Assalammualaikum & Salam Ingatan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Al kisah berlaku malam nak sambut hari raya aidil adha. Wida balik kampung hari sabtu sebab hari jumaat tu ada kelas ganti sampai pukul5.00 petang. Wida balik dengan 3 orang kawan dan masing-masing turun kat Ayer Keroh dan Muar. Wida dapat cuti hari isnin tu so dapat la lama sikit kat kampung.
Nak dijadikan cerita malam raya tu Wida dengan kakak Wida tengah sibuk kat dapur nak masak-masak untuk hari raya esok. Tiba-tiba abang Wida terjerit "Eh cepat tengok kat depan kedai abah ada budak perempuan tidur kat situ". Semua orang dalam rumah terkejut la time tu. Kebetulan adik lelaki Wida baru balik dari rumah Parit Raja dia pun tak nampak perempuan tu tidur kat depan kedai abah walhal dia parking kereta kat situ. Lagi pulak kat depan kedai abah memang gelap gelita.
Kami semua berlari la pergi depan kedai abah sebab nak tengok perempuan tu. Memang gelap tak nampak langsung perempuan tu. Abang Wida suruh la bawa dia masuk rumah. Kata perempuan tu dia baru balik kerja van yang dia naik rosak. Jadi dia nak tumpang tidur kat situ sampai pagi. Dia telefon mak dia tapi tak dapat.
Pulak dah ceritanya macam tu. Emm...bila dia keluar dari tempat gelap tu pakaian dia macam kotor2 sikit. Kat seluar dia tu macam ada kesan tanah sikit. Dah la pakai baju hitam. Orangnya pun tunduk je tak tengok langsung muka kami semua. Bila Wida suruh dia masuk rumah dia mengelak tak nak dia kata dia nak duduk kat luar je. Apa kejadahnya duduk kat luar rumah Wida kalau orang dah pelawa (jemput) masuk rumah.
Abang Wida cakap rumah dia kat Parit Satu. Mak Wida pun bagi cadangan supaya tolong hantar perempuan tu ke rumah dia. Wida cakap kat kakak Wida suruh je abang dengan adik lelaki Wida hantar memandangkan waktu dah nak pukul12 malam. Wida bukan taknak tapi macam malas sebab dah malam sangat. Lepas tu mak kata Wida je la yang hantar, kakak Wida teman. Adik lelaki dengan abang Wida pun taknak teman.
"Saya hantar awak balik la, lagipun esok nak raya kan". Wida cakap dengan budak perempuan tu bagi cadangan. Dia pun ok la naik kereta Wida. Jam masa tu menunjukkan hampir ke pukul 12 tengah malam. Tapi takpe la membantu orang kan apa salahnya korban masa sedikit. Baru je melepasi jalan utama dan menuju ke jalan kampung Parit Makasar budak perempuan tu bersuara "boleh tak hantar saya sekejap ke hospital Pontian, saya nak tengok abang saya sakit".
Wida dengan kakak Wida terkejut kot, dah separuh jalan ni kami menuju ke kampung dia. Dia ingat Wida ni tukang supir dia nak jadi kerja Wida pulak na hantar dia ke hospital Pontian pulak. Sikit punya jauh tempat tu menghala ke bandar. Wida ni duduk dipekan. "Awak ingat dekat ke kami nak hantar kamu ke hospital Pontian tu?" kakak Wida bersuara. Wida pun mengangguk sama.
"Kalau tak boleh takpe la" perlahan je suara budak perempuan tu. Haishhh!! Macam dah naik lemak pulak bila kita nak hantar dia siap buat permintaan minta hantar pergi hospital pulak. Wida still lagi meneruskan perjalanan menuju ke kampung yang dia maksudkan.
Lepas dah pastikan dari jauh kampung yang kami tuju Wida beri signal untuk belok ke Parit Satu. Eeeee...macam seram je masuk kampung lagi2 waktu malam macam tu. Wida bawa slow2 je sebab taknak terlepas rumah budak perempuan tu. Bila dah separuh jalan tu Wida tanya "mana rumah kamu? masuk dalam jauh lagi ke?". Sambil2 tu mata Wida pandang kiri kanan sebab nak pastikan ada rumah kat kawasan situ. Dah la rumah kampung ni selalunya jauh2 dari satu buah rumah ke rumah yang lain.
'Aik...diam je budak ni duduk kat belakang? Maka dah nak sampai ke hujung jalan kampung ni. Rumah dia pun tak disebut2 kat mana' kata Wida dalam hati. Mula dah curiga dengan budak tu. "Rumah saya mungkin takde orang la...mak saya pergi rumah anak dia kot" tiba2 budak perempuan tu bersuara. Wida pun tanya la "so sekarang ni awak nak saya berhentikan kamu kat mana? Kalau ya pun mak awak takde takkan awak tak boleh tinggal kat rumah sorang2" Wida bagi cadagan.
"Hantar saya kat rumah sepupu saya la. Kat kampung Puteri Menangis" perempuan tu bersuara. Wida dalam hati terus buat pertimbangan nak lalu jalan mana. Memandangkan kami dah sampai atas jambatan hujung kampung tersebut. Nak belok kiri jauh, nak belok kanan sunyi pulak jalannya walaupun dekat. Akhirnya Wida belok ke kanan. Nekad gila ni keputusan Wida masa tu walaupun Wida tau kat hujung jalan pintas tu ada kawasan perkuburan. Wida dah tak sedap hati 'jangan la perempuan ni minta aku berhentikan dia kat kawasan perkuburan tu. Sah2 la aku bawa ni bukan orang' sebab kawasan perkuburan tu memang takde rumah langsung.
Kakak Wida sampai tegur Wida kenapa bawa laju sangat sebab jalan tak rata berlopak2 pulak tu. Wida dah tak kira time tu nak sayang kereta ke apa ke. Janji Wida selesaikan masalah nak hantar budak perempuan tu. Wida bawa laju macam drift je walaupun kat jalan kampung. Takut punya pasal. Kalau nak pergi kampung Puteri Menangis tu mesti lalu beberapa buah kampung, ikut jalan dalam.
Sempat lagi Wida lalu depan rumah pakcik Wida. Masa tu segala lubang semua Wida langgar tak kira la bergegar ke tak dalam kereta tu. Lantak la. Kedudukan Wida ditempat memandu pun dah berubah bila Wida sengaja menganjakkan kedudukan Wida betul2 macam peluk stereng kereta. Konon macam rabun tak nampak jalan. Walhal dalam hati 'kalau la perempuan ni ada pisau, sekali dia kelar leher aku dengan kakak aku yang duduk kat depan ni macam mana la agaknya' semua tu dah bermain dalam minda Wida.
"Sekarang ni nak belok ke kanan ke kiri untuk pergi rumah sepupu awak?" tanya Wida dah tak sabar. Dia beri jawapan ke kiri. Wida pun fikir...lepas aku hantar ni aku ikut jalan utama la untuk balik rumah. Taknak ikut jalan tadi seram rasanya. Bukan tak biasa tapi hati dah tak sedap.
Jalan lagi lagi lagi...sampai la Wida jumpa jalan utama. "Eh kita dah sampai jalan besar ni? Mana rumah sepupu awak ni?" Wida dah bertanya sebab pelik la dia tak sebut pun rumah sepupu dia kat mana. "Saya tertidur tak perasan kat mana dah ni. Rumah sepupu saya bukan yang dekat sini. Rumah dia kat jalan yang seberang sana".
Perempuan ni dah melampau kejap sana kejap sini, Wida pun apa lagi "awak tahu tak saya ni sebenarnya nak balik ke kampung di Johor Bahru malam ni. Dah lambat saya nak balik ke kampung saya ni tau sebab gara2 hantar awak kejap ke sana sekejap ke sini" marah Wida dah meletus. Tak sabar rasanya hati ni sebab budak perempuan tu buat Wida macam ni. Nak tipu tak agak2.
"Sekarang ni macam mana? Kita dah sampaui hujung kampung, saya dah tak mampu nak hantar awak ke mana yang awak nak sebab awak pun cakap tak betul. Awak telefon la sepupu awak suruh dia ambil awak kat sini" jujur Wida terangkan pada budak perempuan tu. Otak masih ligat berfikir ni macam mana nak drop perempuan ni. Kita sama2 perempuan kan so kalau boleh taknak la biar sorang2 lagi2 dah tengah malam buta. Hari raya pulak tu. Hishhhh....geram betul la.
"Minta maaf la saya tak dapat hantar ke mana awak nak pergi. Saya terpaksa turun kan awak kat mana2 sekarang ni, awak agak nak turun kat mana?" Wida terus buat keputusan sebab jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi. "Berhentikan saya kat masjid je la lagipun saya belum solat lagi" kata perempuan tu. Wida pun terus tuju ke kawasan masjid yang berhampiran. Bila dah drop kan dia kat masjid tu terus Wida perhatikan yang budak tu menuju ke masjid.
Dalam kereta masa tu kakak Wida bersuara "kalau aku la waktu2 macam ni aku cuak (takut) kalau duduk sorang2 dalam masjid walaupun kita tahu tu rumah Allah" Wida pun angguk kepala bila kakak Wida bagitahu macam tu, mungkin itu la jalan terakhir kami untuk buat macam tu. Lepas je hantar budak perempuan tu terus Wida pecut laju balik ke rumah. Sebenarnya nak balik ke kampung di Johor Bahru tu alasan Wida je, kampung Wida tak jauh pun dengan rumah Wida.
Bila sampai rumah tu mak Wida sibuk tanya kenapa lama sangat hantar. Pada perkiraan mak Wida takde la jauh sangat tempat yang Wida nak hantar budak perempuan tu dan boleh kembali semula dalam masa setengah jam selepas menghantar. Wida dengan kakak pun apa lagi terus la cerita dari A hingga Z. Mak Wida kata kenapa tak hantar je budak perempuan tu ke balai polis senang suruh polis yang hantar. Emmm kalau la mak Wida call dan bagitau cadangan dia mesti Wida buat macam tu.
Wida tengok budak tu macam lalok2 je. Mak Wida pun kata budak perempuan tu macam minah gian je. Tak pun budak perempuan tu baru lepas buat projek kat semak. Lepas tu kena tinggal kat tepi jalan. Kita tak tahu semua tu. Wida pun malas nak ambil port. Nak lupakan je kisah tu tapi still lagi berlegar2 dalam kepala otak dan memori Wida sekeluarga.
Sampai la baru2 ni Wida balik kampung jumpa family, adik Wida la cerita. "Ko tau tak abah kata budak perempuan tu sebenarnya pontianak. Dia dah lama menumpang tidur kat depan kedai abah. Rumah dia dulu kat kebun getah depan ruma kita". Mak aiiii Wida dengar terus terkejut beruk. Beruk pun tak terkejut macam Wida.
Kita ni selalu nak buat baik pada orang tapi kadang kala macam ni la yang berlaku tak terduga. Menyesal pun takde gunanya tapi satu pengalaman la pada Wida. Dengan lalu kat kawasan perkuburan yang masa tu tengah malam. Bawa budak perempuan yang tak dikenali. Emm...Tuhan je la yang mengetaui semuanya.
Terima kasih sudi baca realiti hidup Wida

No comments:
Post a Comment