Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Sebulan sepanjang cuti semester ni Wahid balik ke rumah Parit Raja sebab jaga adik Wahid yang bongsu tu baru lepas bersalin anak pertama. Wahid bukan tau sangat nak jaga macam mana tapi ada juga mak Wahid tunjuk itu ini yang mana boleh dan yang mana tak boleh.
Hari pertama balik ke rumah je adik Wahid minta Wahid picit2kan tengkuk dia so Wahid pun tolong la picitkan sikit2. Lepas beberapa minit Wahid berhenti urut2 tu adik Wahid mengadu yang dia rasa seram sejuk seluruh badan. Wahid pun tak tahu nak cakap macam mana.
Wahid takut juga kalau salah urat masa Wahid picitkan tadi. Aduhai kesian adik Wahid. Terus dia selubung badan dia dengan selimut. Mak picit2kan kaki dia.
Ada pulak tu, kakak Wahid bawa balik shushi lepas tu adik pun makan la sikit. Tak banyak pun...terus badan dia seram sejuk dia bagitau. Mak pun picit2kan kaki dia. Wahid buatkan dia air panas suruh dia minum biar badan dia panas sikit. Memang ya selang beberapa minit tu badan dia Wahid rasa panas sangat.
Kesian dengan adik Wahid tu. Betul la kata orang kalau lepas bersalin tu seharusnya berpantang la. Jangan salah makan dan buat kerja2 berat. Mak kata nasib baik tak bentan. Ada pulak tu Wahid dengar dari cerita2 orang lain. Orang tu baru lepas bersalin lepas tu suami dia bawa balik buah nangka. Si isteri yang baru lepas bersalin terliur la tengok buah nangka tu. Sedap je dia makan entah berapa ulas.
Last2, darah dia mengalir laju tak henti2. Pad yang dia pakai pun asyik kena tukar je tiap jam sebab banyak darah yang keluar. Kesian dekat baby dia la sebab susu yang baby dia nak minum tu tak sedap. Baby dia menangis je la sebab tak dapat susu dari ibu dia.
Orang yang baru lepas bersalin ni kadang kala kita perlu beri dia semangat sebab dalam masa dia melahirkan anaknya dia menerima banyak tekanan. Macam adik Wahid, anaknya ditahan di wad kerana masalah pernafasan laju. Kami semua pergi ke hospital beri dia sokongan dan beri dia mood happy.
Mak kata kalau kita tak beri dia semangat kadang-kala emosi dia akan terganggu dan sebab itulah ada kalanya wanita baru bersalin akan meroyan. Wahid tak sure pasal meroyan ni. Tapi ia ada kaitan juga dengan dalaman seseorang itu. Apa2 pun berpantang itu lebih baik jika mahu sembuh dengan cepat.