Thursday, January 31, 2013

Pavlova And Chocolate Cake

Assalammualaikum & Salam Ceria
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Akhirnya terlaksana juga impian dan keinginan untuk merasai Pavlova yang seringkali diperkatakan tentang keenakkannya. Memang sedap giler2 la...

Kebetulan kakak Wida yang duduk kat Larkin Johor pulang ke kampung dengan anak-anaknya. Norizah Sarbani nama kakak Wida tu, dia seorang yang rajin memasak dan mencuba pelbagai resipi baru dengan caranya tersendiri.

Hari tu ada la komen gambar kek kat facebook anak dia yang sulung (Nurul Ellyzah), tak sangka pulak kakak Wida sempat buat pavlova dan kek coklat. 

Kat kolej selalu la juga tengok orang makan kek dan pavlova tapi niat nak beli tu asyik terbantut je sebab kalau difikir-fikirkan baik makan nasi dari makan benda macam tu sebab harganya sama je. 

Kali ni memang makan sepuas-puasnya la sebab kakak buat satu mangkuk. Kak Izah kata dia kira harga RM35 kalau satu mangkuk tu. Buah yang ditabur atas tu pun segar2. Ranggup bila masuk ke dalam mulut. Memang tersenyum je la bila dapat makan tu. Puas hati.




Disebabkan hari tu Wida tak celebrate birthday anak Kak Izah yang berkongsi tarikh dengan mak Wida, Kak Izah buatkan kek coklat juga utk Wida. Kononnya birthday Wida la. Hahaha...makan kek coklat pulak. 

Kak Izah ni tak lokek kalau nak taburkan choc rise atas kek tu. Coklat dia pun melempah ruah, itu la yang sedap sangat2 sampai makan tak ingat dunia. Tau2 je tinggal sikit. Teringat pulak adik dan suaminya di rumah Parit Raja, so tinggalkan la sikit untuk dia. 

Kalau nak tau harga dan nak tempah boleh la contact no ni 0109400227. Masej je dilayan kalau buat panggilan susah sikit nak jawab. Handphone cikai2 je...lagipun mesej lagi jimatkan.


Activity After Final Exam

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Lepas penat berjalan dengan adik angkat yang datang dari Sabah, Wida terus menuju ke rumah kakak di Selayang. Petang tu sempat lagi teman anak saudara (Nur Syafiqah) pergi shopping barang2 dia nak balik ke tempat belajar dia. Wida panggil dia Angah. Angah belajar kat Kolej Poly-Tech Mara Cheras. 

Lepas Angah ambil Wida kat Stesen KTM Taman Wahyu, Angah ajak pergi Selayang Mall. Kitaorg pergi tiga org, seorang lagi Izzati jiran sebelah rumah Angah. Jalan punya jalan sampai tak tahu nak tuju mana, perut pun terasa lapar. 

Tiba2 cakap dgn Angah "Cik Wahid rasa lapar la bila tengok orang tu makan Hot&roll. Kat mana diaorg beli tu, jom pergi beli". Akhirnya dapat rasa juga makanan tu. Wida pilih satey. Sedap juga la rasanya. Harganya boleh tahan juga. Wida pun bukannya selalu sangat makan beli2 kat luar ni. Kalau dah rasa teringin baru la Wida beli. 

Walaupun harganya boleh tahan...tapi rasanya sedap juga. That's why la mahal. Selalu hanya dapat tengok orang beli, tapi kali ni dapat merasainya sendiri. Thanks Angah. 



Monday, January 7, 2013

Saya Suka Bersukan

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Siapa dapat teka kat mana area ni? Dalam UPM juga. Kalau dapat teka saya bagi hadiah senyuman :)


Sebenarnya Wida pergi sini ada tujuan untuk bersukan. Disuatu petang yang nyaman tak nyaman sangat la time tu, member class Wida tiba2 ajak main tenis. Emm...disebabkan lama dah tak pergi bersukan lebih2 lagi main tenis, dengan seberapa pantas Wida mengangguk bila kawan Wida ajak pergi bersukan. Maklum la selalunya terperap je dalam bilik kat kolej serumpun tu. Daripada takde buat apa kat bilik Wida pun join la dia pergi main tenis. 

Nak pergi main tenis ni bukan dekat, tempat ni jauh sikit dengan kolej serumpun. Kitaorg pergi naik motor. Disebabkan Wida lebih besar sedikit dari kawan Wida yang tak berapa nak kecil sangat dari Wida ni menyuruh Wida menunggang motor tersebut. 

Sumpah Wida memang reti bawa motor tapi Wida takde lesen. Dengan tak bawa kad matrik lagi tu kitaorg pun meneruskan perjalanan menuju ke destinasi yang pasti. 

Siap gelak2 lagi time bawa motor kawan Wida tu sebab motor dia ni nak kena pulas2 minyak baru la boleh jalan motor tu kalau tidak memang nak termati-mati enjin motor skuter dia tu. Kalau Wida panggil "meres2" motor. Ala ayat orang jawa la tu meres2. 

Apabila sampai kat satu round about yang tak berapa nak round about tu Wida slumber je tak ikut bulatan, terus melencong belok kanan ikut shortcut. Siap toleh2 lagi tengok mamat2 hensem main bola sepak kat padang tu. Confirm la Wida tak ngurat, nak mampos. Nanti handle motor ke lain pulak.

Tiba2 tengah syok toleh menoleh tu walaupun xde mamat hansem perasan, ada sorang mak guard dengan semangatnya angkat tangan tinggi kat kitaorg. Aduh mampos aku mampos, dalam hati Wida dah berkata2. Siap bisik2 lagi dengan member cakap Wida takde lesen dan tak bawa kad matrik.

Lalu mak guard tu pun dapatkan kami yang dah macam apa je rupa time tu. Lalu dia pun bertanya "berapa round about yang ada kat sini?". Wida pun dengan bersemangatnya jawab "dua ke tiga ea...emm kat sana ada, kat situ ada" sambil menunding jari ke arah yang dimaksudkan.

Dia tanya no matrik, siapa empunya motor tersebut dan nak pergi mana. Jujur la Wida jawab tanpa segan silu. Mak guard tu senyum je...dia kata nasib baik tahun kedua kalau tahun pertama memang kena kaw2 la dengan dia. 

Sebenarnya Wida dah baca ayat "Ya Latif" banyak kali sebelum dia menghampiri kami tadi. Wida tiup perlahan dihadapan Wida dan Wida senyum je time tu. Tahu tak maksud Ya Latif tu apa??? Maksudnya lembut dan Wida pun baca ayat tu banyak kali sambil doa moga kami tidak diapa2kan. 

Mulanya dia macam nak keluarkan saman tapi bila kitaorg merayu dia pun melepaskan kami. Sebenarnya jadi pengajaran juga utk Wida. Ikut je la peraturan yang ada tanya banyak soal. Setiap peraturan tu kan ada sebab musababnya.  Lepas ni Wida janji takkan bawa motor lagi. 

Bila dah dilepaskan tu rasa lega la juga dan kami teruskan niat untuk main tenis. Ala main tenis pukul2 kat dinding tembok je. Nak main berdua macam tak tercapai akal je nak sambut bola tu. Bila hati dah tak sedap main pun macam semborono je...semborono tu bahasa jawa la, melayunya sembarangan. 

Asal main je bola tak melantun ke dinding tapi dipukul terus ternaik keatas tembok dinding dan terus kebelakang. Memang penat kami ni kutip bola je la. Dua kali lima je Wida dengan kawan Wida tu main tenis tapi bolanya asyik out je. Hahaha macam tu la orang yang takde skill. Dulu kat teknik Wida ada juga based tenis tapi dah lama sangat sampai lupa pulak.

Bila kawan Wida pergi kutip bola yang keluar padang tu Wida ambil kesempatan untuk buat larian padang pusing la beberapa kali sampai kawan Wida dah habis kutip bola. Emm...terrornya Wida ni main tenis sampai tapak kasut Wida terkopak (tertanggal). Aduhai...baru la nak bergaya dengan kasut yang baru pakai jenama w tup2 tertanggal tapaknya. Last2 pakai stokin je main tenis. Tengah Wida main2 tu terasa panas2 di kaki rupa2nya stokin tu berlubang akibat tak tahan lasak.

Sedih betul la. Dah tu bayangkan la, dengan tapak kasut dah tertanggal siap boleh pergi Seri Serdang beli barang dan cari makan. Kat kedai runcit tu Wida stay kat motor je la, part kat kedai makan tu Wida turun dari motor sambil seret2 kasut Wida tu. Hampeh tak leh nak buat apa2 la. Kawan Wida tetap taknak ganti Wida bawa motor time tu sebab ada sebab2 tertentu yang tak dapat nak dielakkan tentang motor dia tu. 

Last2, Wida juga la yang bawa sampai la ke kolej kami. Kasut tu Wida bawa balik ke kampung utk direpair kalau boleh. Bila balik mak Wida tegur, aik macam dah kurus pulak anak mak ni. Takkan tak makan kot kat sana. Emm...Wida fikir takkan la setakat main tenis pukul semuanya out leh kuruskan badan. Kalau macam tu nak buat selalu la. Hehehe :)

Sunday, January 6, 2013

Ikan Bakar Pelajar Pertanian UPM

Assalammualaikum w.b.t & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Ikan Bakar RM4.50

Adakah anda lapar seperti saya? Emm...ternyata kita akan lapar apabila perut kita kosong kan. Disebabkan Wida ni kurang rajin nak turun makan kat foodcourt Serumpun tu Wida pun order la ikan bakar ni, kebetulan kawan Wida ambil order maka cepat je Wida pesan satu. Lagipun time tu memang Wida sorang2 je duduk kat dalam bilik hujung minggu tu. Macam biasa rumate semua balik.



Ikan bakar ni selalu dikaitkan dengan pencecahnya tu. Emm...sedap juga pencecah tu, tapi pedas sikit. Memang boleh bg like10x la untuk usaha diaorg membuat ikan bakar ni. Nanti buat dan jual lagi ok. 

Panas lagi ni masa kawan Wida hantar ke bilik. Nasi putih panas dengan ikan bakar ternyata TERBAIK la...hihihi. Wida ni makan sorang2 ke ada teman ke tetap berselera. Nak isi perut yang kosong. Ni pun Wida tunggu sampai pukul3 petang baru dapat makan nasi. Tapi takpe la walaupun lambat janji sedap.



Isi ikan putih dan rasa fresh dia tu. Memang terangkat la, sedap sangat. Sebenarnya pelajar yang menjual ikan bakar ni adalah pelajar yang belajar tentang ternakan ikan kat UPM ni. Ikan tu ada la diaorg kaji itu ini. Wida memang tak tahu apa2 la sebab Wida budak fakulti perhutanan, kayu pulak tu.


Isi ikan talapia merah ni memang ada manis2 sikit. Mungkin diaorg tangkap terus diaorg bersih2 kan dan diaorg bakar. Tapi macam tak puas la Wida makan. Lepas ni kaji la untuk bagi ikan tu besar sikit dan isinya banyak. Mungkin dari makanan ikan tu boleh jadikan ikan kecil jadi besar sikit. Hehehe... pandai2 je Wida ni.



Separuh dah habis, tunggu nak habiskan lagi sebelah isi ikan talapia merah ni. Hehehe sedap sangat, kalau makan free lagi sedap. Mana tau lepas ni, budak2 fakulti pertanian boleh buat open house kat fakulti diaorg dengan kenakan bayaran RM2-5 utk makan ikan. Bestnya kalau ada macam tu.