Wednesday, January 15, 2014

Adriana Dah Boleh Keluar Hospital

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Alhamdulillah sudah lebih dari 12 hari Wafa Adriana menetap di Hospital Batu Pahat, akhirnya 14 Jan Wafa dah boleh keluar hospital. Kuat Wafa ni, pusat dah tanggal, kuning pun tak ada. Cuma Wafa kuat menyusu. Tak tidur malam la adik Wida. Hehehe apa2 pun adik Wida dah lega la sebab dia dah dekat dengan anak dia.



Masa kaat hospital dulu adik Wida tak berani sangat nak dukung2 dia sebab baby masih lagi bernafas dengan bantuan oksigen. Adik Wida cerita ada mak pada baby sebelah katil Wafa selalu tegur Wafa "putihnya dia ikut siapa ni..." sambil cakap2 manja dengan baby. Baby orang tu tak tau la kenapa masuk wad tu. Walhal dah dua bulan usia anaknya. Allah sahaja yang tahu.



Sekarang ni adik Wida dah tak cukup tidur la sebab Wafa nak menyusu je. Suami adik Wida pun berjaga juga. Wida dengan mak la yang sedap tidur setiap hari hehehe. 

No comments:

Post a Comment