Assalammualaikum & Salam Ceria
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Akhirnya terlaksana juga impian dan keinginan untuk merasai Pavlova yang seringkali diperkatakan tentang keenakkannya. Memang sedap giler2 la...
Kebetulan kakak Wida yang duduk kat Larkin Johor pulang ke kampung dengan anak-anaknya. Norizah Sarbani nama kakak Wida tu, dia seorang yang rajin memasak dan mencuba pelbagai resipi baru dengan caranya tersendiri.
Hari tu ada la komen gambar kek kat facebook anak dia yang sulung (Nurul Ellyzah), tak sangka pulak kakak Wida sempat buat pavlova dan kek coklat.
Kat kolej selalu la juga tengok orang makan kek dan pavlova tapi niat nak beli tu asyik terbantut je sebab kalau difikir-fikirkan baik makan nasi dari makan benda macam tu sebab harganya sama je.
Kali ni memang makan sepuas-puasnya la sebab kakak buat satu mangkuk. Kak Izah kata dia kira harga RM35 kalau satu mangkuk tu. Buah yang ditabur atas tu pun segar2. Ranggup bila masuk ke dalam mulut. Memang tersenyum je la bila dapat makan tu. Puas hati.
Disebabkan hari tu Wida tak celebrate birthday anak Kak Izah yang berkongsi tarikh dengan mak Wida, Kak Izah buatkan kek coklat juga utk Wida. Kononnya birthday Wida la. Hahaha...makan kek coklat pulak.
Kak Izah ni tak lokek kalau nak taburkan choc rise atas kek tu. Coklat dia pun melempah ruah, itu la yang sedap sangat2 sampai makan tak ingat dunia. Tau2 je tinggal sikit. Teringat pulak adik dan suaminya di rumah Parit Raja, so tinggalkan la sikit untuk dia.
Kalau nak tau harga dan nak tempah boleh la contact no ni 0109400227. Masej je dilayan kalau buat panggilan susah sikit nak jawab. Handphone cikai2 je...lagipun mesej lagi jimatkan.
No comments:
Post a Comment