Friday, January 27, 2012

Tune Hotel Kota Kinabalu

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

Destinasi perjalanan Wahid kali ini semestinya ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Balik semula ke Sabah di mana tempat Wahid belajar dulu. Percutian kali ini Wahid pergi bersama emak dan adik perempuan Wahid dan keesokkan harinya pulak sepupu Wahid serta suaminya. Sebenarnya Wahid beli tiket kapal terbang untuk satu family Wahid dengan harga RM1 je dan kalau termasuk tax harganya RM10. Tapi tak sangka pulak abah, kakak dan adik lelaki Wahid tak nak ikut. 

Wahid siap beli makanan lagi utk mereka makan dlm flight tp membazir mcm tu je. Bukan rezeki mereka kot nak ikut kami pergi Sabah. Apa2 pun tak kisah la yang penting kami dpt jln2.


Tune Hotels Kota Kinabalu Sabah. Mana2 tempat ada hotel ni. Hari kedua Wahid di Sabah dan pergi airport semula utk ambil sepupu Wahid dan suaminya. Hantar mereka ke hotel sebab mereka dah tempah utk duduk kat hotel situ. Harga tak la mahal sgt sbb mereka beli guna online. Kalau nak dpt harga murah kena la rajin tengok kat internet.


It's me.. cantik hiasan dalaman hotel ni walaupun ruang lobi tak sebesar hotel2 yang lain.


Check In Tune Hotel Kota Kinabalu


Tune Hotels ni dekat dengan 1Borneo. Kalau nak pergi hotel ni ikut papan tanda ke Universiti Malaysia Sabah UMS. InsyaAllah akan jumpa sebab ada terpampang besar punya tulisan Tune Hotel berwarna merah.


Dah mcm model Tune Hotel pulak kami berdua ni. Satu masa nanti terasa juga nak menginap di Tune Hotel. Bukan apa, masa pergi Sabah ni Wahid stay rumah makcik di Tuaran.


Rest N Go
Sempat lagi Encik Nizam ni duduk kat kerusi mengurut. Maklum la pengantin baru, penat tak habis lagi dah berjalan ke Sabah pula. 


Kami tinggalkan mereka berdua di hotel ni dan bertemu semula pada keesokkan harinya. Wahid dah pesan dgn mereka pandai2 la bawa diri kat tempat org lagipun tempat membeli belah 1 Borneo sebelah hotel tu je. 

Lepas kami hantar mereka berdua kami pulangkan kereta sewa di Indah Permai. Terserempak pula kawan lama di Politeknik KK. Kat Sabah ni unik sikit kalau naik van tu dia org panggil bas. Itu je pengangkutan yg popular kat sana. Kalau kat semenanjung yg naik van ni cuma bdk2 sek dan pekerja kilang shj tp kat Sabah menjadi pengangkutan utama ke serata tempat. Yang bestnya harga kalau dari Politeknik KK ke terminal wawasan cuma RM2 je. Kalau naik bas RM1 je. Murah kan...try la naik...best

Lewat petang kami baru dpt bas ke Tebobon. Tunggu kat Tebobon sampai nak maghrib. Dah la kami ni dua org je perempuan. Kat tepi jalan tu mmg ramai sgt org maklum la time org balik kerja dan balik sek. Tengok jam masih pukul5 petang tapi faham2 je la kalau kat Sabah ni awal 1jam. Dah nak GELAP!!  Tapi kami berdua masih belum sampai Tuaran lagi.

Aduhai...nak dijadikan cerita kami tersalah naik bas. Konon nak sampai sebelum maghrib last2 lepas maghrib la kami sampai rumah makcik. Cuak jugak kami berdua je time tu. So, peringatan kalau tak tahu jalan kena la tanya orang, jangan sampai tersesat jalan.

No comments:

Post a Comment