Tuesday, May 24, 2011

Botol susu

Peristiwa ni b'laku bila wahid naik kapal terbang nak balik ke Sabah. Mcm biasa mak dgn makcik yg hantar wahid pergi International Airport Senai Johor. Wahid mmg tak pernah naik kat tempat lain, lagipun rumah takde la jauh sgt dgn airport so wahid fly dr Senai je senang. Well, wahid fly sebelah malam mcm biasa juga confirm dapat seat kat tengah sebelah sayap kapal.

Apa boleh buat dah rezeki dapat duduk sentiasa di situ. Yg peliknya asyik seat B dgn C je tak pernah lagi dpt seat A, D, E or F. Ada la hikmahnya kenapa Tuhan sentiasa bg wahid duduk kat tmpt tu. Tp wahid rasa seat tu sentiasa wahid duduk. Emm nak buat tanda mmg la x boleh sbb klu ketahuan mau tak air asia cari wahid smpi rumah, malu la. Wahid mmg tak pernah buat apa2 hal pun dlm kapal terbang.

Kali ini wahid dpt tmpt duduk C, fuh!!! nasib baik kali ni dpt duduk sebelah perempuan plus anak dia yg b'usia 7bulan. S'benarnya wahid dah nampak diaorg sebelum naik kapal. Oh maybe adik tu seat dia di tengah2 dan ibu dia dihujung sekali. Time tu wahid mmg saja masuk dlm kapal lambat sbb wahid tahu dlm kapal penuh so wahid naik dari tangga belakang m'mandangkan tangga depan b'pusu2 org naik dr situ. x nak la b'sesak2.

Alhamdulillah setelah pakai tali pinggang keselamatan maka dengan rasminya terbang la wahid entah kali ke berapa wahid tak kira. Walhal bkn byk kali pun wahid pernah terbang. Wahid ni s'benarnya tak reti sgt layan budak kecuali bdk2 yg dah besar sikit. Wahid takut nak dukung bdk2 yg masih kecil sbb diaorg ni masih lembut lg, badan dgn kepala mereka masih x s'imbang lagi. That's why la wahid takut nak pegang. Tp s'benarnya wahid geram kalau tengok cuma nak pegang dan dukung tu fikir b'berapa kali takut apa2 berlaku kat anak org susah la wahid.

Mcm biasa dlm b'berapa minit fly, ada anak2 kapal mula kutip duit hehehe maksud wahid m'jual makanan la barang2 cenderahati la. Well, wahid mmg tak beli apa2 sbb wahid save duit. Setakat mkn tu tak la t'rasa lapar. Lapar tidur ada la. Wahid selalu dpt tgk je gmbr & harga makanan sbb itu la selalu org buat bila dah masuk dlm kapal terbang. Benda ada dpn mata so tgk itu je la.

Selesai anak2 kapal b'jual2an wahid tak boleh tidur pula. Tgk jam lama lg nak sampai. Emm wahid ambil k'putusan nak bbual dgn kakak kat sebelah wahid la. Wahid tak tahu nak mula dari mana so wahid tanya la "Umurnya berapa ni kak?" sambil wahid pegang2 tgn anak dia. Tiba2 anak dia nak ikut wahid. Maksudnya anak kakak tu nak minta wahid dukung dia.

Wahid pun ambil la adik tu. Wahid dukung dia dan dudukkan dia atas peha wahid. Time tu dah boleh buka tali pinggang so boleh la b'gerak bebas sikit kat tempat duduk. Wahid pun layan la karenah adik kecil tu. Wahid ingat2 lupa la nama adik tu Aisyah kot. Mmg cumil sgt bila pegang tu lembut je. Dia pun lentok2 juga bila wahid pegang. Nak manja2 dgn wahid (wahid perasan).

Dia pegang muka wahid, mata wahid, bibir wahid. Dah tu org yg duduk seat sebelah pun main2 juga dgn adik kecil tu. Tangan dia capai-capai org yg duduk seat D. Mahu tak lenguh tangan wahid time tu sbb m'nampung berat badan adik tu. Aduhai org s'belah wahid ni pun asyik m'agah bdk tu je. Penat la dia, sampai ketawa adik kecil tu tak b'henti2.

Agak-agak tangan wahid dah lenguh dan adik tu macam dah tak selesa wahid bagi semula pada ibu dia. Tiba2 dia m'nangis. Alamak!! dah nangis la pula bdk kecil tu. Alalala kecian dia. Aku ni mmg la tak reti pujuk budak kecil. Aku tanya kakak tu, maybe anak dia haus kot tak pun m'gantuk. Itu yg dia m'ragam. M'raung2 ni adik tu m'nangis dlm kapal. Sampai mak dia dah tak dpt kawal lagi. M'nyaring suara adik tu satu kapal.

Kakak tu keluarkan susu anak dia. Tp aku tgk dah tinggal sikit. Wahid tanya, nak minta air panas ke? kalau nak air panas saya boleh tolong mintakan. Alahai tiba2 pulak baik hati. Hahaha. Tolong bukan susah pun. Mulanya aku tunggu juga kot ada pramugara or pramugari yg lalu lalang tp hampa. Tadi bkn main ke dpn ke blkg byk kali ini dah tak ada s'orang pun yg lalu. Hemmm...nampaknya aku la kena bangun dapatkan diaorg utk minta air panas.

Wahid mmg tak pernah b'jalan2 di dalam kapal semasa kapal sedang terbang di atas awan. Pergi toilet pun tak pernah, tak tahu la kenapa. Tapi kali ni, first time la wahid jalan dr tempat duduk wahid hingga ke belakang. Rasa mcm tak jejak kaki je masa b'jln tu dah la gelap dlm kapal. So wahid hnya b'pandukan garisan b'lampu kat lantai je. Ah peduli la janji dpt air panas. Wahid minta la kat s'org pramugari tu. Dia tanya nak air panas smpi paras mana? wahid tunjuk la smpi paras yg kakak tu minta td.

Pramugari tu pelik kenapa air tu tak masuk dlm botol susu, rupa2nya dia belum buka lg penutup botol susu tu. Ada ke dia tanya aku macam mana nak buka. Bukan wahid reti pun nak buka macam mana. Last2 dia suruh member dia yg bukakan baru boleh. Wahid tunggu la kat situ brpa minit sambil mata m'mandang apa yg ada kat area belakang tu. Emm sebenarnya tak ada apa2 pun kat situ. Saja wahid cuci mata. Kalau ada pun toilet la kt blkg tu.

Aduh!! t'paksa lagi m'napak sampai tempat duduk wahid tadi. Biar la org nak tengok aku b'jalan dlm situ sbb diaorg ada mata bukan buta pun. Nak tutup mata org mana boleh. Tp diaorg tu tgk s'macam je sbb diaorg igt anak aku yg m'nangis. Mentang2 wahid pegang botol susu kononnya yg m'nangis tu anak aku. Kononnya nak ckp aku tak pandai jaga anak la. Biarkanlah...

Wahid bg botol susu kat kakak tu. Entah apa dia buat wahid tak tahu la. Anak dia masih mcm td m'nangis tak henti2. Aduhai!!! adik Aisyah plz jgn nangis2. Mak dia tepuk2 dia x nak tidur juga. Dah tak tahu nak buat apa lagi. Wahid hanya mampu tengok kan je. Ada la dlm 30minit adik tu m'nangis t'esak2 tanpa sebab hingga la kapal m'darat. Kecian adik tu. Maafkan wahid yg tak dpt bantu apa2 selain bantu minta minyak panas td.

Semua org sudah b'diri dan m'gambil beg masing2 di tempat m'yimpan barang. "Kakak ada barang di atas? saya boleh tolong ambilkan." Aku kasihan dgn kakak tu, mana nak angkat anak dia yg m'nangis. Nak bawa beg lagi. Jadi aku bantulah s'takat yg mampu. S'panjang keluar dr kapal m'nuju ke imagresen aku tolong bawakan beg kakak tu. Mcm biasa kami perlu beratur dan disitulah kami b'pecah. Aku b'diri di barisan yg tidak sama dgn kakak itu.

Maka kami t'pisah akhirnya dikaunter imagresen. Wahid nampak dr jauh kakak itu dah keluar dulu dr wahid. Anak dia pun dah t'tidur apabila didukung. Wahid terus m'nunggu di tempat bagasi utk ambil barang2 wahid yg s'memangnya banyak tak terkira. Wahid pandang s'keliling tapi wahid tak nampak langsung bayang muka kakak tu dgn anak dia. Alahai kesiannya.

Mata wahid liar m'cari mama angkat. Fuhh!! akhirnya ketemu juga. Lps b'salaman dgn mama angkat wahid yg s'memangnya dia yg m'jemput wahid malam tu. Kami m'nuju ke kereta dan masukkan barang2 dlm kereta. Mmg full kereta dgn barang2 wahid. Nasib la kereta mama besar sikit kalau tidak confirm sempit.

Tiba-tiba wahid nmpk kakak tu dgn anak dia kat pintu hujung. Mcm t'cari2 sesuatu. Wahid baru t'ingat td dlm kapal dia ada tanya wahid kat KK ni ada tak hotel yg murah utk dia b'malam sbb esoknya dia nak balik ke tawau. Aku ni mmg tak tahu apa2 ttg hotel area KK, aku ckp la minta maaf sbb tak dpt nak bantu dia. Terus aku t'fikir ni mcm mana kakak tu nak tidur mlm ni.

Dah jauh p'jalanan baru wahid cerita sama mama. Mama tanya kenapa aku tak ckp awal2 td. Kalau tidak mama boleh bantu. Hemm x ada rezeki kakak tu la agaknya. Mungkin ada org lain akan bantu dia. Tuhan sentiasa ada kepada manusia yg m'mohon p'tolongan drpd Nya. InsyaAllah. Wahid hanya dpt b'doa dlm hati supaya Tuhan m'bantu kakak dan anaknya itu.

Minta maaf yg tidak t'hingga kepada kakak itu dan anaknya Aisyah kerana Wahid hanya dpt m'bantu sekadar mintakan air. P'gajaran pd wahid apabila ada anak nanti make sure ada bawa botol susu siap bancuh. Kalau tak pun tak payah susu bancuh susu sendiri kan ada lagi senang. Hahahahahahaha....berangan je wahid ni. Sengal mmg wahid sengal2 alam.

Wahid dedikasikan lagu ini utk kakak dan anak dia yg cumil s'dunia. Aisyah ketahuilah oleh kamu, kak wahid minta maaf x dpt bantu kamu time kamu m'nangis. Kawan senyum dan gembira sentiasa ada tetapi kawan sedih dan m'nangis belum tentu ada b'sama. Harapan kak wahid agar Aisyah b'jasa pd ibubapa Aisyah apabila dewasa kelak. Memory ni wahid igt sampai bila2 agar wahid tak lupa pd kamu walaupun kita saling tidak m'genali antara satu sama lain.

1234

Artist: Aris Ariwatan

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

No comments:

Post a Comment