Assalammualaikum & Salam Ingatan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Di hospital ini la Adriana dilahirkan. Tapi bukan blok ni, blok lain. Blok lama. Wida habis je exam 31/12/13 tu terus balik Johor. Memberi semangat kepada adik tersayang. Ternyata dia seorang yang tabah dan kuat. Dia adik yang Wida paling sayang. Dari kecik Wida lindungi dia sampai la sekarang Wida care dengan dia walaupun dia dah bersuami dan dah jadi mak budak pun.
Masa kami sampai di hospital waktu makan tengahari tapi disebabkan dekmi banyak yang kena pantang so mak la yang tolong habiskan makanan dia. Sedap juga tu.
Kami datang hospital 1 Jan 2014. Wida tengok adik Wida happy je bila nampak muka Wida kat pintu. Dia macam sebak je sebab Wida nampak dari air muka dia. Lepas bersalin tu Dekmi ditempatkan di bilik seorang. Malam yang Wida sampai rumah tu sempat lagi dia mesej Wida tanya dah sampai rumah belum. Bila Wida kata dah sampai dia kata Wida bawa kereta laju juga.
Adik Wida dengan kakaknya Nurul 'Ain
It's me Amira Sister... Nurul Wahida
With my mak... Hajah Kalsom Rameli
Kami bertiga antara orang kuat Amira yang selalu support dia dari belakang. Apa yang Dekmi rasa kami juga turut merasainya. Jangan risau Dekmi kami semua ada disisi Dekmi.
Terima kasih doktor yang merawat adik kesayangan hamba dari awal hingga akhir. Dekmi ditempatkan di bilik seorang. Doktor yang sangat memahami kerana berbuat demikian. Doktor memahami sebab dia tak mahu adik Wida sedih sebab semua katil disebelah dia duduk dengan baby masing2 tiba adik Wida pula terpaksa duduk berpisah dengan baby. Mestilah sedikit sebanyak adik Wida sedih.
Bila dia ditempatkan di bilik seorang dia kata sunyi pulak. Sabar la ya Dekmi. Suami dia pula terpaksa tidur kat luar dan kadangkala tidur di dalam kereta. Begitu la yang perlu dikorbankan. Sabar la wahai ibu muda. Pengorbanan mu ada kebaikkannya. Moga Dekmi cepat sembuh dan dapat bawa balik Wafa Adriana kepangkuan keluarga dirumah.
No comments:
Post a Comment