Monday, January 7, 2013

Saya Suka Bersukan

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Siapa dapat teka kat mana area ni? Dalam UPM juga. Kalau dapat teka saya bagi hadiah senyuman :)


Sebenarnya Wida pergi sini ada tujuan untuk bersukan. Disuatu petang yang nyaman tak nyaman sangat la time tu, member class Wida tiba2 ajak main tenis. Emm...disebabkan lama dah tak pergi bersukan lebih2 lagi main tenis, dengan seberapa pantas Wida mengangguk bila kawan Wida ajak pergi bersukan. Maklum la selalunya terperap je dalam bilik kat kolej serumpun tu. Daripada takde buat apa kat bilik Wida pun join la dia pergi main tenis. 

Nak pergi main tenis ni bukan dekat, tempat ni jauh sikit dengan kolej serumpun. Kitaorg pergi naik motor. Disebabkan Wida lebih besar sedikit dari kawan Wida yang tak berapa nak kecil sangat dari Wida ni menyuruh Wida menunggang motor tersebut. 

Sumpah Wida memang reti bawa motor tapi Wida takde lesen. Dengan tak bawa kad matrik lagi tu kitaorg pun meneruskan perjalanan menuju ke destinasi yang pasti. 

Siap gelak2 lagi time bawa motor kawan Wida tu sebab motor dia ni nak kena pulas2 minyak baru la boleh jalan motor tu kalau tidak memang nak termati-mati enjin motor skuter dia tu. Kalau Wida panggil "meres2" motor. Ala ayat orang jawa la tu meres2. 

Apabila sampai kat satu round about yang tak berapa nak round about tu Wida slumber je tak ikut bulatan, terus melencong belok kanan ikut shortcut. Siap toleh2 lagi tengok mamat2 hensem main bola sepak kat padang tu. Confirm la Wida tak ngurat, nak mampos. Nanti handle motor ke lain pulak.

Tiba2 tengah syok toleh menoleh tu walaupun xde mamat hansem perasan, ada sorang mak guard dengan semangatnya angkat tangan tinggi kat kitaorg. Aduh mampos aku mampos, dalam hati Wida dah berkata2. Siap bisik2 lagi dengan member cakap Wida takde lesen dan tak bawa kad matrik.

Lalu mak guard tu pun dapatkan kami yang dah macam apa je rupa time tu. Lalu dia pun bertanya "berapa round about yang ada kat sini?". Wida pun dengan bersemangatnya jawab "dua ke tiga ea...emm kat sana ada, kat situ ada" sambil menunding jari ke arah yang dimaksudkan.

Dia tanya no matrik, siapa empunya motor tersebut dan nak pergi mana. Jujur la Wida jawab tanpa segan silu. Mak guard tu senyum je...dia kata nasib baik tahun kedua kalau tahun pertama memang kena kaw2 la dengan dia. 

Sebenarnya Wida dah baca ayat "Ya Latif" banyak kali sebelum dia menghampiri kami tadi. Wida tiup perlahan dihadapan Wida dan Wida senyum je time tu. Tahu tak maksud Ya Latif tu apa??? Maksudnya lembut dan Wida pun baca ayat tu banyak kali sambil doa moga kami tidak diapa2kan. 

Mulanya dia macam nak keluarkan saman tapi bila kitaorg merayu dia pun melepaskan kami. Sebenarnya jadi pengajaran juga utk Wida. Ikut je la peraturan yang ada tanya banyak soal. Setiap peraturan tu kan ada sebab musababnya.  Lepas ni Wida janji takkan bawa motor lagi. 

Bila dah dilepaskan tu rasa lega la juga dan kami teruskan niat untuk main tenis. Ala main tenis pukul2 kat dinding tembok je. Nak main berdua macam tak tercapai akal je nak sambut bola tu. Bila hati dah tak sedap main pun macam semborono je...semborono tu bahasa jawa la, melayunya sembarangan. 

Asal main je bola tak melantun ke dinding tapi dipukul terus ternaik keatas tembok dinding dan terus kebelakang. Memang penat kami ni kutip bola je la. Dua kali lima je Wida dengan kawan Wida tu main tenis tapi bolanya asyik out je. Hahaha macam tu la orang yang takde skill. Dulu kat teknik Wida ada juga based tenis tapi dah lama sangat sampai lupa pulak.

Bila kawan Wida pergi kutip bola yang keluar padang tu Wida ambil kesempatan untuk buat larian padang pusing la beberapa kali sampai kawan Wida dah habis kutip bola. Emm...terrornya Wida ni main tenis sampai tapak kasut Wida terkopak (tertanggal). Aduhai...baru la nak bergaya dengan kasut yang baru pakai jenama w tup2 tertanggal tapaknya. Last2 pakai stokin je main tenis. Tengah Wida main2 tu terasa panas2 di kaki rupa2nya stokin tu berlubang akibat tak tahan lasak.

Sedih betul la. Dah tu bayangkan la, dengan tapak kasut dah tertanggal siap boleh pergi Seri Serdang beli barang dan cari makan. Kat kedai runcit tu Wida stay kat motor je la, part kat kedai makan tu Wida turun dari motor sambil seret2 kasut Wida tu. Hampeh tak leh nak buat apa2 la. Kawan Wida tetap taknak ganti Wida bawa motor time tu sebab ada sebab2 tertentu yang tak dapat nak dielakkan tentang motor dia tu. 

Last2, Wida juga la yang bawa sampai la ke kolej kami. Kasut tu Wida bawa balik ke kampung utk direpair kalau boleh. Bila balik mak Wida tegur, aik macam dah kurus pulak anak mak ni. Takkan tak makan kot kat sana. Emm...Wida fikir takkan la setakat main tenis pukul semuanya out leh kuruskan badan. Kalau macam tu nak buat selalu la. Hehehe :)

No comments:

Post a Comment