Tuesday, August 9, 2011

Puasa Ke-9

It's me and my friend Rafeah Aziz

9 Ogos 2011 b’samaan 9 Ramadhan 1432H

Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan utk b’puasa bersama keluarga aku di rumah. Puasa aku juga setakat ni alhamdulillah masih penuh dan masih belum ada yg b’lubang atau ponteng dgn sengaja. Huhuhu... Entah kenapa aku t’fikir ni, dulu aku selalu b’puasa kat asrama dr Sek Teknik BP hingga la belajar kat Poli Shah Alam dan Poli KK Sabah.

Setiap pagi aku bangun utk m’yediakan makan sahur utk keluarga aku. Mula2 tu aku rasa mcm marah dlm hati sebab hanya aku s’orang yg buat kerja di dapur sementara yg lain masih lena dibuai mimpi. Bangun pulak bila makanan telah dihidangkan. Tapi bila dah beberapa hari aku puasa perasaan tu hilang mcm tu je. Datang pulak perasaan utk aku tulis mcm ni.

Aku sedar bahawa Tuhan beri kesempatan utk aku m’jalankan tanggungjawab terhadap keluarga sebagai anak. Tanggungjawab aku s’belum ini tidak t’laksana dan selepas ini belum tentu dpt b’puasa b’sama keluarga kerana aku b’ada jauh utk m’nimba ilmu di negeri orang.

Kadang-kala aku rasa seperti Tuhan beri aku peluang macam mana nak m’guruskan dapur, s’kurang2nya dimasa akan datang aku m’peroleh pengalaman. Maklum la usia yg ada dihabiskan utk m’nimba ilmu tetapi ilmu utk kehidupan dimasa akan datang tidak b’gerak s’iring. Aku taknak la nanti orang ckp “perempuan ni tinggi mana pun dia belajar akhirnya ke ceruk dapur juga.” Betulkan begitu, lazimnya semua memang m’galami perkara yg sama.

Kalaupun satu masa nanti aku peroleh ijazah InsyaAllah pastinya aku juga mahu diri aku dipersiapkan juga dgn ciri2 s’orang wanita dan boleh m’guruskan hal rumahtangga. Teorinya kita boleh belajar melalui apa juga cara s’kalipun tetapi praktikalnya belum tentu kita boleh m’ghadapinya kerana semua itu kita perlu lakukan sedikit demi sedikit.

Aku dah tanamkan dlm hati aku bahawa aku akan m’bantu dlm apa juga perkara selagi aku mampu kerana aku sedar aku akan b’jauhan dgn keluarga utk jangka masa yg lama. Jauh dari pandangan mata apatah lagi jasad tentulah jauh sekali. Suara sahajalah sebagai penganti dihujung talian. Tiada tangan dihulur utk m’bantu tiada juga mata utk melihat keadaan yg b’laku. Semuanya dah ditentukan Tuhan, aku sebagai manusia redha dan m’nerima.

Kucing2 di rumah yg selalu aku beri makan dan minum tiadalah yg setia lagi selain aku s’panjang aku ada di rumah. Pokok2 yg aku tanam tiadalah yg setia lagi utk aku siram setiap hari. Aku harap kucing dan pokok yg aku tanam semuanya sihat agar dpt m’doakan aku supaya b’jaya dan boleh pulang utk m’lakukan apa yg setia seperti dahulu kala.

Kalaupun akhirnya kucing2 dan pokok2 mati tanpa aku nanti pastinya apa yg aku lakukan tetap m’jadi kenangan. Keluarga aku juga begitu, jika aku tiada pastinya kalian akan dpt lakukannya sendiri tanpa bantuan aku. Kalian doakan la aku moga b’jaya dan akhirnya aku akan pulang utk m’bantu kalian dimasa akan datang. Air yg dicincang takkan putus.

Jauh disudut hati terasa sayu utk m’ninggalkan semua tetapi hasrat utk m’capai impian masih tebal di dalam dada utk diteruskan. Aku tak tahu lagi k’hidupan di masa akan datang nanti bagaimana, adakah sama seperti masa yg aku telah lalui atau ianya b’lainan dgn apa yg aku pernah lalui. Semuanya aku terima dgn redha. Amin. B’syukur kepadamu Ya Allah.

No comments:

Post a Comment