Thursday, April 16, 2015

Hatiku Berbicara Apa Itu Rindu

Assalammualaikum & Salam Rindu
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Disaat ini tercetusnya rindu yang menggunung apabila selangkah kaki aku menuju ke ruangan laluan masuk balai perlepasan. Aku titipkan pesanan pada ibuku "Emak...nanti Wahid kat sana tak dapat la kita share story macam kita kat Malaysia ni. Balik nanti kita berbual2 la panjang2. Kumpul dulu semua cerita baru seronok nak share story". Aku nampak mak hanya menganggukkan kepalanya. Sebenarnya, sebak yang terpendam didasar hati kian menunjukkan pada riak wajah masing2 tapi semuanya tersimpan rapi. 


Ibu ku sungguh faham akan perasaan aku dan dia yakinkan aku "Ala Wahid pun selama ini dah banyak kali berjauhan dari keluarga dan merantau. Anggap je kali ini merantau seperti apa yang Wahid pernah lalui sebelum ini. InsyaAllah semuanya baik2 saja". Bonggok (kata orang jawa) dan ego la aku jika waktu itu hati aku tak terusik dengan kata2 emak. Aku senyum je sebab aku rasa bila aku buka mulut pastinya kolam air mata aku akan pecah dan basah la lantai airport tu nanti, siapa pulak nak mengemop nyer...


Disaat ini perjalanan aku sentiasa sendirian menyelusuri lebuhraya utara selatan. Acapkali aku memandu dengan tujuan aku selamat sampai ke destinasi. Meter kereta aku ketika ini mencecah 60km/j. Al maklum la mak kata biar lambat asal selamat. Ini bukan sengaja bawa 60km/j tapi lambatnya macam siput semata2 nak snap Sempadan Negeri JOHOR DARUL TAKZIM. Hahaha terror tak aku snap sekali imbas dan terus memecut ke angka 110km/j. Aku pemandu berhemah ok. Dont't judge a book by its cover. So, don't judge the driver by the face. Emm...betul ke ayat aku tu. Ala abaikan la kalau silap.


Saat ini pastinya perjalanan aku dari UPM menuju ke Pontian, Johor tidak lain dan tidak bukan. 4 jam memandu tanpa henti dan kadangkala 5 jam perjalanan yang aku kira jika aku singgah di mana2 R&R. Sudah ku pesan pada mata 'tolong la bertahan sepanjang perjalanan kerana aku mahu berjumpa dengan orang2 yang aku rindui'. Yes mata itu sentiasa segar tatkala bibir ini sentiasa berzikir dan menyebut nama orang yang aku sayang di dalam hati. Dalam hati bukan siapa dengarkan kecuali Allah s.w.t.








Saat ini aku berterima kasih dan rinduku tertumpah untuk anak murid yang telah menjadikan aku cikgu. "Cikgu Korea Annyeonghaseyo" itulah ungkapan pertama sejak kaki aku melangkah ke KVBP. Mereka ini la yang telah menjadikan aku cikgu dengan panggilan cikgu. Ya, aku sebenarnya bukan la cikgu yang sebenar benarnya tapi bukan juga cikgu tipu2 atau cikgu jadi-jadian. Cikgu yang dalam erti kata sebenar diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk merasai dan melalui perasaan sebagai seorang pendidik. 


Ketika ini aku fikir aku perlu meletakkan diri aku sebaris dengan mereka supaya aku dapat merasai apa yang mereka lalui seharian sebagai pelajar. Bukan aku tidak melaluinya dahulu tapi lebih dari itu aku telah lalui kerana aku sayang mereka dan adalah satu sebab iaitu mereka junior aku dimana aku berada di tempat mereka sebelum ini selama dua tahun. Sekolah yang sudah bertukar kepada kolej.



Inilah hasilnya apabila aku mendekati pelajar dengan lebih dekat. Aku anggap mereka adik-adik aku yang sedang mengejar kejayaan. Timbul rasa rindu pada mereka saat aku sudah tiada di situ. Jauh dimata maka jauh juga la dihati. Tapi hati tidak sunyi andai kita sentiasa mengingati Tuhan. Tuhan selalu mengirimkan kenangan untuk kita agar kita mengingati seseorang dan merindui mereka samada ia ada lagi atau tiada. 


Saat ini kita tertawa bersama kerana kita mengukir senyuman dan kenangan.  


Seorang demi seorang hadir dalam hidup aku walaupun mereka hanya dipertemukan untuk seketika cuma. Tapi yakinlah bahawa rindu itu sentiasa ada di dalam diri kita walaupun dimana kita berada.

 Ketika aku sendiri


 Shae datang mempamerkan keriangan, kematangan, kesabaran dan kelincahan dalam bidang automotif


 Lalu Niesa hadir menyerikan suasana dengan manja dan gurauan mesranya


 Kim menjelma membuatkan aku sedar dengan setiap pertanyaan dan bait-bait katanya


 Wana yang aku kira sangat matang dalam tingkah lakunya menyenangkan aku


 Sarimah mewujudkan watak aku sebagai sebahagian orang yang bernama cikgu


 Mira insan yang sangat membuatkan aku tersenyum dengan setiap tingkah lakunya yang melucukan


 Aini yang aku anggap seorang anak yang mengajar aku apa itu erti sabar dan tabah


Kesemuanya mempunyai watak dalam setiap kerinduan yang aku rasa sukar untuk diungkapkan. Dan kini, tiada lagi mereka dihadapan mata aku untuk aku rasai apa yang aku anggap rindu serindu-rindunya. Hilang kosong itulah dinamakan rindu bertamu. 


Terima Kasih Ya Allah
Syukur
Amin

No comments:

Post a Comment