Sunday, August 26, 2012

Round2 Ayer Hitam

Assalammualaikum & Salam Mesra

Inilah antara kenangan percutian Anis di Johor. Wahid sempat bawa Anis pergi Ayer Hitam iaitu salah satu destinasi kunjungan pelancong yang paling popular di Johor. Tidak lengkap percutian kalau tidak singgah ke Ayer Hitam dan membawa ole2 pulang memang tidak sah. Pelbagai pilihan yang boleh didapati di Ayer Hitam. Cuma perlu sediakan duit saja apa2 semua boleh beli. Tentang harga jangan risau semuanya boleh tawar-menawar kalau pandai. 

Teruja juga Anis bila sampai ke Ayer Hitam. Tapi, m'mandangkan Anis kurang bajet dia hanya cuci mata saja. Tak beli apa2 pun. S'ronok juga la kami jalan kesekeliling kawasan jualan di Ayer Hitam. 



CJ7 milik Anis tapi dia takde beli apa2 pun. Tak cukup bajet.



Ikan Bakar...pergh!!! sedapnya. Tapi kami tak mampu la nak makan.
So, wahid ambilkan gambar mereka b'dua je la. Huhuhu...



Ini antara barangan yg terdapat di Pekan Ayer Hitam. Banyak barangan seramik. Kalau sesiapa yang mahu mendapatkan barang untuk membuat landskap di dalam dan di luar rumah boleh la b'kunjung ke sini. Rugi kalau dah sampai Johor tapi tak singgah sini. Bukan hanya disini saja tp rugi kalau tak pergi semua tempat yg menarik di Johor.
Johor m'janjikan p'cutian dan tempat menarik utk semua pelancong dalam dan luar negeri.



Tengok tu Lin dan Anis masing2 dah chop!!! nak bantal tu. Kalau nak beli sendiri ya...



Mcm biasa la peniaga akan m'gantung pelbagai jenis boneka dan anak patung bagi tujuan tarikan pelanggan sbb mereka sentiasa b'saing dgn kedai sebelah m'yebelah. Kena pandai main harga la kat sini kalau nak bawa balik barang yg cantik dan minat pada sesuatu boneka itu.
Wahid ni pun selalu sangat rambang mata walaupun dah b'hari2 pergi sini sbb tempat ni dekat dgn rumah wahid yg di Parit Raja.



Kalau tak silap wahid ni adalah salah satu gerai makan yg terdapat pelbagai makanan Johor yg popular. Kena la datang sendiri baru tahu di sana ada makanan apa. Wahid memang bukan kaki warong jadi Wahid tak tahu sangat bab tempat makan yang sedap. Wahid selalu makan kat rumah je.




Well, kalau sesiapa nak cari barangan seramik atau perhiasan rumah jangan lupa singgah di Ayer Hitam Johor yg sememangnya menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri. Salah satu tempat yg boleh melengkapkan dekorasi rumah dari sudut dalaman dan luaran rumah utk taman mini. Selalunya pengunjung yg pergi Ayer Hitam ni mesti balik bawa satu atau dua barangan seramik yg unik dan m'narik.



Buah Kuini "Baik Punya !!!"
Bagus la nama buah ni. Hehehe...m'jadi idaman setiap orang sbb buahnya yg sedap.
Lain sikit rasanya dgn pelam, mangga dan bacang. Tapi kira adik-beradik la tu sebab rupanya seakan-akan sama.



Buah Durian Belanda
Ada la s'orang pelancong ni dia tanya kat penjual buah ni,
"Buah ni dari mana kak?" sambil tunjuk kearah buah durian belanda.
Si penjual dgn seriusnya jawab "Buah ni dari Belanda kak..."
Hahahaha ketawa ni aku dengar t'masuk pelanggan dan p'jual pun gelak sama.




Buah Nanas Sarawak 'Madu'
Tengok ejaan nanas tu jadi nenas, biasalah orang Johor ni ikut sedap mulut je nak sebut. Org jawa panggil nenas. Tp kenapa ya perkataan madu tu ada "Madu", huhuhu madu2. Dah memang namanya macam tu nak buat macam mana.




Anis Koboi hahahaha!!!
Topi macam ni pun ada jual juga kat sana.



Minah Bunga...itu semua bunga plastik. Ayer Hitam ni adalah salah satu tempat utk m'borong bunga2 yg mati (plastik). Org Johor kan kreatif so mereka ada je nak buat hiasan yg pelbagai. Kadang bukan orang Johor je, entah dari mana2 je orang yang datang dan buat macam2 bunga kreatif.



Tengok!!! barangan seramik lagi. Bagi peminat2 yg suka m'ghias laman dan ruang rumah boleh la beli kat sini. Mcm2 ada, boleh dpt dgn harga yg b'patutan.



Seramik lagi...macam2 ada. Kalau jalan kat sana kena b'waspada sebab andai kata pasu pecah walaupun bukan kita yang pecahkan tapi kita yang b'dekatan kena bayar harga benda yang pecah.




Kalau tak silap ni antara barangan hasil dari bahan rotan. Tudung saji, bekas raga la, macam2 lagi. Wahid pun tak tahu nak sebut. Kena datang dan tengok sendiri la.




Alat muzik. Kompang kecil. Ala Anis tu macam la reti nak main benda alah tu. Hahahaha :)




Haaa....nampak tak nampak tak!!! Siap ada harganya lagi tu. Dua barang RM15 la. Biasalah bantal2 peluk ni selalunya budak kecil yg minat tp jgn tak tahu org yg dah dewasa pun kemaruk nak benda ni. Buat peluk2 la kononnya. Hehehehe....



Bantal 2 RM10. Kualitinya ok la sbb tahan lasak. Tak cepat koyak.
Tapi cepat leper sebab isi dalam bantal tu span je.



Penuh kedai dengan pelbagai barangan jualan. Keychain anak patung pelbagai bentuk.




Semua barangan yang dijual dibungkus kerana dikhuatiri habuk dan warna barangan pudar. Memang mereka menjaga juga kebersihan dan kualiti barangan.




Inilah antara barang2 yg ada jual di Ayer Hitam. Aku pun sendiri kalau datang sini boleh jd gila. Kalau ada kawan2 aku dtg berkunjung ke rumah aku mesti aku bawa pergi sini. Memang tak sah kalau siapa yg pergi sini tak bawa balik apa2. Kawan aku sanggup pangku TeddyBear atas motor dari Johor ke Shah Alam tau sbb dia beli satu percuma satu. Itu yg diaorg beli sbb tak dpt kat mana2 negeri dengan harga yang sangat murah.




Ini selipar tidur. Ingat nak belikan utk kawan di Sabah tapi tak cukup bajet.



Ada raga, ada periuk tanah boleh buat claypot. Ada beg tangan. Macam2 la ada malas nak sebut. Tengok la sendiri.



Eleh Anis tu s'benarnya dia nak rasa duduk kat kerusi tu tp dia takut org marah. Kang Anis tak pasal2 jatuh gedebuk sbb buaian tu tak dpt m'nampung berat bdn Anis yg ringan tu. Hehehe.




Anis lagi...dengan barangan perhiasan di dalam rumah.




Periuk tanah la kot yang warna hitam tu, macam cantik je bila di lihat.



Haaaa inilah yg kitaorg borong. Murahkan harganya...rasanya pun boleh tahan.
Nasib la kalau beli sebiji RM1 tu ada yg rasanya tak sedap. Huhuhuhu....



Berbakul2 tu, geram je tengok. Yg merekah2 tu kalau dapat dibuka mesti sedap dalamnya.




Tengok uncle yg jual buah tu, tak agak2 nak b'gurau. Hahaha...nasib la buah tu tak jatuh atas kepala Lin. Kalau jatuh betul2 mmg Lin dpt Durian Runtuh la. Kuang3!!!
Anis siap gelakkan Lin lagi. Lucu...



Buah2 lain pun ada jugak.



Buah yg t'susun cantik ni memang harganya mahal. Kalau mampu beli la. Isinya pun comfirm sedap dan lazat bah...
Ada rambutan lagi tu...saya suka rambutan.




Tengok tu, pelbagai bear yg t'gantung kat kedai tu. Kejap ea kami nak pergi dekat lagi...



Ok dah sampai depan kedai tu, see harganya just RM39 je. Tp kalau wahid beli boleh dapat harga RM20 or RM25. Wahid kan pandai cari tempat yg murah. Kalau kedai tu letak harga mahal cepat2 keluar sbb mereka s'benarnya telah meletakkan harga yg mahal. Kalau tak percaya try dulu pergi kedai2 yg lain. Bukan kat kedai tu je jual benda tu, kedai yg lain pun jual benda yg sama.



Sukakan tengok bear...kalau dapat satu lagi best. Tp selama aku hidup ni tak pernah pulak aku dapat bear. Aku je yg selalu bagi org ada lah... Untung la sape yg pernah dapat dari aku. Itu tandanya org yg aku bagi tu kira special la. Huhuhu




Bangunan depan kawasan jualan di Ayer Hitam.



Pasu lagi...
Eh...tempayan pun ada juga.



Gajah seramik...Selalunya orang India yang beli utk hias kat rumah mereka.




Ini pun salah satu tempat yang menjual pelbagai barangan pasu, hiasan rumah dan macam2 lagi.




Kedai ni selalu Wahid pergi sebab boleh tahan la harganya. Beli utk hadiah kawan2.





Ala gitar pulak si Anis ni...




Kedai ni memang gila macam2 dia jual. Sampai orang pun tak berani nak masuk situ. Takut ada barang yang pecah. Laluan pun sempit nak masuk kedai. Kalau tersengol sikit pun boleh t'jatuh. Mak Wahid pernah la tersengol dengan beg tangan aduhai nasib baik yang jatuh tu bukan kaca. Cepat2 Wahid angkat barang tu.




Ok last dah nak balik ke Pontian. Snap2 gambar kejap kat sini. 

No comments:

Post a Comment