Well, time tu wahid nak balik sabah, wahid ni tak sah kalau pergi mana2 tu tak bawa barang byk2. Kalau x percaya tanya la mana2 org yg kenal wahid ni mcm mana. Sampai ada org kata wahid ni mcm nak pindah rumah pula. Kadang2 mak bekalkan wahid macam2 sbb mak kata ole2 utk org jauh la mcm2 lagi. So, sbg anak yg baik wahid bawa juga apa yg mak suruh baik ringan mahupun berat.
Flight wahid kali ni malam so mak dgn makcik hantar awal sbb nak naik belon memang la kena sampai di airport awal 2 jam dr jadual penerbangan. Lgpn, airport Senai time tu kena renovate. So, makan masa brpa minit utk laluan ke kaunter check in. Setelah check in didapati wahid t'lebih muatan. Adoiii!!! mcm mana ni. Kalau nak bayar bagasi tentulah mahal. Bagasi yang wahid tempah online dah cukup2 dgn segala barang dan beg baju. Hohoho...
Sebenarnya barang yg tak dpt masuk kargo tu teddy bear. Adoi, malu tak malu la nak bawa. Dah la besar, nak sorok2 pun tak dpt. Harap maklum ya "Teddy Bear" tu bukan wahid yg punya tp wahid nak bagi hadiah utk kawan wahid di Politeknik KK. Puas ni fikir2 mcm mana nak bawa sbb kat tgn wahid mmg dah full bawa b'macam2 barang, mcm wahid kata td byk barang mcm org nak pindah rumah semuanya nak dibawa.
Kami b'tiga pun duduk la sambil puas memikirkan mcm mana cara nak bawa barang2 yg banyak ni. Tiba2 wahid t'nampak la s's'org lelaki ni time check in td dia satu barisan dgn wahid. Lgpn, org dlm barisan wahid tu semuanya confirm nak pergi Kota Kinabalu, Sabah. Wahid bisik2 kat telinga emak bagitahu yg budak lelaki tu pun nak pergi KK juga. Mak la yg start buka mulut.
"Anak nak pergi mana?" betul2 ni mak saya tanya. Wahid mmg dah doa2 dlm hati mudah2an dia dpt tolong wahid. "Saya nak pergi KK. Flight sekejap lg tp saya malas mau masuk awal2 jd saya duduk di luar". Terang dia jujur. Kali ni dia pula yg tanya mak wahid "Makcik nak pergi mana?".
Mak wahid explain la sebenarnya hantar anak je yg belajar di Polikk ehem2 aku la tu maksud mak. Huhuhu...aku senyum2 kambing je kat org tu sambil anguk2 tak geleng2 tau.
"Kamu boleh tolong tak anak makcik bawakan barang dia sikit sbb bagasi anak makcik dah cukup tapi t'lebih bawa pula." Jujur mak wahid cakap bagi pihak wahid. "Boleh makcik apa salahnya. Nak saya tolong bawakan barang apa?" Aduhai baiknya hati dia. B'syulur sgt2 dlm hati s'kurang2nya ringan sikit beban dlm hati. Emmm...nak suruh dia bawa barang yg mana tak tau, takkan nk suruh dia bawakan beg sandang belakang yg berat ni.
Kat tangan dia wahid nampak dah ada beg baju satu, maybe dia dah masukkan bagasi besar dia dlm kargo kot sbb tu beg yg dia bawa tu kecil je tp macam berat. Tolong bawakan apa2 la. Wahid tak kisah. Dia ada ckp juga td kalau tumpang dia punya bagasi boleh juga tp sbb dah check in kami tak nak la patah balik sbb agak jauh sikit dgn tempat pintu masuk yg ada pegawai kastam.
Lepas dia setuju tu, mak wahid pun minta diri utk balik dulu dan tak tunggu wahid masuk dalam sbb selalunya mak akan tengok sampai wahid lepas dari kastam. Tp kali ni, mak tengok dah ada org temankan wahid so mak dgn makcik nak balik dulu. Lgpn mereka b'dua so takut la kalau nak balik lewat2 malam. Lepas salam2 tu mak pun say selamat jalan dan kali ni wahid pula yg lambai emak dgn makcik. Terharunya. Terima kasih emak sbb byk b'korban utk wahid.
Wahid sempat la b'bual2 dgn lelaki tu. Wahid tanya dia mcm2 maklum la mulut ni tak reti diam asyik nak b'cakap je. Tapi nasib baik dia pun layan juga. Rupa2nya dia ni pergi kursus di Johor Bahru, dia ckp kementerian yang hantar. Habis dia ckp, dia ajak wahid terus naik atas. So, sama2 la wahid dgn dia lalu di kastam dan terus naik ke ting atas.
Dia ada bagitau, ada kwn dia juga dr polikk sama2 kursus dgn dia. Lps je nampak kelibat orang yg dia maksudkan tu wahid pun b'salaman sbb dah dia kenalkan wahid pada staf polikk. Wahid mcm pernah nampak tp x sure la kat poli dia di mana. Masa tunggu di gate 4 tu wahid pun ada nampak juga org yg wahid kenal di polikk tp mcm takut pula nak tegur.
Ada la dlm setengah jam duduk kat atas, dia minta no telefon sbb nanti kalau dah sampai airport Kota Kinabalu dia akan tunggu di tempat ambil bagasi. Sebelum masuk dlm perut kapal tu dia ada cakap yg dia akan masuk dulu dari wahid sbb dia ada tiket special la. Dia ada juga tanya mcm mana wahid nak balik ke poli. Wahid ckp ada makcik saudara dtg ambil. Rupa2nya mlm tu ada bas polikk ambil staf yg dia ada cerita sama2 pergi kursus di Johor Bahru. Huhuhu ruginya tak dpt tumpang. Kalau tahu mmg la nak naik cepat sikit sampai polikk.
Pengumuman dah dibuat so dia minta diri dulu utk masuk awal sbb dia punya tiket special. Dia pun bawakan la barang wahid tp disebabkan wahid tak sampai hati wahid minta tolong dia bawakan teddy bear je sbb ringan. Biarlah wahid yg tanggung semua berat beban yg mmg wahid punya. Hahahaha...kelakar tengok dia jimbit beg plastik ada teddy bear. Keciannya kalau org kata apa2 pada dia walhal itu teddy bear wahid bkn dia punya.
Wahid dah ckp dgn dia nanti kalau kamu dah keluar awal dari saya kamu tunggu saya ditempat bagasi ok. No tel dah tukar so InsyaAllah takde apa2 halangan la. Kini giliran wahid masuk dlm kapal setelah wahid serahkan tiket wahid pada pramugari. Sekali wahid masuk wahid tgk dia mak aiiii duduk hot seat tu dpn sekali pula tu. Patut la nak cepat mmg betul2 special la. Huhuhu.
Senyum je la kat dia nak buat apa lagi. Seat wahid nun jauh dibelakang kat sayap. Entah kenapa setiap kali naik mesti la dpt dekat dgn sayap kapal. Dah tu tak pernah dapat duduk tepi tingkap. Kalau dpt duduk tepi tingkap kan best. Leh tengok bawah dan pemandangan sebelum terbang. Tp takpe la wahid b'syukur dpt duduk mana2 pun. Janji selamat sampai.
Dlm 10minit terbang terlintas difikiran wahid tau, takut2 dia tipu dan bawa terus balik wahid punya teddy bear tu. Tp wahid pun terlintas juga yg positif takkan la dia sanggup tolong bawa teddy bear tu. Kami bukan kenal pun antara satu sama lain. Memang tak terlintas pun antara ramai2 yg naik kapal tu dia s'orang je yg Tuhan gerakkan hati wahid utk minta bantuan.
Tuhan Maha Mengetahui Segala-galanya kerana setiap apa yg berlaku itu ada hikmahnya. Wahid akhirnya tertidur juga sbb seharian di rumah pack2 barang. Kira2 hampir sampai la wahid baru t'sedar sbb dengar suara2 orang sebelah wahid. Betul2 kan tudung yg dah senget, gosok2 mata yg dah kabur2 baru bangun tidur. 2jam p'jalanan dr Senai ke Kota Kinabalu.
Kali ini wahid dah reti pakai tali pinggang sendiri dari sebelum ini. Buat malu je tak ingat mcm mana nak buka tali pinggang tu. Maklum la dah berapa bulan tak naik kapal. Mcm sengal2 alam je kalau ingat2 lg waktu itu. Malu ada juga la tp buat tak tahu je la. P'umuman dah dibuat, "sila pastikan anda b'ada ditempat duduk anda dan pasangkan tali keselamatan anda" mcm tu la lebih kurang yg diberitahu sbb dah nak mendarat.
Semua orang sibuk2 nak ambil barang2 ditempat letak barang bahagian atas. Wahid tak la sibuk sgt tp disebabkan wahid takut org t'ambil barang wahid. Wahid cepat2 la bangun juga. Selalunya kalau belum mendarat mmg handphone tak leh on. So wahid ni dgn slumber nya mmg tak on la smpi wahid di kastam. Agak panjang juga la beratur di kastam tu. Kat situlah wahid baru t'ingat nak on handphone. Adoiii mati aku....
Byk sgt masej masuk. Tup2 wahid t'pandang masej yg w
ahid tulis nickname dia "org tolong bawa barang". Sumpah wahid tak ingat nama dia sbb dia bg no tel dia dekat2 dia nak masuk gate. Mana nak ingat. Patut la time tu wahid tgh nak taip2 nama dia dah pergi. Tak sempat nak taip buat kali kedua. Nama itu la yg wahid letak. "Awak dekat mana tu? saya dah tunggu lama ni dekat tempat ambil bagasi".
S'pantas kilat wahid balas. Minta dia tunggu sbb wahid masih tersangkut kat kastam org ramai lg beratur. Wahid cari troli nak ambil beg, Wahid nampak dia tapi dia pula tak nampak wahid lps tu wahid lambai2 tangan kat dia. Alamak takut org lain plak yg perasan. Wahid terus call dia, wahid ckp sy ada depan kamu b'diri dekat dgn hujung tmpt bagasi. Emm baru la dia nampak wahid lambai2 dia dan dia ckp "ok2 saya nampak awak dah".
Thanks sbb tunggu, sori lambat sbb barang2 saya banyak td. "Thanks sbb bawakan bear saya. Nama kamu apa td. Saya lupa la?" Adoi boleh pulak dia tanya "awak tulis nama saya kat handphone awak apa?" mcm tau2 je dia ni. Aku senyum je la aku tak ckp pun. Hehehehe nasib baik wahid tak t'lepas cakap. Kalau tak t'jojol mata dia t'kejut beruk.
Dia pesan suruh hati2 bila b'ada di tempat org. Mak aiii kalah mak aku dia ni, nasihat2 wahid lagi. Kami b'iringan m'nuju ke pintu keluar. Dlm hati wahid ni...macam mana nak tau nama dia ni alahai ssh nya. Tup2 dia ckp " panggil je Bazli". Fuhh!!! nasib baik aku tak memalukan diri sendiri tanya nama dia buat kali ketiga rasanya.
"Kalau nak datang daerah saya, masej saja saya. Kalau saya free saya bawa kamu jalan2 tempat menarik di daerah saya". Sebelum wahid b'pisah dgn dia wahid ucapkan terima kasih yg tak terhingga sampai dia cakap perkara kecil je tu. Pd aku perkara besar la tu. Thanks a lot to Encik Bazli. Sori saya tak ingat nama kamu time tu. Apa2 pun satu p'galaman yg b'harga buat wahid dpt kenal dgn org baik hati sanggup tolong wahid time susah. Tp kan best kalau tolong bawakan beg sy yg berat time tu. Huahuahua...takpe la kita selamat pun di airport KK.
Wahid dedikasikan lagu ini utk encik yg tolong angkat teddy bear tu. Wahid bg lagu ni sbb lagu ni best selain m'punyai makna yg mendalam. Well, org yg m'hayati lirik2 lagu ni shj yg memahami maksud lagu ini. Sampai sekarang wahid masih ada hubungi dia lagi. Tp tidak la kerap. Kalau wahid rasa wahid nak masej, wahid send je masej tanya khabar. Terima Kasih Tuhan kerana datangkan org2 seperti dia utk membantu wahid. Semuanya dr Dia
Mungkinkah - Sheila Abdul
Tajuk/Lirik Lagu: Mungkinkah
Penyanyi: Sheila Abdul
Seperti ada yang tak kena
Di saat melihat ke arahmu
Saat kau berpaling dan tersenyum
Dunia jadi luar biasa
(*)
Maafkan andainya ku menggangu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin Mengenalimu
Dan tahu ku Menyukai kamu
(Korus)
Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Mungkinkah kau tidak perasan
Perbezaannya
Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah
(Ulang *)
(Ulang Korus)
Mungkinkah.. kita akan bersama
oooo.. Mungkinkah..
No comments:
Post a Comment