Thursday, January 26, 2012

Love Story Miss Nur Shemaya


Maya mempercepatkan langkahnya dan cuba mengejar Qif dari belakang apabila dia terpandang Qif yang berada dihadapannya untuk menaiki bas. Maya mahu menjerit tetapi dia malu. Akhirnya, Maya sempat mengejar Qif sebelum dia menaiki bas. Maya menarik baju Qif dari belakang, dia mengharap yang Qif akan perasan kehadirannya di belakang.

"Sabar la bodoh!! Nak naik bas pun, nak tarik-tarik baju orang" marah Qif sebelum dia menoleh ke belakang untuk melihat siapa gerangan yang menarik bajunya tadi.

Maya sudah berubah muka. Tadi mukanya tersenyum hingga ke telinga apabila terpandangkan Qif dari jauh. Sampai hati Qif cakap Maya bodoh. Sebenarnya Maya buat begitu supaya dia dapat menaiki bas tersebut dan duduk disebelah Qif tanpa ada niat untuk menarik baju Qif. Tiada cara lain dan hanya itu sahaja cara Maya untuk membuatkan Qif menoleh ke belakang.

"Eh emm... hai Maya good morning. Malam tadi boleh tidur? Sorry Qif tak perasan Maya kat belakang Qif. Jom duduk kat belakang tu ada kosong" pelawa Qif semata-mata untuk menutup kesalahan atas ketelanjuran mulutnya menyebut perkataan bodoh tadi.

Maya terasa hati dengan kata-kata Qif tadi. Maya terus duduk di kerusi bersebelahan dengan pelajar cina. Marahnya menebal saat itu kerana Qif memarahinya depan orang ramai dan yang paling dia terasa apabila pakcik bas menegur dia saat dia melangkah anak tangga bas yang terakhir. Siap menjeling tanda marah pada Maya diatas perbuatan Maya menarik baju Qif sebentar tadi.

Maya diam membisu sehingga bas berhenti di depan fakultinya. Tanpa mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas Maya bergegas turun dari bas. Maya mempercepatkan langkahnya kerana dia pasti yang Qif akan mengejarnya dari belakang. Maya hanya mendengar sayup-sayup namanya dilaungkan oleh Qif. Tapi sedikit pun Maya tidak menoleh ke belakang. Menyampah.

Maya terpandangkan Aleyza yang berada beberapa langkah dihadapannya. Terus dia mendapatkan Aleyza tanpa banyak bicara. Maya menarik Aleyza untuk duduk dibahagian belakang sewaktu mereka melangkah masuk ke dalam kelas. "Kau ni dah kenapa Maya? Sihat ke tak? Macam ada yang tak kena dengan kau hari ni," jelas Aleyza.

"Itu haa mamat yang paling bodoh" Maya menjuihkan bibirnya ke arah Qif yang mengambil tempat duduk dua barisan dihadapan mereka. "Sampai hati dia cakap aku bodoh masa aku tarik baju dia bila dia nak naik bas. Aku kena marah dengan pakcik bas dan semua orang pandang aku kat dalam bas tu" terang Maya dengan air matanya menitis ke pipi.

"Sengal la Qif ni. Ada ke patut dia panggil kau bodoh" marah Aleyza. "Aku tarik baju dia bukannya kuat. Lagipun aku nak saing dengan dia masa nak naik bas tadi" terang Maya sambil mengesat air matanya. "Sabar je la Maya. Nanti aku suruh Thaqif minta maaf dgn kau. Kau pun kena minta maaf dgn dia juga. Mana tau masa kau tarik baju dia tu, dia dah nak terjatuh ke ataupun dia terkejut" panjang lebar Aleyza berceloteh.

Akhirnya, Maya mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Aleyza. Maya kemudiannya mengeluarkan buku yang dipelajari utk hari itu. Dia dah berkira-kir a untuk terus balik ke bilik lepas habis kelas pada pukul 10 pagi nanti. Rehatkan mindanya dari memikirkan yang bukan-bukan.



Ombak Rindu - Hafiz & Adira (OST Ombak Rindu)

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku 

No comments:

Post a Comment