Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia
Mula2 rasa mcm tak nak cerita tapi asyik t'ingat je so aku cerita la. Hari Sabtu 20hb Ogos 2011 b'samaan 20 Ramadhan. Masa tu atok call mak, atok suruh b'buka puasa kat rmh makcik di Kg. Lama Benut. Time tu, kakak aku nak pergi rmh bakal mak mertua dia, adik pmpn aku plak sibuk nak pergi Parit Raja nak cari kerepek. Masing2 dah bawa kereta s'orang satu. Jadi aku pun t'fikir mcm mana aku dgn mak aku nak pergi rmh makcik. Nak naik kereta abah, aku fikir juga 10 kali sbb kereta tu abah aku je yg reti nak pandu. Aku mmg tak pernah bawa kereta abah aku tu.
Last, kakak aku ckp s'belum dia pergi dia akan hantar kami b'dua ke rmh makcik dulu. Nanti balik adik aku pulak yg jemput. Nak dijadikan cerita adik aku smpi lambat ke rmh makcik. Leka pergi ekspo kat Parit Raja sampai tak ingat nak balik. Puas dah aku call suruh balik cepat tp cepat dia tu pukul 1.30 pagi baru dia sampai. Aku dgn mak pun dah ngantuk2 kat rmh makcik. Bila dia sampai tu, adik aku matikan enjin kereta tup2 bila start semula dah tak boleh.
Aduh!!! gawat. Pakcik aku tolong tengok kereta tu rupa2nya kepala bateri t'tanggal so dah mcm tak dpt nak cas la kat kereta. Patut la adik aku kata lampu dah malap. Radio dah b'ubah siaran rupa2nya bateri kereta dah lemah. Nasib baik adik aku sempat sampai kat rmh makcik aku, kalau kereta tu t'mati kat tgh jalan lagi susah sbb adik aku s'orang tengah2 mlm pulak tu. Eee...simpang malaikat 44. Minta jauh la dari b'laku apa2 kat adik aku.
Lepas pasang kepala bateri tu pakcik aku kata kena tolak kalau nak dihidupkan kereta kami. Aku pun masuk dlm kereta, yg jadi mangsa kena tolak adik aku dgn pakcik aku. Apa la sangat kereta kancil, ringan je kalau ditolak. Masuk gear 2, tangan kanan start kereta...bila ditolak agak dah laju sikit angkat klac p'lahan2 smpi kereta rasa susah nak gerak dan paling susah utk org yg tolak kereta sbb rasa berat. Lps tu confirm hidup...terus kami b'tiga b'tolak balik ke rumah.
S'panjang p'jalanan tu aku rasa lampu kereta dah malap sbb aku tak nampak lampu kereta m'yuluh jalan, aku hanya b'pandukan pada lampu jalan. Masuk simpang jalan kampung nak m'nuju ke rumah, enjin kereta mcm dah nak mati2, jalan pun dah t'senguk2. Mak aku kata, teruskan je perjalanan tak perlu b'henti bawa p'lahan-lahan pun takpe. Dalam hati aku jgn la kereta ni b'henti kat kampung yg b'hantu tu.
Sah!! Betul2 kat depan simpang kampung tu kereta aku b'henti, walhal aku tak tekan brek kaki pun. Adoiii!!! takut cuak seram sejuk semua ada la. Tak pasal2 t'berhenti pulak dpn kg. yg mmg selalu org jumpa benda2 pelik kat situ. Kali ini aku, mak dan adik aku sendiri m'lalui pengalaman yg m'nakutkan tu. B'doa panjang aku dlm hati, selawat pun tak putus2. Takut beb sbb pukul 2 pagi kereta t'berhenti kat tempat gelap pulak tu. Takde kereta langsung sunyi sepi.
Sempat aku ckp kat adik aku suruh dia call abah aku minta bantuan. Dlm masa yg sama kaki aku tak b'henti2 tekan minyak supaya m'gaum bunyi kereta aku janji tak t'mati enjin kat situ. Tp hampa sangat2 kereta aku tak m'gaum langsung bila aku tekan minyak banyak kali. Aku tekan byk kali smpi aku rasa kaki aku m'gigil dan lengguh. Abah aku pulak tak dengar bila adik aku bagitau kami b'ada kat kg yg b'hantu tu. Entah kg. apa yg abah aku dengar pun aku tak tahu. Sampaikan adik aku eja G.O.N.G, Kampung Parit Gong nama samaran kg tu sbb ada replika gong depan kg tu. Itulah kampung yg agak keras sikit kawasannya kata p'duduk situ.
Kereta aku memang tak b'gerak langsung, mcm t'rasa ditarik2 kebelakang bila aku nak b'jalan ke depan, langsung tak boleh. Nak keluar dr kereta mmg tak sanggup la. Abah aku kata entah2 ada benda duduk atas bumbung kereta kami sbb tu susah nak gerak. Tp lepas adik aku habis b'cakap kat telefon dgn abah aku, kereta kami b'gerak tiba2. P'lahan2 mcm semut dan hanpir t'mati2 enjin kereta kami. Ya Allah Ya Allah Ya Allah !!!! Tolong la hambaMu ini Ya Allah.
Jalan depan sikit dah tu nak t'mati lagi kat kawasan p'kuburan. Ya Allah!! aku ni mmg dah tak toleh kanan kiri, terus tekan minyak walaupun pada hakikat kaki aku ni dah habis tekan minyak tp susah juga nak jalan. Dlm b'berapa minit aku nampak lampu kereta b'tentangan dgn kami, t'nyata abah aku dtg tp masa tu kereta aku dah boleh jalan walaupun sangat p'lahan dan lambat. Abah aku follow dr belakang dan buka lampu k'cemasan. Lampu kereta aku terus malap.
100 meter lagi aku dah b'kira2 utk belok ke lorong rumah aku, entah kenapa tiba2 laju terus kereta aku masuk ke garaj kereta dan bukan p'lahan kereta aku b'gerak. Nasib aku tak langgar dinding rumah aku. Sempat aku brek. Mak dan adik aku pun pelik. Siap kereta aku bunyi m'gaum kuat sangat2. Kenapa masa b'henti kat tepi jalan tu tak bunyi langsung gauman kereta walaupun aku dah tekan minyak byk kali ala2 nak racing kereta.
Aku ni kalau bab tekan2 minyak mcm nak racing tu mmg selalu aku buat, tak kira la b'henti kat lampu isyarat ke, usha lelaki naik motor ke, lagi2 aku buat kat depan rmh aku bila aku nak mulakan p'jalanan. Tp kali ni la aku akan ingat smpi mati yg aku tekan minyak tak boleh jugak gerak kereta yg aku pandu tu. Adik aku la yg kena bebel dgn mak sbb dia balik lewat la benda2 yg tak diingini mcm tu t'jadi. Pukul 2.30pagi baru kami sampai rumah.
Abah aku kata, benda tu duduk atas bumbung kereta kami agaknya. Dah nak dekat sampai rmh kami baru la benda tu terbang ke tempat lain sbb dah sampai depan rmh aku baru kereta kami laju tak s'mena2. Nasib la benda2 yg kami tak nampak tu tak ikut kami masuk rumah. Nasib jugak benda tu tak muncul depan mata kami, kalau tidak alamatnya kami semua pengsan kat dlm kereta tepi jalan. Dalam kereta tu pun, aku tak tengok langsung cermin pandang belakang. Aku sempat jeling2 cermin sisi je, itupun takut2. Giler tak takut!!!! Adoi.....
No comments:
Post a Comment