Alkisah lucu dua orang kawan apabila b'ada di dalam hutan mahu m'cari kayu api. Si A orang jawa dan si B orang banjar. Masing-masing m'bawa p'alatan utk m'nebang pokok. B'jalan la mereka m'yusuri hutan yg dipenuhi semak samun. Sampai dipertengahan jalan ada sesuatu yg b'laku.
A : "Kita nak cari kayu api dimana?"
B : "Kita cari dimana-mana sahajalah."
A : "Eh!! Tgk tu ada pokok tumbang la" sambil m'nunjuk kearah pokok tumbang.
B : "Macan manak?" tanya B kepada A
Tiba-tiba b'lari si A lintang pukang dgn tidak m'noleh kebelakang lg diikuti dgn si B juga ikut b'lari dgn lajunya tanpa sebab mengapa mereka b'lari. Sampai di kawasan yg jauh dari tempat mereka start b'lari td si B mula m'buka mulut dan mahu b'tanya.
B : " Kenapa engkau b'lari macam nampak hantu je td?"
A : " Td engkau kata macam manak..." sambil t'cunggap2 k'penatan b'lari.
B : " Memang aku ada tanya td macan manak? Aku tanya dgn engkau sbb kita dah jumpa pokok yg tumbang. Kita kan memang nak cari kayu api. Sesuailah td tu" terang si kawan.
A : " Aku takut la sbb kau ckp macan manak" jujur m'beritahu.
B : " Kenapa pula?" dgn muka yg blurr...
A : " Harimau kalau beranak kan garang, jd s'belum apa2 b'laku aku lari la dulu".
B : " Bila masa pula aku ckp harimau beranak? "
A : " Td tu kau cakap macan manak".
B : " Ya la aku tanya kau macam mana nak buat dgn pokok yg tumbang tu"
A : " Ya Allah aku igt harimau beranak sbb dalam bahasa jawa macan manak tu harimau beranak sebab itu la aku lari bila kau cakap macan manak".
B : " Aku cakap banjar la td tu dgn kau. S'benarnya aku tanya macam mana?"
A : " Hahahahahaha aku ingatkan apalah td".
Masing2 tidak m'neruskan aktiviti m'cari kayu api kerana khuatir dgn macan manak. Mereka b'iringan pulang ke rumah dgn ketawa yg masih berbaki.
Penerangan (@_@)
Bahasa Jawa
Macan Manak : Harimau beranak
Bahasa Banjar
Macan Manak : Macam mana
No comments:
Post a Comment