Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Siapa yang jauh merantau?? Yang pastinya bukan Wida. Wida belum berkesempatan nak merantau sampai ke luar negara tapi InsyaAllah satu hari nanti Wida akan merantau ke luar negera dengan izin-Nya. Sebenarnya yang merantau jauh ni kawan Wida yang Wida kenal hanya dalam surat je zaman2 Wida sekolah menengah dulu.
Lama dah kot kami terputus hubungan sebagai sahabat. Wida tak pernah jumpa dia face to face sejak kami berkenalan sebab dia salah seorang yang Wida kenal melalui surat. Dulu2 kan Wida ada keluar kat surat khabar dalam ruangan Minda Pelajar. So, dia salah seorang yang mengutuskan surat untuk berkenalan dengan Wida.
Perkenalan kami sejak berusia 14 tahun jika Wida tak silap. So masa tu Wida tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, Parit Raja. Wida pun terima salam perkenalan dan berbalas surat dengan dia. Dulu2 mana ada handphone kan maka takde la moment berbalas masej so kami berbalas surat je la. Dia pun rajin sebenarnya menulis surat.
Dia berasal dari Melaka. Masa tu dia student High School. Wida sekolah biasa2 je. Wida terputus hubungan selepas kami PMR. Actually dia sebaya Wida. So, sekarang umur kami masing2 dah mencecah 27 tahun. Bayangkan lamanya kami terputus hubungan lebih kurang 12 tahun. Lepas PMR Wida pun masuk asrama dan tukar sekolah maka dah berbeza la keadaan nak berutus surat sebab takde masa untuk buat semua tu di asrama.
Baru2 ni Wida ada terperasan facebook dia. So, Wida beranikan diri tanya dia. Ada respon tapi dia pun tak ingat Wida lagi. Emm...kalau ikutkan hati taknak la tanya lebih2 sebab dia pun tak ingat Wida lagi. Maybe lain dah kot muka masing2 sebab Wida pun not sure dia so that why la Wida tanya dia untuk kepastian yang dia adalah kawan lama Wida. Rupa2nya betul. So, Wida tak salah orang la.
Berbual2 dengan dia cuma beberapa kali je sebab dia kata dia jauh. Mula2 tu dia tak bgtau dia di mana. Soalan Wida tu macam dipandang sepi je. Lepas beberapa kali Wida tanya semula baru la dia jawab. Dia kata dia sekarang berada di Dubai. Mak aiii jauhnya dia pergi. Wida panggil dia 'Pak Arab'.
"Wah Pak Arab dah pandai cakap arab la ni kan?" saja Wida nak bertanya. Dia kata dia cakap melayu je sebab semua yang orang yang dia berurusan boleh cakap melayu cuma dia je dicampakkan ke sana. Untung la dia boleh buat macam tu.
Soalan yang wajib mesti la "Awak dah kahwin belum?" emmm...tak menyempat Wida ni itu soalan yang paling utama. Hahahahaha (ketawa dalam hati). Ye la kan nanti tetiba je isteri dia marah Wida sebab ganggu suami dia. Wida tak suka macam tu nak ganggu gugat orang yang dah berpunya. Kalau macam tu tak kawan pun takpe daripada menimbulkan sebarang masalah.
Dia kata dia belum kahwin...emm...malah dia tanya Wida pulak dah kahwin belum. Siap dia tanya kenapa tak kahwin lagi. Jawapan yang pasti adalah belum sampai jodoh nak kahwin. So, ok tak jawapan Wida macam tu. Jawapan selamat adalah "saya masih belajar".
"Aik umur dah 27 tahun belum habis belajar lagi? Lama jugak awak belajar". Awak pandai banyak saya pandai sikit so lain la situasinya. Takpe la Pak Arab oiii...menuntut ilmu itu tidak kira usia. Ini adalah cita2 saya dari dulu lagi. Sikit lagi menghampiri untuk mengecapi kejayaan. InsyaAllah :) Doakan la yang terbaik buat saya.
Awak kan kawan saya sampai bila2 so, awak mesti support saya dari jauh. Apa2 pun thanks sebab sudi balas masej saya yang entah apa2 merapu di facebook tu. Maaf menganggu kamu sejak beberapa hari ni. Tapi saya janji saya takkan ganggu awak lagi. Lagipun masa untuk kita berbual adalah terbatas sebab waktu sana dan sini berbeza untuk beberapa jam.
Berkawan dengan awak adalah satu semangat untuk saya meneruskan cita2 saya sebab awak salah satu sumber inspirasi saya dulu2 sebab awak kan lebih pandai dari saya sebab tu saya suka berkawan dengan awak walaupun kita jauh beribu batu.
Saya kelu lidah bila nak panggil kamu masa di stesen bas seksyen 17 dulu. Secara tak sengaja terlupa nama kamu sampai la kamu dah naik bas dan bas mula bergerak meninggalkan stesen bas seksyen 17 baru saya teringat nama kamu. Maaf la, tapi pada saya kamu mesti tak kenal saya sebagai kawan kamu sebab beberapa kali juga kamu lalu depan saya tapi kamu tak kenal saya. Yes, i still remember your face even just looking at the pictures alone. Cuma, masa tu Tuhan pun blank kan my mind. Uhh... Just forget it.
No comments:
Post a Comment