Monday, April 21, 2014

Jauhnya Dia Merantau

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Siapa yang jauh merantau?? Yang pastinya bukan Wida. Wida belum berkesempatan nak merantau sampai ke luar negara tapi InsyaAllah satu hari nanti Wida akan merantau ke luar negera dengan izin-Nya. Sebenarnya yang merantau jauh ni kawan Wida yang Wida kenal hanya dalam surat je zaman2 Wida sekolah menengah dulu. 


Lama dah kot kami terputus hubungan sebagai sahabat. Wida tak pernah jumpa dia face to face sejak kami berkenalan sebab dia salah seorang yang Wida kenal melalui surat. Dulu2 kan Wida ada keluar kat surat khabar dalam ruangan Minda Pelajar. So, dia salah seorang yang mengutuskan surat untuk berkenalan dengan Wida. 


Perkenalan kami sejak berusia 14 tahun jika Wida tak silap. So masa tu Wida tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, Parit Raja. Wida pun terima salam perkenalan dan berbalas surat dengan dia. Dulu2 mana ada handphone kan maka takde la moment berbalas masej so kami berbalas surat je la. Dia pun rajin sebenarnya menulis surat.


Dia berasal dari Melaka. Masa tu dia student High School. Wida sekolah biasa2 je. Wida terputus hubungan selepas kami PMR. Actually dia sebaya Wida. So, sekarang umur kami masing2 dah mencecah 27 tahun. Bayangkan lamanya kami terputus hubungan lebih kurang 12 tahun. Lepas PMR Wida pun masuk asrama dan tukar sekolah maka dah berbeza la keadaan nak berutus surat sebab takde masa untuk buat semua tu di asrama. 


Baru2 ni Wida ada terperasan facebook dia. So, Wida beranikan diri tanya dia. Ada respon tapi dia pun tak ingat Wida lagi. Emm...kalau ikutkan hati taknak la tanya lebih2 sebab dia pun tak ingat Wida lagi. Maybe lain dah kot muka masing2 sebab Wida pun not sure dia so that why la Wida tanya dia untuk kepastian yang dia adalah kawan lama Wida. Rupa2nya betul. So, Wida tak salah orang la.


Berbual2 dengan dia cuma beberapa kali je sebab dia kata dia jauh. Mula2 tu dia tak bgtau dia di mana. Soalan Wida tu macam dipandang sepi je. Lepas beberapa kali Wida tanya semula baru la dia jawab. Dia kata dia sekarang berada di Dubai. Mak aiii jauhnya dia pergi. Wida panggil dia 'Pak Arab'. 


"Wah Pak Arab dah pandai cakap arab la ni kan?" saja Wida nak bertanya. Dia kata dia cakap melayu je sebab semua yang orang yang dia berurusan boleh cakap melayu cuma dia je dicampakkan ke sana. Untung la dia boleh buat macam tu. 


Soalan yang wajib mesti la "Awak dah kahwin belum?" emmm...tak menyempat Wida ni itu soalan yang paling utama. Hahahahaha (ketawa dalam hati). Ye la kan nanti tetiba je isteri dia marah Wida sebab ganggu suami dia. Wida tak suka macam tu nak ganggu gugat orang yang dah berpunya. Kalau macam tu tak kawan pun takpe daripada menimbulkan sebarang masalah.


Dia kata dia belum kahwin...emm...malah dia tanya Wida pulak dah kahwin belum. Siap dia tanya kenapa tak kahwin lagi. Jawapan yang pasti adalah belum sampai jodoh nak kahwin. So, ok tak jawapan Wida macam tu. Jawapan selamat adalah "saya masih belajar". 


"Aik umur dah 27 tahun belum habis belajar lagi? Lama jugak awak belajar". Awak pandai banyak saya pandai sikit so lain la situasinya. Takpe la Pak Arab oiii...menuntut ilmu itu tidak kira usia. Ini adalah cita2 saya dari dulu lagi. Sikit lagi menghampiri untuk mengecapi kejayaan. InsyaAllah :) Doakan la yang terbaik buat saya. 


Awak kan kawan saya sampai bila2 so, awak mesti support saya dari jauh. Apa2 pun thanks sebab sudi balas masej saya yang entah apa2 merapu di facebook tu. Maaf menganggu kamu sejak beberapa hari ni. Tapi saya janji saya takkan ganggu awak lagi. Lagipun masa untuk kita berbual adalah terbatas sebab waktu sana dan sini berbeza untuk beberapa jam. 


Berkawan dengan awak adalah satu semangat untuk saya meneruskan cita2 saya sebab awak salah satu sumber inspirasi saya dulu2 sebab awak kan lebih pandai dari saya sebab tu saya suka berkawan dengan awak walaupun kita jauh beribu batu. 


Saya kelu lidah bila nak panggil kamu masa di stesen bas seksyen 17 dulu. Secara tak sengaja terlupa nama kamu sampai la kamu dah naik bas dan bas mula bergerak meninggalkan stesen bas seksyen 17 baru saya teringat nama kamu. Maaf la, tapi pada saya kamu mesti tak kenal saya sebagai kawan kamu sebab beberapa kali juga kamu lalu depan saya tapi kamu tak kenal saya. Yes, i still remember your face even just looking at the pictures alone. Cuma, masa tu Tuhan pun blank kan my mind. Uhh... Just forget it. 







Monday, April 14, 2014

Bila Sudah Berdua

Assalammualaikum & Salam Kerinduan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Alhamdulillah selama cuti pertengahan semester ni Wida dapat jumpa dengan Mak, Adam dan Wafa. Rindu dah terubat. Tapi bila dah balik UPM semula rasa rindu lagi pada semua ni. Takpe la Cik Wahid pergi menuntut ilmu. Ada kelapangan akan bertemu semula. 



 Mak dah bertambah cucu lagi. Wafa dah pandai tengok kamera bila orang nak ambil gambar dia. Adam pula masih lentok2 lagi kepala dia sebab Adam masih dalam hari lagi. Tapi Adam macam dah boleh dengar dan lihat orang. Bila nama dia dipanggil dia akan menoleh.



 Paling seronok Mak la tapi penat juga nak melayan budak kecil dua orang ni. Mak kata kalau diaorg di dudukkan dekat2 nanti diaorg pandai berbual2. Ala bahasa baby. Kita mana tau kan. Kalau tak percaya tengok gambar kat bawah ni.



 "Adam bangun la Adam, Cik Wahid nak ambil gambar kita tu. Kamu ni tidur je la"


 "Saya mengantuk la Wafa. Saya kan masih dalam hari lagi" sambil mula mengeliat.


 Tangan Wafa mula pukul2 Adam "Tak sporting betul la Adam ni. Kesian Cik Wahid ambil gambar kita ye yo o je (syok sendiri)".



 Adam sambung tidur semula. "Hurmm...takpe la Adam, kamu sambung la tidur saya nak bergambar".


 Masa untuk Wafa beraksi. Manakala Adam nyenyak tidur.


 "Cik Wahid, saya malu la nak bergambar" kata Wafa sambil buat tangan macam tu.



 Sekali lagi Wafa ganggu Adam. Menjeling pula Wafa pada Adam bila dia tengok Adam dah naikkan tangannya.


 "Cik Wahid oh Cik Wahid, ambil gambar Wafa je la. Adam tetap tidur".



 Ok Wafa dah ready. Klik. 



 Nama saya Nur Wafa Adriana Binti Muhammad Bukhari



 Nama saya Muhammad Adam Rafky Bin Mohd Rasul





Wah enaknya tidur begini di kampung Mak Tok. Selesa takde nyamuk gigit. Tak macam rumah taman banyak nyamuk selalu ganggu tidur saya.



Adam dah botak balik dari kampung terus mak bidan datang untuk cukurkan rambut Adam yang lebat tu. Jimat shamfu lepas ni.


Master Chef Baby

 Alahai kenapa Adam nak menangis tu.


Ni Ayah Adam


Ni Ayah Wafa


Wafa tak nangis tapi Wafa tak senyum

Wida balik cuti seminggu dapat luangkan masa dengan budak berdua ni. Mak kata diaorg pun pandai berbual2. Walaupun hanya emm aaa emm aaa je dengan ibu ayah diaorg. 


Kalau dah nangis tu mak tahu dialog diaorang. Macam ni la lebih kurang. 

- Kenapa menangis? 
- Lampin saya basah. Tak selesa.
- Guna la pampes WHOOPEE...Whoopee. 
(Aku dengan mak gelak2 berdua. Mengajuk iklan dalam tv)


Kalau kat rumah ni seorang nangis seorang lagi bila dengar pun akan menangis juga. Bila seorang diam seorang lagi tengokkan je yang nangis. Aduh kecoh betul. Bila dah nangis tak henti2 tu memang Wida tak dapat nak handle la. Mak Wida pun angkat tangan. Hihihi tak reti. Cuma ibu masing2 la yang reti nak pujuk sebab dua2 nak susu. Eeee....tak sabar pula Wida nak anak. Tapi tak tahu bila la masanya. 

Thursday, April 10, 2014

Malam Hari Raya Aidil Adha

Assalammualaikum & Salam Ingatan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Al kisah berlaku malam nak sambut hari raya aidil adha. Wida balik kampung hari sabtu sebab hari jumaat tu ada kelas ganti sampai pukul5.00 petang. Wida balik dengan 3 orang kawan dan masing-masing turun kat Ayer Keroh dan Muar. Wida dapat cuti hari isnin tu so dapat la lama sikit kat kampung.


Nak dijadikan cerita malam raya tu Wida dengan kakak Wida tengah sibuk kat dapur nak masak-masak untuk hari raya esok. Tiba-tiba abang Wida terjerit "Eh cepat tengok kat depan kedai abah ada budak perempuan tidur kat situ". Semua orang dalam rumah terkejut la time tu. Kebetulan adik lelaki Wida baru balik dari rumah Parit Raja dia pun tak nampak perempuan tu tidur kat depan kedai abah walhal dia parking kereta kat situ. Lagi pulak kat depan kedai abah memang gelap gelita.



Kami semua berlari la pergi depan kedai abah sebab nak tengok perempuan tu. Memang gelap tak nampak langsung perempuan tu. Abang Wida suruh la bawa dia masuk rumah. Kata perempuan tu dia baru balik kerja van yang dia naik rosak. Jadi dia nak tumpang tidur kat situ sampai pagi. Dia telefon mak dia tapi tak dapat. 


Pulak dah ceritanya macam tu. Emm...bila dia keluar dari tempat gelap tu pakaian dia macam kotor2 sikit. Kat seluar dia tu macam ada kesan tanah sikit. Dah la pakai baju hitam. Orangnya pun tunduk je tak tengok langsung muka kami semua. Bila Wida suruh dia masuk rumah dia mengelak tak nak dia kata dia nak duduk kat luar je. Apa kejadahnya duduk kat luar rumah Wida kalau orang dah pelawa (jemput) masuk rumah.


Abang Wida cakap rumah dia kat Parit Satu. Mak Wida pun bagi cadangan supaya tolong hantar perempuan tu ke rumah dia. Wida cakap kat kakak Wida suruh je abang dengan adik lelaki Wida hantar memandangkan waktu dah nak pukul12 malam. Wida bukan taknak tapi macam malas sebab dah malam sangat. Lepas tu mak kata Wida je la yang hantar, kakak Wida teman. Adik lelaki dengan abang Wida pun taknak teman.


"Saya hantar awak balik la, lagipun esok nak raya kan". Wida cakap dengan budak perempuan tu bagi cadangan. Dia pun ok la naik kereta Wida. Jam masa tu menunjukkan hampir ke pukul 12 tengah malam. Tapi takpe la membantu orang kan apa salahnya korban masa sedikit. Baru je melepasi jalan utama dan menuju ke jalan kampung Parit Makasar budak perempuan tu bersuara "boleh tak hantar saya sekejap ke hospital Pontian, saya nak tengok abang saya sakit".


Wida dengan kakak Wida terkejut kot, dah separuh jalan ni kami menuju ke kampung dia. Dia ingat Wida ni tukang supir dia nak jadi kerja Wida pulak na hantar dia ke hospital Pontian pulak. Sikit punya jauh tempat tu menghala ke bandar. Wida ni duduk dipekan. "Awak ingat dekat ke kami nak hantar kamu ke hospital Pontian tu?" kakak Wida bersuara. Wida pun mengangguk sama.


"Kalau tak boleh takpe la" perlahan je suara budak perempuan tu. Haishhh!! Macam dah naik lemak pulak bila kita nak hantar dia siap buat permintaan minta hantar pergi hospital pulak. Wida still lagi meneruskan perjalanan menuju ke kampung yang dia maksudkan.


Lepas dah pastikan dari jauh kampung yang kami tuju Wida beri signal untuk belok ke Parit Satu. Eeeee...macam seram je masuk kampung lagi2 waktu malam macam tu. Wida bawa slow2 je sebab taknak terlepas rumah budak perempuan tu. Bila dah separuh jalan tu Wida tanya "mana rumah kamu? masuk dalam jauh lagi ke?". Sambil2 tu mata Wida pandang kiri kanan sebab nak pastikan ada rumah kat kawasan situ. Dah la rumah kampung ni selalunya jauh2 dari satu buah rumah ke rumah yang lain.


'Aik...diam je budak ni duduk kat belakang? Maka dah nak sampai ke hujung jalan kampung ni. Rumah dia pun tak disebut2 kat mana' kata Wida dalam hati. Mula dah curiga dengan budak tu. "Rumah saya mungkin takde orang la...mak saya pergi rumah anak dia kot" tiba2 budak perempuan tu bersuara. Wida pun tanya la "so sekarang ni awak nak saya berhentikan kamu kat mana? Kalau ya pun mak awak takde takkan awak tak boleh tinggal kat rumah sorang2" Wida bagi cadagan.


"Hantar saya kat rumah sepupu saya la. Kat kampung Puteri Menangis" perempuan tu bersuara. Wida dalam hati terus buat pertimbangan nak lalu jalan mana. Memandangkan kami dah sampai atas jambatan hujung kampung tersebut. Nak belok kiri jauh, nak belok kanan sunyi pulak jalannya walaupun dekat. Akhirnya Wida belok ke kanan. Nekad gila ni keputusan Wida masa tu walaupun Wida tau kat hujung jalan pintas tu ada kawasan perkuburan. Wida dah tak sedap hati 'jangan la perempuan ni minta aku berhentikan dia kat kawasan perkuburan tu. Sah2 la aku bawa ni bukan orang' sebab kawasan perkuburan tu memang takde rumah langsung.


Kakak Wida sampai tegur Wida kenapa bawa laju sangat sebab jalan tak rata berlopak2 pulak tu. Wida dah tak kira time tu nak sayang kereta ke apa ke. Janji Wida selesaikan masalah nak hantar budak perempuan tu. Wida bawa laju macam drift je walaupun kat jalan kampung. Takut punya pasal. Kalau nak pergi kampung Puteri Menangis tu mesti lalu beberapa buah kampung, ikut jalan dalam.


Sempat lagi Wida lalu depan rumah pakcik Wida. Masa tu segala lubang semua Wida langgar tak kira la bergegar ke tak dalam kereta tu. Lantak la. Kedudukan Wida ditempat memandu pun dah berubah bila Wida sengaja menganjakkan kedudukan Wida betul2 macam peluk stereng kereta. Konon macam rabun tak nampak jalan. Walhal dalam hati 'kalau la perempuan ni ada pisau, sekali dia kelar leher aku dengan kakak aku yang duduk kat depan ni macam mana la agaknya' semua tu dah bermain dalam minda Wida.


"Sekarang ni nak belok ke kanan ke kiri untuk pergi rumah sepupu awak?" tanya Wida dah tak sabar. Dia beri jawapan ke kiri. Wida pun fikir...lepas aku hantar ni aku ikut jalan utama la untuk balik rumah. Taknak ikut jalan tadi seram rasanya. Bukan tak biasa tapi hati dah tak sedap.


Jalan lagi lagi lagi...sampai la Wida jumpa jalan utama. "Eh kita dah sampai jalan besar ni? Mana rumah sepupu awak ni?" Wida dah bertanya sebab pelik la dia tak sebut pun rumah sepupu dia kat mana. "Saya tertidur tak perasan kat mana dah ni. Rumah sepupu saya bukan yang dekat sini. Rumah dia kat jalan yang seberang sana".


Perempuan ni dah melampau kejap sana kejap sini, Wida pun apa lagi "awak tahu tak saya ni sebenarnya nak balik ke kampung di Johor Bahru malam ni. Dah lambat saya nak balik ke kampung saya ni tau sebab gara2 hantar awak kejap ke sana sekejap ke sini" marah Wida dah meletus. Tak sabar rasanya hati ni sebab budak perempuan tu buat Wida macam ni. Nak tipu tak agak2.


"Sekarang ni macam mana? Kita dah sampaui hujung kampung, saya dah tak mampu nak hantar awak ke mana yang awak nak sebab awak pun cakap tak betul. Awak telefon la sepupu awak suruh dia ambil awak kat sini" jujur Wida terangkan pada budak perempuan tu. Otak masih ligat berfikir ni macam mana nak drop perempuan ni. Kita sama2 perempuan kan so kalau boleh taknak la biar sorang2 lagi2 dah tengah malam buta. Hari raya pulak tu. Hishhhh....geram betul la.


"Minta maaf la saya tak dapat hantar ke mana awak nak pergi. Saya terpaksa turun kan awak kat mana2 sekarang ni, awak agak nak turun kat mana?" Wida terus buat keputusan sebab jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi. "Berhentikan saya kat masjid je la lagipun saya belum solat lagi" kata perempuan tu. Wida pun terus tuju ke kawasan masjid yang berhampiran. Bila dah drop kan dia kat masjid tu terus Wida perhatikan yang budak tu menuju ke masjid.


Dalam kereta masa tu kakak Wida bersuara "kalau aku la waktu2 macam ni aku cuak (takut) kalau duduk sorang2 dalam masjid walaupun kita tahu tu rumah Allah" Wida pun angguk kepala bila kakak Wida bagitahu macam tu, mungkin itu la jalan terakhir kami untuk buat macam tu. Lepas je hantar budak perempuan tu terus Wida pecut laju balik ke rumah. Sebenarnya nak balik ke kampung di Johor Bahru tu alasan Wida je, kampung Wida tak jauh pun dengan rumah Wida.


Bila sampai rumah tu mak Wida sibuk tanya kenapa lama sangat hantar. Pada perkiraan mak Wida takde la jauh sangat tempat yang Wida nak hantar budak perempuan tu dan boleh kembali semula dalam masa setengah jam selepas menghantar. Wida dengan kakak pun apa lagi terus la cerita dari A hingga Z. Mak Wida kata kenapa tak hantar je budak perempuan tu ke balai polis senang suruh polis yang hantar. Emmm kalau la mak Wida call dan bagitau cadangan dia mesti Wida buat macam tu.


Wida tengok budak tu macam lalok2 je. Mak Wida pun kata budak perempuan tu macam minah gian je. Tak pun budak perempuan tu baru lepas buat projek kat semak. Lepas tu kena tinggal kat tepi jalan. Kita tak tahu semua tu. Wida pun malas nak ambil port. Nak lupakan je kisah tu tapi still lagi berlegar2 dalam kepala otak dan memori Wida sekeluarga.


Sampai la baru2 ni Wida balik kampung jumpa family, adik Wida la cerita. "Ko tau tak abah kata budak perempuan tu sebenarnya pontianak. Dia dah lama menumpang tidur kat depan kedai abah. Rumah dia dulu kat kebun getah depan ruma kita". Mak aiiii Wida dengar terus terkejut beruk. Beruk pun tak terkejut macam Wida.


Kita ni selalu nak buat baik pada orang tapi kadang kala macam ni la yang berlaku tak terduga. Menyesal pun takde gunanya tapi satu pengalaman la pada Wida. Dengan lalu kat kawasan perkuburan yang masa tu tengah malam. Bawa budak perempuan yang tak dikenali. Emm...Tuhan je la yang mengetaui semuanya.


Terima kasih sudi baca realiti hidup Wida