Tuesday, January 7, 2014

Ahli Baru Dalam Keluarga Kami

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Nur Wafa Adriana Binti Muhammad Bukhari


29 Disember 2013 merupakan saat gementar adik bongsu Wida siapa lagi kalau bukan Nurul 'Amira untuk bertarung nyawa demi anak kesayangan yang dikandungkan. Dekmi terpaksa melalui pembedahan selepas doktor mengesahkan tali pusat dah berbelit dileher baby. 


Alahai anak buah Aunt Wida ni bertuah betul la. Ingatkan dia lahir awal tahun 2014 tapi akhir tahun rupa2nya. Alhamdulillah selamat juga dilahirkan walaupun melalui pembedahan. Kami semua sayang kamu. Si baby comel ni bila la nak keluar hospital ya. Lama sangat la awak duduk kat sana.


Ibubapa kamu termasuk semua ahli keluarga tak sabar tunggu awak keluar dari hospital. Kalau kamu keluar dari hospital nanti nenek dengan Aunt Wida buatkan bubur merah ya. Tak sabar nak dukung nak cium kamu. Moga awak cepat sembuh ya anak buah ku tersayang. Aunt Wida tunggu kamu ya sayang. Sikit lagi Aunt Wida balik Johor nanti Aunt teman kamu tiap hari di rumah. 

No comments:

Post a Comment