Assalammualaikum & Salam Kasih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Saat ini terasa seperti angin bayu dari dunia Korea menyapa pipi saat berjalan bersama empat sahabat. Saat ini juga rasa rindu yang mengunung terhadap keluarga di Johor kerana perhubungan membataskan segalanya. Aku bukan sepi tetapi tiada apa yang dapat mengisi kekosongan didalam hati. Tidak pada empat sahabat lain yang sentiasa tersenyum berkongsi kegembiraan bersama keluarga apabila berada diperantauan.
Saat ini juga aku meletakkan di mana diriku berpijak kerana tidak pernah meletakkan angan-angan yang begitu tinggi untuk merantau ke negara orang tapi tidak dinafikan apa yang singgah di alam mimpi sedikit sebanyak mempengaruhi mengapa aku terbang jauh menuju ke bumi Korea. Ya mungkin aku miskin tidak berharta hanya memasang angan melalui mimpi tidak pada orang yang berkemampuan yang tidak kempunan untuk melawat ke negara luar dari Malaysia.
Tapi aku pernah bersuara kepada ibu ku "Mak malam tadi kita mimpi kita pergi jauh. Kita naik kapal terbang dan pergi ke suatu tempat yang sememangnya asing. Kita nampak bangunan tu tinggi dan tak berapa nak menarik sangat warna bangunannya tak macam kat Malaysia berwarna-warni".
Mak pun mendengar dengar ikhlas dan bertanya apa lagi petunjuk yang ada dalam mimpi tu, aku pun memikirkan "Kita rasa kita kat Melbourne la Mak". Hahaha itu la mimpi yang pernah singgah dalam mainan tidur aku. Sebenarnya, aku pergi ke Korea bukan ke Melbourne. Waktu itu aku bermimpi yang aku hanya duduk sendirian di dalam kapal terbang dimana ia membawa aku membelah awan siang.
Ya, mimpi itu betul dan memang aku duduk sendirian di bahagian hadapan manakala empat lagi sahabatku duduk di bahagian belakang berhampiran ekor pesawat. Aku yang ketika itu duduk bersebelahan dengan sayap terasa aku perlu yakin dengan diri aku sendiri mana tidaknya sebelah kanan dan kiri adalah orang Korea. Itu yang aku rasa dalam mimpi dan betul jadi kenyataan.
Damainya di sini seperti ada kekasih yang akan menunggu sambil memerhati kehijauan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh melata. Tasik dimana kekasih hati yang sedang berpacaran melunaskan rasa rindu dan sentiasa meluahkan kata-kata cinta pada fikiran aku. Ada juga pasangan warga emas yang tidak jemu meluangkan masa bersama untuk mendapatkan kedamaian dan kesegaran disebalik tumbuhan yang terhidang di depan mata.
Teringat pada si kecil ini yang berada dipangkuan ibunya. Tidak aku tahu dari mana asal baby ini. Mungkin dari Korea, USA ataupun China. Aku cak ba cak ba dengan dia dalam bas ketika kesemua sahabatku lena dibuai mimpi yang aku kira sudah sampai ke tanah air Malaysia. Seminggu sebelum aku jumpa baby ni dalam bas untuk pulang ke Malaysia, aku dah nampak dalam train KORAIL. Ketika itu tidur aku diganggu dengan tangisan baby ni sebab tu aku bangun dan aku cuba untuk tarik perhatian baby tu dengan menyentuh jarinya yang diletakkan berhampiran penyandar tempat duduk ibunya.
Mengekek baby ni ketawa dengan gelagat aku yang seolah2 menjalankan jariku menuju ke dia untuk menyentuh jarinya. Dia mulanya menarik jarinya tapi bila baby itu meletakkan kembali di situ, dia seolah2 mahukan aku menyentuhnya lagi. Kali pertama tidak mengena dan dia ketawa. Kali kedua juga tidak mengena dia ketawa juga. Masuk kali ketiga dia terleka dan waktu itu aku menyentuh jarinya yang lembut terus dia ketawa besar ku kira kerana ketawanya menarik perhatian kesemua penumpang bas yang pada mulanya terganggu dengan tangisan baby itu.
Kesemuanya bangun dan memandang kearah kami. Lalu mereka melemparkan senyuman kepada aku mungkin kerana berjaya membuatkan tangisan baby itu berhenti dan digantikan dengan gelak ketawa. Beberapa minit kemudian baby itu tertidur. Begitu juga dengan aku kerana perjalanan kami yang jauh dan memakan masa beberapa jam juga untuk sampai ke Incheon International Airport.
Kecomelannya menarik perhatian aku dan keseluruh umat dalam koc yang menuju ke Seoul ketika menaiki KORAIL. Tak sangka jodoh bertemu kembali di dalam bas. Aku adalah orang yang senang untuk mengingati rupa paras seseorang sehinggakan kawan aku menegur aku "Wahid ni semua orang dia nak tegur dan semua orang dia kenal". Aku hanya tersenyum dan kelebihan aku ni terserlah apabila di satu hentian untuk menukar train menuju ke Namchuncheon aku bertemu dengan orang Malaysia yang aku kenal.
See ini la buktinya kelebihan aku mengingati rupa paras seseorang. Sekali pandang aku terus mendekati beliau "Assalammualaikum En Azizul Hasni Awang?" dan dia menoleh serta tersenyum begitu juga dengan isterinya. Kawan aku ketika itu boleh berkata "Wahid ni macam kenal je terus tegur orang tu, dia pensyarah Wahid ke?" Hello kau tak kenal ke ini kan Pocket Rocket Man Malaysia pelumba basikal negara yang ketika itu terlibat dengan sukan Incheon di Korea.
Berbual seketika waktu itu kerana pertemuan di Malaysia belum tentu tapi dihadiahkan dengan pertemuan di Korea. Isteri dan anaknya sangat sporting. Sempat merakamkan kenangan. Belum tentu di Malaysia tapi di Korea Pasti.
Terima Kasih Ya Allah...
Syukur Pada Mu
Amin
No comments:
Post a Comment