Jiwa, Perasaan Dan Hati KAMSIS
Politeknik Kota Kinabalu Sabah
Aku cemburu, hati ku terseksa, jiwa ku merana
Bersandar aku di tembok putih dengan luluh hati
Berdiri aku lesu di belakang jendela kaca yang tersusun rapi
Disebalik tirai yang labuh dan berwarna – warni
Mata kecil ku cuba menembusi dari celahan ruang
Ruang yang ku kira tiada sesiapa dapat mengetahui aku di situ
Untuk mengintai jikalau aku dapat melepaskan
Melepaskan beban rindu yang terkandung dan sarat di dada
Gelak tawanya yang mengariskan kegembiraan
Senyum manis yang terukir membawa kebahagian
Pelukkan yang hangat dan ciuman kasih sayang seorang ibu
Persis dan mirip seperti dahagakan perhatian yang teramat bahang
Kamsis telah memisahkan segala-galanya
Rindu, bahagia, gembira, peluk, cium, kemesraan, perhatian
Dan segala-galanya milik aku dahulu pantas diragut
Kerana Dia Maha Adil memberikan kelainan dan keistemewaan
Harus aku lalui, jalani, rasai, alami, terokai
Demi janji ku seorang anak dan patuh pada perintah Tuhan
Aku akur janji dengan kamsis takkan meninggalkannya
Selagi tapak tanganku tidak mengenggam kejayaan
Dahulu aku tidak merasakan seperti perasaan ku kini
Kerana Tuhan memberikan aku kesempatan untuk aku merasai kegembiraan
Tetapi kini Tuhan memberikan aku yang sebaliknya
Kerana mahu aku merasai juga perasaan yang berbeza
Seperti orang-orang yang ada disekeliling aku ketika ini
Walaupun dekat mahupun jauh kita berpijak di kamsis
Salmah kamu s’org sahaja yg faham apa maksud puisi Wahid itu. Salmah yg suruh hantar sbb kata Salmah menang atau kalah itu tolak tepi yg penting hantar sahaja. Bukan ada orang lain yg tahu Wahid buat puisi cuma Salmah. Thanks so much Salmah. Apapun semua tinggal kenangan.
Bila Wahid balik kg, Wahid bg mak Wahid baca puisi tu. Tp Wahid tinggalkan mak baca dlm bilik memandangkan semua org tiada di rmh. Lama juga mak Wahid duduk dlm bilik tu membaca puisi Wahid ni. Lps setengah jam mak Wahid keluar dr bilik, Wahid tgk mak Wahid kesat air mata. Wahid rasa mak duduk dlm bilik lama2 mungkin mak menangis.
Lps tu, Wahid bagitahu emak yg kwn Wahid komen puisi yg Wahid buat tu tak jelas dan tak sampai kepada p’baca. Emak kata “mak baca puisi tu sampai mak menangis”. Fuhhh!! Mak t’perangkap dgn ayat mak sendiri mak bgtau mak sedih sbb baca. Wahid tahu mak ada persaan dan mak m’hayati puisi tu bila emak m’baca. Btl tak mak? Terima kasih mak banyak2 sbb mak je yg sokong Wahid.
Wahid bagitahu Salmah psl benda ni pun Salmah t’haru. Salmah tahu bila dah b’jauhan dgn keluarga lg2 org yg kita syg kdng kala ada sahaja ayat2 yg t’lintas difikiran. Lantas itulah yg t’hasil apabila Wahid b’ada jauh dgn keluarga yg t’syg. Wahid m’naip puisi tu pun m’galir air mata akhirnya subuh barulah Wahid dpt siapkan puisi t’sebut.
Mmg sebelum ini Wahid tak pernah t’libat dgn apa2 perkara seni jd apabila Wahid t’baca iklan dipapan kenyataan niat hati Wahid t’tarik2 utk m’yertai pertandingan itu walaupun tarikhnya sudah tutup. Tp disebabkan kekurangan p’yertaan maka puisi Wahid itu diterima dan dinilai oleh pihak perpustakaan Politeknik. Seronok sangat2.
Apabila m’dpt keputusan tu Wahid mmg tak sangka sbb mungkin ramai lg yg b’bakat dan m’mandangkan ini p’yertaan Wahid yg p’tama dan m’buahkan hasil. Tak cuba maka tak tahu jd bila cuba baru la Wahid tahu. Bukan juga perlu kreatif, minat dan b’kebolehan tetapi k’beranian juga perlu. Jd tak salah kalau nak cuba sesuatu yg baru sbb itulah yg Wahid suka “cuba sesuatu yg baru”.
Lagu ini Wahid dedikasikan buat Salmah Binti Lantara s'moga kita d'pertemukan satu hari nanti walau entah bila entah di mana. Jaga kesihatan Salmah. Jaga org tua Salmah sbb bila sudah tiada hanya kenangan sahaja yg dapat diingati utk selama2nya.
Brothers
Teman Sejati
Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui
Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita
Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
No comments:
Post a Comment