Tuesday, August 16, 2011

Qieqien Diam2 Ubi Berisi


Wahid kenal dia masa Wahid jd ketua blok kat kamsis Polikk. Wahid s’benarnya dlm diam2 p’hatikan dia je ni, tak tau kenapa. Dia tak banyak cakap dan sentiasa ikut arahan yg diberikan. Senang la nak handle budak ni drpd budak2 yg lain. Orangnya sentiasa positif dan selalu t’senyum.

Kalau tak silap, wahid rapat dgn dia selepas dia join sukan kamsis dan dia salah s’orang yg m’wakili blok G dlm salah satu acara yg dipertandingkan. S’benarnya, pihak kamsis m’gadakan sukaneka sedemikian adalah salah satu faktornya utk m’rapatkan pelajar2 junior dan senior. Kebetulan masa tu Qieqien pelajar baru semester 1 dan Wahid time tu semester 6.

S’benarnya Wahid pun dikira pelajar baru juga walaupun Wahid dah semester 6 tapi disebabkan Wahid pelajar Integrasi dari politeknik lain so Wahid lebih kurang sama juga dgn budak2 sem 1. Masih baru dan banyak yg perlu dipelajari. Wahid jd ketua blok pun sbb atas k’percayaan p’ghuni blok itu sendiri dan m’lantik Wahid jd ketua. Walhal Wahid baru setahun jagung. Belum banyak yg Wahid ketahui dan pelajari.

Dia suka b'tanya jika dia ada persoalan yg memang dia tak tahu. Dia dlm diam selamatkan keadaan Wahid masa annual dinner blok. Terima kasih banyak2 Qieqien. Biarlah orang kata kamu macam2 tapi pada pandangan mata kak wahid kamu tak seperti apa yang mereka perkatakan. Akak sentiasa support kamu walaupun kita b'jauhan. 

Tanpa Qieqien, akak tak tahu nak tuju kat mana masa konvokesyen. Thanks banyak bantu akak waktu itu. 



Tengok tu Qieqien khusyuk tanam pokok
Heina sempat intai kamera disebalik pokok...



Kasmah Kassim and Qieqien

Memory time sambutan kemerdekaan kat Dewan Rafflesia


Kenangan waktu ini masih segar dalam ingatan walaupun ianya telah lama berlalu. Kalaupun kita terpisah dek jarak yang beribu batu, ketahuilah yang kak wahid akan merindu kamu selalu. DoMo dari kak wahid jadi kenangan utk Qieqien.

Kak Wahid dedukasikan lagu ini buat Qieqien semoga cemerlang dalam pelajaran dan teruskan langkahmu tanpa menoleh ke belakang andai langkah mu itu menjanjikan kebaikkan. Usah dikau risaukan akan kata-kata orang disekeliling kamu kecuali kedua ibu bapa mu yang telah membesarkan kamu hingga kini. Jutaan terima kasih atas segala pertolongan kamu. Moga Tuhan sahaja yg membalasnya. Amin 

-Salam Sayang-

Terlalu Istimewa - Adibah Noor


Lirik/Tajuk: Terlalu Istimewa
Penyanyi: Adibah Noor
Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia
(Ulang korus)
Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…
(Ulang korus)

No comments:

Post a Comment