni takde sebelah aku time class tu. Sampaikan cikgu tanya dia mana pun aku tak tahu nak jawab apa. Dia ni mmg selalu jugak hilang2 mcm chipmore kejap ada kejap takde. Maklum la class ni dia buat mcm ada tak ada je. Apa boleh buat jiwa remaja.

Tengah aku t’fikir fasal Jameah ni tiba2 pintu diketuk oleh s’org pengawas yg aku kenal. Semua mata t’tumpu pd dia dan tiba2 dia kata “Minta maaf m’ganggu. Cikgu kaunseling nak jumpa Nurul Wahida di Bilik Kaunseling”. B’derau darah aku beb time tu. Aku pun apa lagi tutup buku dan cepat2 dapatkan pengawas tu. Aku tanyalah “kenapa aku pulak yg kena panggil pergi bilik kaunseling”. Pengawas tu kata aku ada buat salah. Aik tiba2 je aku kena panggil tak pasal2. Terkejut aku.

Punya relax aku naik tangga dan s’panjang p’jalanan nak ke bilik tu aku perlu lalu b’berapa class ting.5 dan 4 masa nak pergi ke bilik kaunseling tu sampaikan semua budak2 yg kenal aku tanya kenapa aku tiba2 lalu sampai ke depan class diaorg. Aku cuma geleng kepala je sbb aku tak tahu sebab2 kenapa aku kena panggil pergi bilik kaunseling tiba2. Setahu aku takde pulak aku buat salah s’panjang aku b’ada di sekolah ni. Salah apa pulak kali ni aku sbb kena pergi bilik kaunseling.

Sampai je bilik kaunseling aku ketuk pintu dan beri salam. Pengawas yg aku kenal tu hantar aku sampai di depan pintu bilik kaunseling. Lps cikgu kaunseling tu b’terima kasih dgn pengawas tu dia diarahkan balik semula ke kelas.Time tu aku nampak si Jameah ni duduk depan meja cikgu kaunseling dan muka dia tunduk kat lantai. Aku terus t’fikir, apa salah si Jameah ni sampaikan dia duduk dalam bilik kaunseling dan apa salah aku juga sampai aku t’heret sama ke situ.

B’doa aku ni dalam hati tanpa p’getahuan org yg ada di situ. Aku tengok muka Cikgu kaunseling tu serius sgt2 tp aku tau s’benarnya cikgu tu tak la garang mana pun. Aku kenal cikgu tu lembut hatinya. Cikgu bagi arahan utk aku duduk sebelah Jameah dan dia hulurkan satu buku supaya aku tulis nama aku dalam buku tu sbb dia kata itu buku pelawat. Hemm...pelawat la sgt, pelawat bilik kaunseling. Aku pun turut la apa yg cikgu tu perintahkan dan s’lama aku ada kat situ Jameah langsung tak buka mulut apatah lg tengok muka aku. Lg la b’tambah pelik aku dibuatnya kat situ.

Ok wahida, saya mahu kamu ceritakan pd saya semua yg kamu beritahu pada Jameah. Aku pelik la sbb byk yg aku cerita pd Jameah ni sbb aku selalu b’bual dgn dia. Cerita yg mana satu. Aku kerut dahi lps tu cikgu kaunseling cakap apa yg aku cerita pasal orang yg dia maksudkan. Aku tak dpt nak story kat cni sbb aku rasa benda ni biarlah jadi rahsia antara aku, Jameah dan cikgu kaunseling tu. Taknak aku aib2 kan kawan aku sendiri dan aku tahu dia juga ada maruah diri sebagai manusia. Dari A to Z aku cerita tanpa b’selindung. Cikgu dan Jameah hanya setia m’dengar dan akhirnya habis aku cerita tiba2 cikgu tu hulurkan tangan dia dan b’jabat tangan dgn aku.

Tahniah!! wahida kerana kamu telah b’laku jujur. Sila tanda tangan di buku ini. Kamu boleh balik ke kelas kamu semula. Terima kasih. Aku dengan rasa yg b’campur baur terus balik ke kelas semula dan tinggalkan Jameah di bilik kaunseling. Ada la dlm setengah jam kemudian, Jameah balik ke kelas dgn muka slumber mcm org tak salah apa2, aku pulak yg binggung. Terus dia dptkan aku kat tempat duduk belakang. Org lain tanya dia buat tak tahu je.

Dia senyum2 kat aku. Aku marah la dia sbb tak pasal2 aku kena panggil pergi bilik kaunseling. Sengal la Jameah ni babitkan aku pulak dlm kes dia. Bila aku tanya lagi dia kenapa siap dia t’gelak2 lagi, nasib la time tu cikgu takde dalam class. Jameah kata “apa yg aku ceritakan pd cikgu kaunseling tu s’biji dgn apa yg dia cerita pada cikgu keunseling”. Sengal la Jameah ni. Last2 dia ckp juga kat aku yg dia ceritakan kes yg aku ceritakan pd dia sebelum dia kena pergi bilik kaunseling. Adoi Jameah!!! Kenapa la kau ceritakan kes tu. Malu beb aku. Patutlah aku kena panggil sekali pergi bilik kaunseling.

Nasib la aku takde rekod apa2 kesalahan dan aku datang ke bilik kaunseling tu sekadar hanya utk m’ulangi apa yg pernah aku ceritakan satu kes ni pada Jameah. Gugur jantung aku masa tu. Tapi nasib baik cikgu tu cakap Tahniah kat aku sebab aku jujur dgn dia. Memang sebiji sangat2 apa yg aku cerita pd Jameah sama dgn apa yg Jameah cerita pd cikgu tu. Mmg nasib kitaorg la time tu. Apa2 pun cikgu tu tahu aku jujur dan niat aku hanya m’bantu kawan yg duduk sebelah aku dlm class.

Thanks Jameah, walaupun perangai kau gila2 tapi aku tetap suka nak b’kawan dgn kau sbb kau lain sgt dari kawan2 yg aku ada. Kau boleh s’kepala dgn aku cuma aku tak boleh nak s’kepala sangat dgn kau sbb perangai kau yg memang gila2. Kita tetap kawan sampai bila2 walaupun kita terpisah dek masa dan jarak akhirnya kita jumpa juga jodoh di ‘muka buku’. Aku dedikasikan lagu ni pada kau sbb aku rasa kau macam rama2, org mmg tak nampak kau mcm rama2 tp pd hakikatnya kau rama2 yg org nak tangkap susah sangat. Kau dengan pendirian kau dan aku percaya kau boleh harungi hidup yg akan datang kelak. Selalu rindukan kau...

Rama-rama - Ella

Jun 17, 2011

Lirik/Tajuk Lagu: Rama-rama
Penyanyi/Artis: Ella

Seumpama rama-rama
Terbang bebas di udara
Tanpa ada halangan
Aman damai suka-suka
Riang ria tanpa ada rasa duka sengketa

Rama-rama
Ekspresi dirimu menawan hatiku
Ingin aku terbang bersamamu
Melihat kerenah
Melihat telatah….. manusia

Yang sering telagah
Ekspidisi ini
Bagai tiada henti
Kan menjadi antologi diri
Terhentilah mimpi
Terhapuslah sepi
Sanubari yang lebih berani

(Korus)
Terminal yang pasti
Satu fitrah hati
Kerna yang sejati tiada kekal lagi
terbanglah ke sini mencari abadi
Terbanglah ke mari mencari hakiki

(Ulang)
Seumpama rama-rama
Melewati panorama yang penuh
Warna warni
Taman bunga taman damai
Dengan aksi lincah berputik
Hidup yang harmoni

Rama-rama…

No comments:

Post a Comment