Anis Si Gadis Petronas. Sinilah tempat pertama Anis b'gambar di stesen petronas. Aku suruh Anis cepat2 keluar dr kereta supaya aku dpt snap pic dia kat Simpang Rengam. Time ni, kami baru balik lepas jalan2 di Ayer Hitam. Aku saja ikut jalan sini sbb nak di katakan jauh tu tak la nak ke rumah aku di Pontian. So, aku ikut jalan dalam je senang.
Welcome!! Anis. First time Anis sampai di Daerah Pontian. Selama dia pulang ke Johor dia tak b'kesempatan utk round2 Pontian. Kali ni, Wahid realisasikan impian dia utk round2 Johor.
Mcm biasa Wahid b'henti tepi jalan utk Anis ambil gambar di sini.
Kalau dah sampai Pontian Johor, terasa nak pergi Homestay Permatang Sepam boleh la jenguk ke sana dan ikut je signboard tu. Kalau nak tahu lebih lanjut ttg homestay tu boleh hubungi
En. Buang Bin Saadon di talian 012-737 3627.
Homestay Parit Tengah pula jauh sedikit dari Permatang Sepam. Utk lebih lanjut boleh hubungi (6)07-425 7414. Wahid dpt no tel ni kat katalog perlancongan Johor. Kalau siapa2 dari Senai Airport boleh la dapatkan sebanyak mungkin katalog di sana.
Anis tentunya pergi homestay rumah Wahid kat Kg. Parit Panjang. Setakat ni Wahid rasa kat tempat Wahid tak ada homestay. Hehehe...
Signboard ni adalah tmpt2 yg boleh dikunjungi ketika kalian ada di Daerah Pontian. Muzium Nanas m'ghala ke jalan Johor. Kalau nak ke Muzium Bugis dan Homestay Tg. Piai pula ikut jalan m'ghala ke Kukup. Kalau nak hubungi Homestay Tanjong Piai 607-646 0220 En Haji Abd Aziz Bin Abd Samad.
Wahid pun tak pernah lagi sampai ke sana, nak bawa Anis jalan2 ke sana pun tak sempat. Anis tak dpt nak stay lama2 kat tempat Wahid. Kalau dia stay 2 minggu ke maybe dpt la Wahid bawa dia jalan2 ke sana. Takpe mungkin satu masa nanti.
Ingat nak lepak2 kat Marrybrown tp tak larat pulak. Nasib je kami dah kenyang, so setakat minum2 tu kami minum kat kedai makan biasa2 je la.
Nak tengok keadaan dan suasana pd waktu malam di bandar Pontian. Wahid jarang la pergi bandar Pontian pd waktu malam sbb selalunya Wahid pergi pd waktu siang je.
Smile =)
Lin pekena teh tarik segelas. Ok la tu...
Sempat Wahid baca menu2 yg ada di Kedai Makanan dan Minuman Relax. Tp dia tak tulis pulak harganya sekali. Jadi mcm mana pelanggan nak tahu. Wahid kononnya nak order la mee bandung tapi takde pulak tp org yg ambil order cakap semuanya ada dan boleh order apa2 pun.
Kami minum2 kat Kedai Relax, belakang bangunan Maybank Pontian. Kedai ni berdepan dgn laut. Itu yg ramai pelanggan lepak2 kat sini sbb angin sepoi2 bahasa tu m'buatkan mereka tenang. Wahid s'benarnya tak habis lagi round2 kat area Pontian ni sbb Wahid baru je pindah sini. Dah tu, Wahid ni kalau ada kawan boleh la jalan2. Wahid kat Pontian ni pun takde kawan2.
Ada jual sate.
Tp tak sure pulak harganya berapa dan ada jual sate apa. Mcm biasa la kot jual sate ayam, lembu, perut dan yg lain2.
Ada jual ikan bakar.
Tp wahid tak pernah rasa pun ikan bakar kat sini. Wahid mmg tak biasa makan2 kat luar.
Kalau nak cari tempat b'malam kat Pontian ni pun ada Hotel Garden.
Sebelah Kedai Makanan dan Minuman Relax ni ada juga kedai makan lain. Mcm yg ada dalam gambar tu Kharina Cafe, siap ada Homestay lagi tu. So, tak payah la susah2 nak cari homestay yg lain. Di Pontian ni semuanya ada dan sentiasa m'mudahkan semua pihak. Bank pun semuanya ada di sini. Pergi mana2 tempat semuanya dekat je.
Kami order burger je mlm tu sbb kami dah makan di rumah sebelum keluar. Ni pun share 3 org. Tak larat dah makanan nak masuk dalam perut. Tapi mulut masih boleh terima so telan je la.
Air Cikong
Punya la lama aku tunggu air ni disiapkan. Entah apa yg dia bubuh dlm ni aku pun tak tahu nak sebut. Aku minta air cikong suam, bila air ni sampai kat aku hampeh!! suam tak, panas pun tak.
Sebelum balik ke rumah kami sempat lagi pergi tepi laut yg sentiasa ada kunjungan orang ramai yg kadang-kala memancing dan sebagainya. Ala biasa, selalunya yg dating la datang sana. Tempatnya pun dah lain tak macam dulu. Dah cantik.
Relax2 s'kejap kat taman permainan b'depan dgn Stadium Mini Pontian. Ambil angin tepi laut. Nak main gelongsor mmg tak patut la sbb dah besar kang tak pasal2 ada org tegur pulak.
Lin s'benarnya junior aku kat Sek Teknik Batu Pahat, dia pun tak pernah jalan2 ke Pontian. Itu pasal la aku bawa dia jalan2.
Aku - Lin - Anis
Anis ni pulak junior aku kat Politeknik Kota Kinabalu. Aku kenal dia masa sem5 dan dia sem1, bilik kami berdepan je. Bila aku dengar dia cakap, loghat dia ada bahasa semenanjung. Aku pun tanya la dia org mana. Dia kata dia asal Sabah tp Umi sama Ayah dia asal dari Muar. Start tu la kami b'kenalan.
Lepak punya lepak sampai jam10.30 mlm, sampaikan ada orang lelaki tegur baru la kami balik. Ala org lelaki tu konon nak ngurat tp tak kena cara. Lagipun malas la nak layan org mcm tu. Dah plan esok nak pergi jalan2 ke Johor Bahru, so kena bangun awal pagi.
Time ni aku sanggup b'hentikan kereta kat tepi jalan s'mata2 nak ambil gambar kat situ. Janji nampak tulisan kat papan tu. Malam2 ni mmg la tak nampak sgt sbb gelap lagipun x terang. Tp asalkan nampak tulisan tu dah kira ok la utk Anis buat kenangan.
Akhirnya, t'capai juga hajat Anis nak round2 Negeri Johor dan aku sempat bawa Anis jalan2 sekitar Pontian iaitu Bandar Penghujung Benua Asia. Ini bukti Anis dah sampai di Pontian.
Moga satu masa nanti kita semua akan bertemu lagi walau berapa tahun sekalipun. Kenangan dgn kamu berdua sentiasa ada b'sama dan t'simpan di kotak fikiran aku. Aku dedikasikan lagu JIKA ini utk kalian b'dua. Jika ada umur yg panjang pasti kita akan b'temu semula walau entah bila entah di mana. Jom enjoy nyanyi lagu ni... Peace!!!
Jika
Artist: Melly Goeslaw, Feat: Ari Lasso
Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Sempat terpikir tuk kembali
Walau beda akan kujalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi
Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat untuk berpisah denganmu
Jika memang masih bisa mulut ku berbicara
Santun kata yang ingin terucap
Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku
Kita masih muda dalam mencari keputusan
Maafkan daku ingin kembali
Seumpama ada jalan tuk kembali
Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk selamanya pergi
Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk berpisah denganmu
baru survey2 homestay nak ke POntian weekend ni..mmg sudah tertarik ngan Kharina Homestay
ReplyDelete