"Kenapa la aku kena buat assignment ni sorang-sorang. Benggang betul la dengan budak group aku ni" bebel Thaqif seolah-olah melepaskan kemarahannya pada Nur Shemaya Hazimah dalam talian. Sebenarnya, Thaqif sengaja meminta simpati dari Maya kerana dia mahu lihat sejauh mana perhatian Maya setiap kali dia mengadu nasib. "Sorry la Qif, Maya pun tak tahu nak buat macam mana. Tapi kalau Qif rasa perlu pertolongan Maya untuk cari bahan assignment tu, Maya sedia bantu". Maya memberi respon kepada Thaqif.
Aku hanya memandang Maya yang berada disebelah katil aku. Aku sebenarnya curi-curi dengar juga perbualan mereka. "Ala Wiza...kecian kat Qif. Budak satu group dia tak buat langsung assignment diaorang. Minggu depan dah nak hantar. Hari ni dah hari khamis" tiba-tiba Maya bersuara kepada aku. Aku hanya diam mendengar sebab aku kan orang yang sentiasa menjadi pendengar setia pada Maya. Setiap butir yang keluar dari mulut Maya aku akan dengar.
"Habis tu, kau nak tolong Qif ke Maya? Suka la dia kalau kau tolong dia sebab dia boleh dekat dengan kau" aku memerangkap Maya. Maya tersenyum sambil menjelirkan lidahnya sedikit. Aku dah faham sangat bila reaksi dia macam tu. Suka la tu bila Qif telefon. Bukan main cakap macam berbisik-bisik sampaikan aku tak dengar langsung. Cuma tadi je la dia cakap tu aku terdengar sebab suaranya sedikit kuat.
Terfikir sejenak apabila teringatkan bila agaknya mereka menjadi rapat tiba-tiba. Aku rasa dia mula rapat sejak dia sentiasa menjadi pendengar yang setia untuk Thaqif. Qif ni baru je kehilangan kekasih hati yang memang dah lama bersarang dalam hati dia lebih dari 5 tahun. Aku rasa dengan dia pilih cara untuk dia menyambung pelajaran itu dia dapat melupakan bekas kekasih hatinya. Mungkin ini cara yang terbaik sebab dia dah mula melupakan bekas kekasihnya.
Ada satu masa tu Maya keluar dari lepas maghrib sampai la dah nak pagi. Aku pelik la sebab Maya jarang balik lewat malam. Emm...bila aku dengar ada orang tergelak-gelak aku cuba intai dari koridor. Mak aii kat situ dia berborak. Bukan main lama dia tak naik-naik ke bilik rupanya berdiskusi entah apa2 sampai gelak diaorg aku boleh dengar sampai ke bilik.
Kalau Thaqif dan Maya rapat pun apa salahnya. Diaorg kan sama-sama single belum berpunya. Tidak ada tembok yang menghalang mereka untuk berbual mesra. Lagipun mereka sama kursus mungkin mereka banyak membincangkan tentang pelajaran mereka bersama. Aku hanya tumpang gembira dengan situasi mereka. Janji dia sentiasa tersenyum cukup la daripada dia mengalirkan air mata.
Lirik Lagu Carta Hati- Najwa Latif
Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku
Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah
Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
lagu cinta kita bermula
dari mata turun ke jiwa
dari teman menjadi cinta
dan berjanji untuk setia
sehidup semati kita
menjanji kan bahagia
untuk kita berdua selamanya
hmmm----
hoo---
lalala----
hmmm---
jangan engkau jangan pergi
jangan tinggal ku sendiri
jangan tinggal kan carta hati
kau janji kan bahagia
ku janji kau tak terluka
teruslah berada di carta hati kita
lala---
hooo---
lala---
hmmm
No comments:
Post a Comment