12 Ogos 2011 b'samaan 12 Ramadhan 1432H
Hari ni aku ada mood nak menjahit baju. Baju raya utk kakak aku dan anak2nya. Tapi aku baru siap jahit seluar diaorg je. 6 pasang aku kena jahit baju, 2 pasang baju melayu, 2 pasang baju kurung pahang dan 2 pasang baju kurung kakak aku. Hemm...belum lagi aku nak jahit baju makcik aku, baju adik-beradik aku sendiri. Baju aku, awal2 lagi aku dah jahit walaupun aku tak kategorikan baju tu sbg baju raya. Janji aku ada baju ok la tu kan.
Yang aku geram bila dia ni ha....Tengok!!!! siap dia baring2 lagi kat mesin jahit aku. Jadi mcm mana aku nak menjahit. Aku paling takut bila dia tengok jarum mesin tu b'gerak dia nak letakkan tangan a.k.a kaki dia kat jarum tu. Eeee...aku takut nanti kena jarum tak pasal2 dia m'giau2 kat situ. Konon nak ikut aku pergi kedai jahit temankan aku tapi jadi p'gacau aku ada la. Ini la kes selalu aku tertangguh m'jahit, semuanya pasal budak kecik ni. Geramnya aku!!!!
Mood nak raya ni tak berapa nak ada la sbb aku fikirkan utk masuk UPM raya ke7 nanti. Aduh... banyak nak pakai duit pulak tu, macam2 nak beli. Tadi ada kawan aku call, time tu aku tengah isi gam dlm botol sbb senang nak bawa. Dia kata buat apa ssh2 nak isi gam dlm botol. Dia kata beli je dah la baru berapa sen. Ahh...aku ckp selagi aku boleh b'jimat aku akan jimat utk semua benda. Ala setakat gam je apa la sangat, benda tu bkn selalu guna pun nti. Entah2 4tahun pun blm tentu hbs aku guna kat sana. Tau2 je nanti gam tu keras sendiri.
Td aku tengah syok2 jahit baju tiba2 aku perasan ada lori TNB datang rumah aku. Aku pun dapatkan la pekerja TNB tu. Dia tunjuk surat kat aku sbg tuan rumah utk pasang lampu tiang kat depan rumah aku. Mmg sebelum ni aku ada buat surat dan hantar surat kat TNB utk p'mohonan lampu tiang depan rumah aku ni. Tujuan nak pasang tu mula2nya utk aku main badminton sbb mak aku kata kalau ada lampu boleh main pada waktu malam selain waktu siang
S'ingat aku p'mohonan kami utk pasang lampu tiang tu ditolak tapi tiba2 je org TNB datang td aku pun t'kejut, terus aku panggil mak aku bagitahu yg org TNB nak pasang lampu. Sebenarnya hasrat mak aku utk pasang tiang tu dan salah satu tujuannya utk aku main badminton. Tapi sayang, aku dah tak dpt nak main badminton sbb aku dah nak pergi sambung belajar. Apa boleh buat, lepas ni lampu tu b'guna utk adik aku yg balik kerja pada waktu malam je la selain dari m'jadi penyuluh halaman depan rmh kami.
Hari ini menu berbuka kami makaroni goreng. Sedap!!! mak yg masak aku just tolong gaul2 kan kat atas kuali je. Aku sediakan roti telur sapu dengan susu pekat, ada pengat keladi, minum air sirap epal. Yang kitaorg tak sempat makan sayur batang keladi masak asam dan ayam goreng, mak aku kata makan utk sahur nanti. Lepas tu, kakak aku pergi rumah bakal kakak ipar dia sbb ada kenduri sempena bacaan tahlil arwah maknya yg meninggal semasa bulan ramadhan thn lepas. Kakak aku bawa balik makanan byk sangat.
Pulut + Serunding Kelapa
Pisang Goreng Tanduk
Popia Goreng + Pau Kelapa
Tomyam Daging
Mee Goreng + Nasi Putih + Ayam Masak Kicap = Menu masakan org Johor apabila kenduri.
Apa2 pun sebenarnya ini adalah rezeki kami utk hari ini. Sebelum ini kami makan secara sederhana sahaja, ada kurma. Sayur batang keladi tu pun bapak aku ambil kat belakang rumah sbb banyak sangat, itu pasal boleh buat pengat keladi juga. B'sederhana apabila b'buka itu lebih elok dan tidak m'ikut hawa nafsu semata2. Aku dan family memang tak biasa beli2 kat bazaar ramadhan ni. Kami tak amalkan sbb mak lebih suka masak kat rumah je so jimat.
No comments:
Post a Comment