Monday, November 5, 2012

Down Town Serdang

Assalammualaikum


Kami menghabiskan masa-masa akhir sebelum tamat semester satu di Down Town Serdang sambil menemankan kawan nak beli ole2 untuk family dia di Sabah.

Macam biasa Down Town Serdang akan dibuka pada waktu malam setiap hari. Tapi ada satu masa dalam setiap bulan ditutup kerana hari tersebut memang waktu cuti untuk semua penjual di situ. Jangan pulak terkejut bila datang tiba2 tak beroperasi. 


Tujuan datang sini pun memang nak mencari makanan dan yang Wahid cari adalah Yong Tau Fu. Sedap sangat makanan tu. Secucuk harganya RM1 kalau tak silap. Tapi kat Down Town ni banyak kedai jual Yong Tau Fu kena pandai pilih la nak makan kat area mana.


Teha budak sebelah bilik Wahid. 


Mastura sedang menikmati makanan yang dia order tak tahu apa nama nasi goreng dia tu.



Wahid rasa nasi goreng dia tu sedap la juga. Tapi lagi sedap Wahid yang masak. Wahid masak nasi goreng, campak2 je pun sedap.


Ini la dia Yong Tau Fu


Sedap...

Harga tak sampai RM10 la kot bergantung pada berapa banyak yang kami ambil. Kuahnya macam ada kekacang kalau tak silap. Ada yang minta pedas ada yang tak pedas.

Down Town ni tak jauh dari The Mines. Dekat area2 situ je. Wahid nak bagi laluan pun susah sebab Wahid bukan mahir sangat nak bagi clu jalan nak pergi sana. 

After Class At Faculty Of Forestry

Assalammualaikum & Salam Senyum Selalu


Wahid yang kat depan ni, kat belakang tu Mastura classmate Wahid

Macam biasa lepas class kadang round2 keliling fakulti pergi mana2 tempat yang belum habis dijelajah. Ok kali ni sempat nak singgah kat sini. Selalu orang tak nampak fakulti perhutanan sebab fakulti kami ni dilindungi dengan pokok2 hutan. Kadang2 tu memang diaorg cakap fakulti kami dalam hutan.


Namanya pun fakulti perhutanan mestilah menunjukkan ciri2 hutan tersebut. Betul tak...baru la betul2 hutan. Wida dulu pergi class sempoi je, sekarang pun sempoi juga. Kadang2 b'kemeja dan t'shirt je. Rajin juga berbaju kurung tapi tengok pada keadaan.


Masih boleh diterima lagi walaupun Wahid nampak separuh je. Mastura kat belakang tu nampak comel dan Fatin Aqilah yang pakai tudung pink pun classmate Wahid juga.



See...Now we all studying at Faculty of Forestry in course Bacelor Science Wood Technology. 

Kadang2 bila bercakap tentang kos yang kami ambil ni ada yang cakap tak pernah dengar langsung pasal kos kami. Soalan yang mereka terfikir "masuk hutan je la kerjanya". Kalau tak tahu jangan sesuka hati buat kesimpulan itu ini, dengar daripada mulut kami sendiri.



Pada mana2 yang tahu fakulti kami pastinya tidak perasan di mana tempat kami rakamkan gambar ni. Andai anda mahu tahu kawasan dalam gambar ini adalah laluan menuju jalan untuk ke pintu utama fakulti kami. Agak terlindung sedikit dengan pokok2 besar yang terdapat di sekitar hadapan fakulti perhutanan.





Kenangan semasa semester satu. Time ni juga Wahid baru beli kamera, maka banyaklah gambar yang Wahid rakam. Kamera sony je. Nak beli DSLR belum sampai rezeki lagi.


Mee Rebus Sedap

Assalammualaikum 


Restoran D'Aisah

Sebenarnya kami berempat baru lepas balik dari Butik Perkahwinan utk menguruskan tempahan baju adik bongsu Wahid. Wahid pun join sekali sebab jadi pemandu simpanan. Kebetulan nak hantar Abang Rasul balik Felda Kledang jadi Wahid ikut la sebab nak tengok rumah bakal suami kakak wahid.

Emm...kelaparan melanda selepas keluar dari pintu butik perkahwinan. Kami terus mencari kedai makan bagi mengisi perut kami yang dah berbunyi2 ni. 

Kedai makan yang kami jumpa iaitu di Taman Anggerik Bandar Tenggara. Tengok macam tak ada orang jadi kami terus serbu. Kalau ramai orang kadang-kala tak terlayan dan servisnya lambat. So, kedai makan ni kami baru duduk tup2 air yang kami order cepat sampai dan makanan yang Wahid order pun cepat siap.



Ok inilah yang Wahid order MEE REBUS
Sempoikan mee rebusnya. Sedap sangat2 mee tu tapi sayang sikit sangat. Tak sure harganya berapa sebab Abg Rasul belanja.



Abg Rasul orang pertama yang dah ambil nasi campur. Lapar sangat la tu.


Masa untuk makan. Orang lain belum makan lagi Abg Rasul dah makan dulu. Takpe la dia yang bayar janji kami kenyang. 


Dekmi ni adik bongsu Wahid yang pergi buat tempahan kat butik perkahwinan tadi.



Kak Ain ni kakak sulung Wahid. Makan nasi campur je la. Kata nak kurus tapi makannya setimbun. Hehehe...takde maknanya ko nak diet kak ain ku. Lalala


Tengok selonggok kakak aku makan. Entah makan apa je la tu.



Ini mee rebus yang Wahid order tadi. Bila perah limau..pergh!!! sedap MANTOP
Kalau makan mee rebus yang pastinya kuah tu mesti sedap pekat dah likat. Kalau cair tu seumpama mee bandung je. 



Amboi sedapnya makan sampaikan aku tak sempat nak makan lagi. Selamat menjamu selera untuk semuanya :)

Kalau nak cuba boleh la pergi Restoran D'Asiah. Kalau tak silap Wahid kedai ni baru buka. Berdepan jalan besar je kedai ni. Kalau tak silap Wahid keluar jalan Ke Inas tu akan nampak kedai sederet dengan KFC.


Sunday, August 26, 2012

Round2 Ayer Hitam

Assalammualaikum & Salam Mesra

Inilah antara kenangan percutian Anis di Johor. Wahid sempat bawa Anis pergi Ayer Hitam iaitu salah satu destinasi kunjungan pelancong yang paling popular di Johor. Tidak lengkap percutian kalau tidak singgah ke Ayer Hitam dan membawa ole2 pulang memang tidak sah. Pelbagai pilihan yang boleh didapati di Ayer Hitam. Cuma perlu sediakan duit saja apa2 semua boleh beli. Tentang harga jangan risau semuanya boleh tawar-menawar kalau pandai. 

Teruja juga Anis bila sampai ke Ayer Hitam. Tapi, m'mandangkan Anis kurang bajet dia hanya cuci mata saja. Tak beli apa2 pun. S'ronok juga la kami jalan kesekeliling kawasan jualan di Ayer Hitam. 



CJ7 milik Anis tapi dia takde beli apa2 pun. Tak cukup bajet.



Ikan Bakar...pergh!!! sedapnya. Tapi kami tak mampu la nak makan.
So, wahid ambilkan gambar mereka b'dua je la. Huhuhu...



Ini antara barangan yg terdapat di Pekan Ayer Hitam. Banyak barangan seramik. Kalau sesiapa yang mahu mendapatkan barang untuk membuat landskap di dalam dan di luar rumah boleh la b'kunjung ke sini. Rugi kalau dah sampai Johor tapi tak singgah sini. Bukan hanya disini saja tp rugi kalau tak pergi semua tempat yg menarik di Johor.
Johor m'janjikan p'cutian dan tempat menarik utk semua pelancong dalam dan luar negeri.



Tengok tu Lin dan Anis masing2 dah chop!!! nak bantal tu. Kalau nak beli sendiri ya...



Mcm biasa la peniaga akan m'gantung pelbagai jenis boneka dan anak patung bagi tujuan tarikan pelanggan sbb mereka sentiasa b'saing dgn kedai sebelah m'yebelah. Kena pandai main harga la kat sini kalau nak bawa balik barang yg cantik dan minat pada sesuatu boneka itu.
Wahid ni pun selalu sangat rambang mata walaupun dah b'hari2 pergi sini sbb tempat ni dekat dgn rumah wahid yg di Parit Raja.



Kalau tak silap wahid ni adalah salah satu gerai makan yg terdapat pelbagai makanan Johor yg popular. Kena la datang sendiri baru tahu di sana ada makanan apa. Wahid memang bukan kaki warong jadi Wahid tak tahu sangat bab tempat makan yang sedap. Wahid selalu makan kat rumah je.




Well, kalau sesiapa nak cari barangan seramik atau perhiasan rumah jangan lupa singgah di Ayer Hitam Johor yg sememangnya menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri. Salah satu tempat yg boleh melengkapkan dekorasi rumah dari sudut dalaman dan luaran rumah utk taman mini. Selalunya pengunjung yg pergi Ayer Hitam ni mesti balik bawa satu atau dua barangan seramik yg unik dan m'narik.



Buah Kuini "Baik Punya !!!"
Bagus la nama buah ni. Hehehe...m'jadi idaman setiap orang sbb buahnya yg sedap.
Lain sikit rasanya dgn pelam, mangga dan bacang. Tapi kira adik-beradik la tu sebab rupanya seakan-akan sama.



Buah Durian Belanda
Ada la s'orang pelancong ni dia tanya kat penjual buah ni,
"Buah ni dari mana kak?" sambil tunjuk kearah buah durian belanda.
Si penjual dgn seriusnya jawab "Buah ni dari Belanda kak..."
Hahahaha ketawa ni aku dengar t'masuk pelanggan dan p'jual pun gelak sama.




Buah Nanas Sarawak 'Madu'
Tengok ejaan nanas tu jadi nenas, biasalah orang Johor ni ikut sedap mulut je nak sebut. Org jawa panggil nenas. Tp kenapa ya perkataan madu tu ada "Madu", huhuhu madu2. Dah memang namanya macam tu nak buat macam mana.




Anis Koboi hahahaha!!!
Topi macam ni pun ada jual juga kat sana.



Minah Bunga...itu semua bunga plastik. Ayer Hitam ni adalah salah satu tempat utk m'borong bunga2 yg mati (plastik). Org Johor kan kreatif so mereka ada je nak buat hiasan yg pelbagai. Kadang bukan orang Johor je, entah dari mana2 je orang yang datang dan buat macam2 bunga kreatif.



Tengok!!! barangan seramik lagi. Bagi peminat2 yg suka m'ghias laman dan ruang rumah boleh la beli kat sini. Mcm2 ada, boleh dpt dgn harga yg b'patutan.



Seramik lagi...macam2 ada. Kalau jalan kat sana kena b'waspada sebab andai kata pasu pecah walaupun bukan kita yang pecahkan tapi kita yang b'dekatan kena bayar harga benda yang pecah.




Kalau tak silap ni antara barangan hasil dari bahan rotan. Tudung saji, bekas raga la, macam2 lagi. Wahid pun tak tahu nak sebut. Kena datang dan tengok sendiri la.




Alat muzik. Kompang kecil. Ala Anis tu macam la reti nak main benda alah tu. Hahahaha :)




Haaa....nampak tak nampak tak!!! Siap ada harganya lagi tu. Dua barang RM15 la. Biasalah bantal2 peluk ni selalunya budak kecil yg minat tp jgn tak tahu org yg dah dewasa pun kemaruk nak benda ni. Buat peluk2 la kononnya. Hehehehe....



Bantal 2 RM10. Kualitinya ok la sbb tahan lasak. Tak cepat koyak.
Tapi cepat leper sebab isi dalam bantal tu span je.



Penuh kedai dengan pelbagai barangan jualan. Keychain anak patung pelbagai bentuk.




Semua barangan yang dijual dibungkus kerana dikhuatiri habuk dan warna barangan pudar. Memang mereka menjaga juga kebersihan dan kualiti barangan.




Inilah antara barang2 yg ada jual di Ayer Hitam. Aku pun sendiri kalau datang sini boleh jd gila. Kalau ada kawan2 aku dtg berkunjung ke rumah aku mesti aku bawa pergi sini. Memang tak sah kalau siapa yg pergi sini tak bawa balik apa2. Kawan aku sanggup pangku TeddyBear atas motor dari Johor ke Shah Alam tau sbb dia beli satu percuma satu. Itu yg diaorg beli sbb tak dpt kat mana2 negeri dengan harga yang sangat murah.




Ini selipar tidur. Ingat nak belikan utk kawan di Sabah tapi tak cukup bajet.



Ada raga, ada periuk tanah boleh buat claypot. Ada beg tangan. Macam2 la ada malas nak sebut. Tengok la sendiri.



Eleh Anis tu s'benarnya dia nak rasa duduk kat kerusi tu tp dia takut org marah. Kang Anis tak pasal2 jatuh gedebuk sbb buaian tu tak dpt m'nampung berat bdn Anis yg ringan tu. Hehehe.




Anis lagi...dengan barangan perhiasan di dalam rumah.




Periuk tanah la kot yang warna hitam tu, macam cantik je bila di lihat.



Haaaa inilah yg kitaorg borong. Murahkan harganya...rasanya pun boleh tahan.
Nasib la kalau beli sebiji RM1 tu ada yg rasanya tak sedap. Huhuhuhu....



Berbakul2 tu, geram je tengok. Yg merekah2 tu kalau dapat dibuka mesti sedap dalamnya.




Tengok uncle yg jual buah tu, tak agak2 nak b'gurau. Hahaha...nasib la buah tu tak jatuh atas kepala Lin. Kalau jatuh betul2 mmg Lin dpt Durian Runtuh la. Kuang3!!!
Anis siap gelakkan Lin lagi. Lucu...



Buah2 lain pun ada jugak.



Buah yg t'susun cantik ni memang harganya mahal. Kalau mampu beli la. Isinya pun comfirm sedap dan lazat bah...
Ada rambutan lagi tu...saya suka rambutan.




Tengok tu, pelbagai bear yg t'gantung kat kedai tu. Kejap ea kami nak pergi dekat lagi...



Ok dah sampai depan kedai tu, see harganya just RM39 je. Tp kalau wahid beli boleh dapat harga RM20 or RM25. Wahid kan pandai cari tempat yg murah. Kalau kedai tu letak harga mahal cepat2 keluar sbb mereka s'benarnya telah meletakkan harga yg mahal. Kalau tak percaya try dulu pergi kedai2 yg lain. Bukan kat kedai tu je jual benda tu, kedai yg lain pun jual benda yg sama.



Sukakan tengok bear...kalau dapat satu lagi best. Tp selama aku hidup ni tak pernah pulak aku dapat bear. Aku je yg selalu bagi org ada lah... Untung la sape yg pernah dapat dari aku. Itu tandanya org yg aku bagi tu kira special la. Huhuhu




Bangunan depan kawasan jualan di Ayer Hitam.



Pasu lagi...
Eh...tempayan pun ada juga.



Gajah seramik...Selalunya orang India yang beli utk hias kat rumah mereka.




Ini pun salah satu tempat yang menjual pelbagai barangan pasu, hiasan rumah dan macam2 lagi.




Kedai ni selalu Wahid pergi sebab boleh tahan la harganya. Beli utk hadiah kawan2.





Ala gitar pulak si Anis ni...




Kedai ni memang gila macam2 dia jual. Sampai orang pun tak berani nak masuk situ. Takut ada barang yang pecah. Laluan pun sempit nak masuk kedai. Kalau tersengol sikit pun boleh t'jatuh. Mak Wahid pernah la tersengol dengan beg tangan aduhai nasib baik yang jatuh tu bukan kaca. Cepat2 Wahid angkat barang tu.




Ok last dah nak balik ke Pontian. Snap2 gambar kejap kat sini.