Tuesday, August 23, 2011

Puasa Ke-23

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tarikh : 23hb Ogos 2011
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi
Masa : 4.00 - 5.00 Petang

Majlis Penyampaian Wang Pendahuluan PTPTN Parlimen Pontian 2011

YB Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Merangkap Ahli Parlimen Pontian

S'benarnya kelmarin Wahid dapat panggilan dr pejabat ahli perlimen Pontian. Pegawai tu kata p'mohonan PTPTN Wahid dah diluluskan jadi dia suruh Wahid pergi Sek Men Keb Ayer Baloi sebab ada satu majlis yg akan disampaikan oleh Ahli Parlimen Pontian iaitu YB Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan.

Wahid pergi sekolah tu ditemani oleh mak kesayangan Wahid, Kalsom Rameli. Mak je yang sudi temankan Wahid ke sana ke sini. Lepas ni dah takde siapa lagi nak temankan Wahid ke sana ke sini, mak pun sama jugak dah takde Wahid utk ditemani ke sana ke sini. Kalau Wahid ada kat rumah, Wahid la selalu teman mak ke sana ke mari.

Kami sampai di sekolah tu pukul 4.15 ptg dan majlis telah dimulakan. Ramai juga hadirin yg hadir, separuh dewan penuh la jugak. Kesemuanya t'diri dari ibubapa dan bakal pelajar yg akan m'lanjutkan pelajaran ke semua IPTA. Wahid dan mak ambil tempat duduk di bahagian belakang sekali, al maklum la sampai pun dah lewat sikit. Tapi, ramai lagi yg lewat datang.

Habis je ucapan dari YB tanpa m'lenggahkan masa terus diadakan p'yampaian dan penyerahan wang pendahuluan PTPTN kepada bakal2 pelajar. S'orang demi s'orang nama yg disebut naik ke pentas. Fuh!!! nasib la nama Wahid tak disebut utk naik ke pentas.

S'belum tu YB dah bgtau awal2, kepada sesiapa yg namanya tak disebut bolehlah tuntut surat jawapan p'nerimaan di kaunter bahagian belakang dewan. Cepat2 Wahid pergi beratur sbb kata pakcik tu kena beratur cepat supaya cepat selesai sbb semua org nak balik rumah utk b'buka puasa. Wahid pun tak t'kecuali la utk cepat2 b'atur.

S'panjang b'diri dibarisan tu, Wahid tengok la ragam budak2 lepasan sek ni. Ada yg bgtau mereka dpt UniMas, UiTM, UPM oppss!! bila t'dengarkan UPM tu ingatkan nak tanya la budak tu ambil kos apa tp bila t'nampak budak tu lain mcm je malas la nak tanya.

Pada pandangan mata Wahid, budak2 ni kan masih remaja, fresh lagi. So, mereka belum ada pengalaman lagi nak pergi jauh dan cara2 hidup di IPTA. Bila Wahid lihat semua yg b'atur utk terima wang pendahuluan PTPTN bukan main suka lagi. Takutnya mereka ni silap guna duit tu ke arah yg baik atau s'baliknya.

P'galaman Wahid selama ini melihat mereka yg ada buat pinjaman PTPTN semuanya guna duit utk kepentingan diri sendiri. Macam2 benda yg dia ingin semuanya dibeli sekelip mata duitnya habis mcm tu sahaja. Sampai masanya nak bayar semula punyalah susah. Betul kata PTPTN seperti kacang lupakan kulit. Buat2 tak tahu je nak bayar. Aduhai...

Ok la itu je Wahid nak cerita. Mudah2an duit PTPTN yg Wahid dpt nanti Wahid dpt memanfaatkan kepada perkara yg b'faedah. Wahid bukannya boros sangat. Kalau takde nak guna utk apa2 Wahid takkan gunakannya. Wahid dulu pun dah pernah buat pinjaman KPTM dan alhamdulillah dr RM6k duit pinjaman tu skrg hanya tinggal RM2k.

Duit yuran utk masuk ke UPM pun Wahid guna s'paruh duit simpanan Wahid sendiri. Sejak m'namatkan p'gajian peringkat diploma pada bln11 2011, Wahid tak pernah cari kerja. Entah kenapa niat dlm hati takde nak pergi cari kerja. Wahid hanya uruskan kedai jahit Wahid sendiri. S'hinggalah pada 15hb Julai Wahid dapat tawaran utk m'lanjutkan pelajaran.

Alhamdulillah syukur sangat2 pada Tuhan yg memberikan s'gala2nya. Manusia hanya merancang tetapi Tuhan yg menentukan. Wassalam...

Sunday, August 21, 2011

Puasa Ke-20 "Kereta b'henti di kampung b'hantu"

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Mula2 rasa mcm tak nak cerita tapi asyik t'ingat je so aku cerita la. Hari Sabtu 20hb Ogos 2011 b'samaan 20 Ramadhan. Masa tu atok call mak, atok suruh b'buka puasa kat rmh makcik di Kg. Lama Benut. Time tu, kakak aku nak pergi rmh bakal mak mertua dia, adik pmpn aku plak sibuk nak pergi Parit Raja nak cari kerepek. Masing2 dah bawa kereta s'orang satu. Jadi aku pun t'fikir mcm mana aku dgn mak aku nak pergi rmh makcik. Nak naik kereta abah, aku fikir juga 10 kali sbb kereta tu abah aku je yg reti nak pandu. Aku mmg tak pernah bawa kereta abah aku tu.

Last, kakak aku ckp s'belum dia pergi dia akan hantar kami b'dua ke rmh makcik dulu. Nanti balik adik aku pulak yg jemput. Nak dijadikan cerita adik aku smpi lambat ke rmh makcik. Leka pergi ekspo kat Parit Raja sampai tak ingat nak balik. Puas dah aku call suruh balik cepat tp cepat dia tu pukul 1.30 pagi baru dia sampai. Aku dgn mak pun dah ngantuk2 kat rmh makcik. Bila dia sampai tu, adik aku matikan enjin kereta tup2 bila start semula dah tak boleh.

Aduh!!! gawat. Pakcik aku tolong tengok kereta tu rupa2nya kepala bateri t'tanggal so dah mcm tak dpt nak cas la kat kereta. Patut la adik aku kata lampu dah malap. Radio dah b'ubah siaran rupa2nya bateri kereta dah lemah. Nasib baik adik aku sempat sampai kat rmh makcik aku, kalau kereta tu t'mati kat tgh jalan lagi susah sbb adik aku s'orang tengah2 mlm pulak tu. Eee...simpang malaikat 44. Minta jauh la dari b'laku apa2 kat adik aku.

Lepas pasang kepala bateri tu pakcik aku kata kena tolak kalau nak dihidupkan kereta kami. Aku pun masuk dlm kereta, yg jadi mangsa kena tolak adik aku dgn pakcik aku. Apa la sangat kereta kancil, ringan je kalau ditolak. Masuk gear 2, tangan kanan start kereta...bila ditolak agak dah laju sikit angkat klac p'lahan2 smpi kereta rasa susah nak gerak dan paling susah utk org yg tolak kereta sbb rasa berat. Lps tu confirm hidup...terus kami b'tiga b'tolak balik ke rumah.

S'panjang p'jalanan tu aku rasa lampu kereta dah malap sbb aku tak nampak lampu kereta m'yuluh jalan, aku hanya b'pandukan pada lampu jalan. Masuk simpang jalan kampung nak m'nuju ke rumah, enjin kereta mcm dah nak mati2, jalan pun dah t'senguk2. Mak aku kata, teruskan je perjalanan tak perlu b'henti bawa p'lahan-lahan pun takpe. Dalam hati aku jgn la kereta ni b'henti kat kampung yg b'hantu tu.

Sah!! Betul2 kat depan simpang kampung tu kereta aku b'henti, walhal aku tak tekan brek kaki pun. Adoiii!!! takut cuak seram sejuk semua ada la. Tak pasal2 t'berhenti pulak dpn kg. yg mmg selalu org jumpa benda2 pelik kat situ. Kali ini aku, mak dan adik aku sendiri m'lalui pengalaman yg m'nakutkan tu. B'doa panjang aku dlm hati, selawat pun tak putus2. Takut beb sbb pukul 2 pagi kereta t'berhenti kat tempat gelap pulak tu. Takde kereta langsung sunyi sepi.

Sempat aku ckp kat adik aku suruh dia call abah aku minta bantuan. Dlm masa yg sama kaki aku tak b'henti2 tekan minyak supaya m'gaum bunyi kereta aku janji tak t'mati enjin kat situ. Tp hampa sangat2 kereta aku tak m'gaum langsung bila aku tekan minyak banyak kali. Aku tekan byk kali smpi aku rasa kaki aku m'gigil dan lengguh. Abah aku pulak tak dengar bila adik aku bagitau kami b'ada kat kg yg b'hantu tu. Entah kg. apa yg abah aku dengar pun aku tak tahu. Sampaikan adik aku eja G.O.N.G, Kampung Parit Gong nama samaran kg tu sbb ada replika gong depan kg tu. Itulah kampung yg agak keras sikit kawasannya kata p'duduk situ.

Kereta aku memang tak b'gerak langsung, mcm t'rasa ditarik2 kebelakang bila aku nak b'jalan ke depan, langsung tak boleh. Nak keluar dr kereta mmg tak sanggup la. Abah aku kata entah2 ada benda duduk atas bumbung kereta kami sbb tu susah nak gerak. Tp lepas adik aku habis b'cakap kat telefon dgn abah aku, kereta kami b'gerak tiba2. P'lahan2 mcm semut dan hanpir t'mati2 enjin kereta kami. Ya Allah Ya Allah Ya Allah !!!! Tolong la hambaMu ini Ya Allah.

Jalan depan sikit dah tu nak t'mati lagi kat kawasan p'kuburan. Ya Allah!! aku ni mmg dah tak toleh kanan kiri, terus tekan minyak walaupun pada hakikat kaki aku ni dah habis tekan minyak tp susah juga nak jalan. Dlm b'berapa minit aku nampak lampu kereta b'tentangan dgn kami, t'nyata abah aku dtg tp masa tu kereta aku dah boleh jalan walaupun sangat p'lahan dan lambat. Abah aku follow dr belakang dan buka lampu k'cemasan. Lampu kereta aku terus malap.

100 meter lagi aku dah b'kira2 utk belok ke lorong rumah aku, entah kenapa tiba2 laju terus kereta aku masuk ke garaj kereta dan bukan p'lahan kereta aku b'gerak. Nasib aku tak langgar dinding rumah aku. Sempat aku brek. Mak dan adik aku pun pelik. Siap kereta aku bunyi m'gaum kuat sangat2. Kenapa masa b'henti kat tepi jalan tu tak bunyi langsung gauman kereta walaupun aku dah tekan minyak byk kali ala2 nak racing kereta.

Aku ni kalau bab tekan2 minyak mcm nak racing tu mmg selalu aku buat, tak kira la b'henti kat lampu isyarat ke, usha lelaki naik motor ke, lagi2 aku buat kat depan rmh aku bila aku nak mulakan p'jalanan. Tp kali ni la aku akan ingat smpi mati yg aku tekan minyak tak boleh jugak gerak kereta yg aku pandu tu. Adik aku la yg kena bebel dgn mak sbb dia balik lewat la benda2 yg tak diingini mcm tu t'jadi. Pukul 2.30pagi baru kami sampai rumah.

Abah aku kata, benda tu duduk atas bumbung kereta kami agaknya. Dah nak dekat sampai rmh kami baru la benda tu terbang ke tempat lain sbb dah sampai depan rmh aku baru kereta kami laju tak s'mena2. Nasib la benda2 yg kami tak nampak tu tak ikut kami masuk rumah. Nasib jugak benda tu tak muncul depan mata kami, kalau tidak alamatnya kami semua pengsan kat dlm kereta tepi jalan. Dalam kereta tu pun, aku tak tengok langsung cermin pandang belakang. Aku sempat jeling2 cermin sisi je, itupun takut2. Giler tak takut!!!! Adoi.....

Tuesday, August 16, 2011

Qieqien Diam2 Ubi Berisi


Wahid kenal dia masa Wahid jd ketua blok kat kamsis Polikk. Wahid s’benarnya dlm diam2 p’hatikan dia je ni, tak tau kenapa. Dia tak banyak cakap dan sentiasa ikut arahan yg diberikan. Senang la nak handle budak ni drpd budak2 yg lain. Orangnya sentiasa positif dan selalu t’senyum.

Kalau tak silap, wahid rapat dgn dia selepas dia join sukan kamsis dan dia salah s’orang yg m’wakili blok G dlm salah satu acara yg dipertandingkan. S’benarnya, pihak kamsis m’gadakan sukaneka sedemikian adalah salah satu faktornya utk m’rapatkan pelajar2 junior dan senior. Kebetulan masa tu Qieqien pelajar baru semester 1 dan Wahid time tu semester 6.

S’benarnya Wahid pun dikira pelajar baru juga walaupun Wahid dah semester 6 tapi disebabkan Wahid pelajar Integrasi dari politeknik lain so Wahid lebih kurang sama juga dgn budak2 sem 1. Masih baru dan banyak yg perlu dipelajari. Wahid jd ketua blok pun sbb atas k’percayaan p’ghuni blok itu sendiri dan m’lantik Wahid jd ketua. Walhal Wahid baru setahun jagung. Belum banyak yg Wahid ketahui dan pelajari.

Dia suka b'tanya jika dia ada persoalan yg memang dia tak tahu. Dia dlm diam selamatkan keadaan Wahid masa annual dinner blok. Terima kasih banyak2 Qieqien. Biarlah orang kata kamu macam2 tapi pada pandangan mata kak wahid kamu tak seperti apa yang mereka perkatakan. Akak sentiasa support kamu walaupun kita b'jauhan. 

Tanpa Qieqien, akak tak tahu nak tuju kat mana masa konvokesyen. Thanks banyak bantu akak waktu itu. 



Tengok tu Qieqien khusyuk tanam pokok
Heina sempat intai kamera disebalik pokok...



Kasmah Kassim and Qieqien

Memory time sambutan kemerdekaan kat Dewan Rafflesia


Kenangan waktu ini masih segar dalam ingatan walaupun ianya telah lama berlalu. Kalaupun kita terpisah dek jarak yang beribu batu, ketahuilah yang kak wahid akan merindu kamu selalu. DoMo dari kak wahid jadi kenangan utk Qieqien.

Kak Wahid dedukasikan lagu ini buat Qieqien semoga cemerlang dalam pelajaran dan teruskan langkahmu tanpa menoleh ke belakang andai langkah mu itu menjanjikan kebaikkan. Usah dikau risaukan akan kata-kata orang disekeliling kamu kecuali kedua ibu bapa mu yang telah membesarkan kamu hingga kini. Jutaan terima kasih atas segala pertolongan kamu. Moga Tuhan sahaja yg membalasnya. Amin 

-Salam Sayang-

Terlalu Istimewa - Adibah Noor


Lirik/Tajuk: Terlalu Istimewa
Penyanyi: Adibah Noor
Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia
(Ulang korus)
Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…
(Ulang korus)

Saturday, August 13, 2011

Puasa Ke-13

Assalammualaikum Dan Salam 1 Malaysia


Dari lepas sahur aku tak tidur, aku bebual2 dgn mak aku. Ceritakan segala pengalaman yg aku dah lalui selama ini. Mak aku ni setia m'dengar, mak je yg suka dgr cerita2 aku selama ini. Tiba2 kakak aku ni ambil bantal dia terkup muka dia dan telinga dia sumbat earphone. Dia bengang dan bangun dr tilam, terus dia tegur "macam cakap dengan 10 org je". Bkn kuat pun aku b'ckp.

Pergh!! sengal btl kakak aku yg sorang ni. Kalau taknak dengar tu buat2 la tak dengar. Konon bagi alasan dia penat b'kerja nak rehat pun tak boleh. Eleh dia tu, kalau ada cuti sibuk dia keluar jalan tak pandai penat pulak, masa rehatnya dah dihabiskan keluar jalan2. Org klu penat mestilah duduk di rumah.

Aku m'yampuk la dia ckp mcm tu td, aku ni b'cerita patutnya dia dgr la ambil ikhtibar dari pengalaman aku lalui, ini tidak selalu sangat dia m'perlekehkan aku. Dia cakap aku ni malas!!! duduk rumah je taknak cari kerja, so dia ckp aku ni tak m'mahami dia yg dah b'kerja. Di sebabkan aku ni m'mahami la bekal makanan dia pergi kerja aku sediakan. Sedih aku bila kakak aku ckp mcm tu kat aku.

Kalau aku ni b'kerja aku rasa mak aku sakit kat rumah pun takde siapa dpt jaga. Nak harapkan dia confirm2 la tiap hujung minggu dia pergi rumah family pakwe dia. Aku pun pelik, apa je la yg dia buat kat sana smpi tiap minggu cuti dia tidur kat sana. Mak aku ni dah penat nak nasihatkan dia supaya duduk rehat2 kat rumah je. Lantak ko la kak nak buat apa.

Lepas ni, aku dah tak buat lagi seperti mana aku buat selalu. Masak dan sediakan bekal s'belum ko pergi kerja. Aku dah duduk jauh, takde sape2 lagi yg ko nak arahkan buat itu ini. Abah pun ckp, aku gemuk sbb aku tak kerja. Tapi bila aku cakap kat abah yg ko tu kerja tp tetap juga gemuk apa cerita. Aku ni bkn nak cari pasal tapi ko tak hargai p'tolongan aku masa skrg. Nanti aku dah tak ada ko sibuk nak ungkit2, masa tu dah t'lambat la.

Hari ni aku t'rajin la pulak, aku pergi kedai jahit aku, habis separuh aku kemaskanbarang2 kat dlm kedai tu. Sarang burung aku buang, sampah2 yg m'yampah aku buang, gerobok cermin aku cuci kasi kilat. Semua pasu2 kat kedai aku keluarkan letak kat sebelah luar kedai supaya aku senang nak m'yapu.

S'benarnya aku rajin2kan diri tu aku nak pujuk hati aku je, taknak fikir pasal kata2 kakak aku td. Aku ni kalau t'rasa hati kdng2 aku diam kadang2 aku b'suara juga. Hati hati kenapa la punya perasaan mcm ni. Tuhan s'olah2 m'mahami apa yg t'sirat kat hati aku sbb kalau hati aku disakiti mesti Tuhan ubati aku yg lara ni dgn bawa aku jauh2 dari keluarga aku. Tp aku taknak pisah dgn mak aku.

Thursday, August 11, 2011

Rohaini Salim a.k.a RoRo


Selalu sangat t'ingat kat dia ni, tak tahu kenapa. Wahid rapat dgn dia sejak kami jumpa di FB lepas kami balik dari m'ikuti program anak angkat di Kota Belud Sabah. Dia yg add wahid dulu kat FB sbb dia kata dia nampak wahid masa pergi program tu. Dia tak tahu s'benarnya yg wahid dah perhatikan dia dari awal lagi semasa kami b'kumpul s'belum b'tolak dari Polikk. Tapi masa tu wahid tak b'kesempatan utk b'bual dgn dia. Al maklum la AJK t'tinggi dlm program tu.

Well, sejak kami b'bual kat FB tu kami dah rapat, jumpa kat mana2 dalam poli dah boleh balas senyum dan b'tegur sapa. P'kenalan kami b'larutan bila kami b'tukar no tel. Kerap juga kami mesej2 bila ada kelapangan. Best b'bual dgn dia ni sbb dia sentiasa b'fikiran t'buka. Apa yg wahid cakap dia sentiasa hargai.

Ada satu hari tu dia cakap dia sakit. Bila wahid tanya dia dah makan ke belum dia kata belum sbb tak larat nak pergi beli makanan. Roommate dia pun takde dalam bilik. Kebetulan, wahid di 1Borneo uruskan bayaran broadband dan pergi bank. Wahid fikir orang sakit ni perlu makan barulah ada tenaga. Kalau tak makan nanti badan jadi lemah sbb tiada makanan masuk dlm perut utk tambah tenaga.

Jadi wahid ambil keputusan utk belikan dia Bubur McD dan ubat. Jadi lepas dia makan bubur dia boleh makan ubat. Orang sakit ni kadang-kala tekak dia tak boleh nak makan makanan yg b'minyak yg boleh m'loyakan tekak, itu pasal wahid carikan dia bubur. Memandangkan bukan waktu pagi lagi utk cari bubur kat kedai2 biasa, wahid terus singgah McD sbb di sana ada jual.

Lepas selesai urusan di 1Borneo wahid terus balik poli dan s'panjang pulang dlm bas tu wahid mesej2 dia. Mula tu dia kata dah tak larat nak balas mesej dia kata nak tidur tp s'benarnya wahid dah sampai depan pintu bilik dia. Wahid terus ckp kat dia buka pintu bilik dulu s'belum dia nak tidur.

Hahaha dia t'kejut sbb wahid dah t'cegat kat depan pintu bilik dia. Malu2 kucing pulak dia masa tu. Wahid terus hulurkan dia beg plastik ada bubur McD tu, lagi la dia t'kejut. "Nah akak belikan kamu bubur, harap kamu suka dan makan habiskan (arahan paksa konon2nya). Dalam beg plastik tu juga ada ubat utk kamu makan (paksa lagi)." Hope dia cepat sembuh sbb dia kena sihat utk hadiri kuliah hari esok.

Dia t'senyum je masa tu. Lihatkan dia t'senyum tu senang hati wahid. Pada wahid, wahid t'niat b'buat begitu bkn utk tujuan apa2 d'sebalik bantuan wahid, tapi wahid memahami dan pada wahid kalaupun wahid dlm keadaan sakit mcm dia wahid m'gharap ada org sudi m'bantu wahid. Kalau dah sakit tu mmg la tak larat nak buat semua perkara t'masuk bangun dan b'jalan. Kepala dah pusing2, silap2 boleh pengsan.

S'setengah org pulak, kalau nampak kawan sakit diaorg cuma pandai cakap je
contoh mcm ayat2 kat bawah ni :

1. kau tu sakit pergi la jumpa doktor
2. kalau tau sakit makan la ubat
3. org sakit kena makan, baru ada tenaga
4. ko sakit ke?? tanya je tapi terus ignore
5. paling best kwn sakit buat2 tak nampak pulak


So kesimpulannya dr ayat2 kat atas tu :
1. boleh kalau nak jumpa doktor tp tolong la hantar pergi klinik, jgn tau cakap je
2. tolong2 la hulurkan ubat dan air biar senang kawan tu nak telan ubat, kalau takde ubat tolong belikan kawan ubat atau cari kat mana, ni main cakap je
3. apa la salahnya belikan kawan makanan tak kira la apa2 pun, ni sedap mulut, cakap je
4. konon nak prihatin pada kawan tapi bila dah terasa tanggungjawab atas bahu takut pulak nak bantu dan sediakan macam2 alasan utk m'gelakkan diri, pandai cakap je
5. oh...kalau time dia sihat, macam2 p'mintaan suruh dia tolong itu ini tapi bila kawan dah sakit terus ditinggalkan, tak guna punya kawan mcm tu, tau cakap je.

Well, Tuhan berikan kita kesihatan agar kita bantu org yg sakit dan susah disekeliling kita selagi kita mampu dan b'daya. Apa la sangat bantuan yg kita berikan itu. Tuhan akan m'balas segala perbuatan baik dan sebaliknya pada hambanya.

Utk Roro itu je kenangan akak dgn kamu. Tiada lagi utk kali kedua slps ini. Yg paling wahid ingat bila Roro ada hantar mesej m'gatakan bahawa bila dia makan bubur je dia mesti t'ingatkan wahid. Kenangan bubur McD Roro b'sama Wahid. Kak Wahid dah anggap Roro mcm adik akak sendiri dan akak akan sentiasa ingat dan rindu dengan Roro sampai bila2 walaupun kita sekarang dah jauh terpisah.

Akak happy bila b'sama Roro sepanjang akak b'ada di Polikk dulu sbb Roro m'mahami akak dan Roro selalu buat akak senyum. Akak suka tengok mata Roro yg ala2 sepet tu. Bila akak cakap mata Roro sepet, masa tu juga Roro besar2kan mata Roro. So sweet =) Thanks Roro sbb sudi jadi peneman yg setia sepanjang akak m'rantau di sana. Roro satu tiada dua

Wahid dedikasikan lagu ini utk Roro t'sayang. I miss u so much adikku yg b'mata sepet.

Aku Yang Kau Panggil Sayang

Aku Yg Kau Panggil Sayang
Ingin Menghampiri Masa-Masa Silam
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
Pernah Meneroka Hati Ini
Detik Kemanisan Pun Berlalu
Kemanakah Janjimu Yg Suci

Aku Yg Kau Panggil Sayang
Inginku Mengutip Sisa-Sisa Cinta
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
Menapak Kehala Persimpangan
Tanpa Meninggalkan Kata-Kata
Bila Kaukan Kembali Lagi

Korus:
Seraut Wajah Sering Ku Usap
Dalam Mimpi Kita Pun Bersenda
Siangku Menyebutmu Dimalam Sunyi
Ku Digoda Rindu...Oh...

Aku Yg Kau Panggil Sayang
Dalam Kegelapan Ku Mencari Kasih
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
Mungkin Kali Ini Kehilangan
Berikan Daku Saat Terakhir
Mengusap Muka Mu Oh Sayang

-Solo-Ulang Korus & Rangkap 3
Lagu : Afzainizam Ismail
Lirik: Azimah

T'miss Contest Najwa Latif


Sebenarnya gambar ni aku buat utk masuk satu contest Najwa Latif tapi aku tak dapat nak hantar dan pertandingan tu pun dah tutup. Arghhh!!! kecewa bah aku. Aku start try hantar benda ni dari awal pertandingan tu diumumkan lagi, tapi disebabkan internet kat rmh aku ni low so t'batas utk loading kat email aku utk aku send kat bunscmb@yahoo.com

4 hari aku b'sengkang mata tunggu gambar ni loading tp tak boleh2. Last2 aku baca kat facebook fun club Najwa Latif tu dah ditutup. Mmg belum sampai rezeki aku kot nak join. Pemenang2 pun diaorg dah dapat. Emm...xpela aku anggap je kali ni bukan rezeki.

Mak, adik dan kakak aku bising2 semua nak tanya aku nak loading apa. Aduh!!! lagi la lambat nak loading. Mak aku siap pinjam laptop nak main game spider solitaire pulak. Laptop ada dua tp laptop aku jugak yg diminati.

Aku ni, entah kenapa b'minat pulak nak masuk contest tu. Maybe aku nak support org Batu Pahat kot. Tengok la gambar aku tu siap ada Tugu Batu Pahat lagi. Tuhan tu tak izinkan aku hantar sbb kalau aku hantar mesti diaorg ketawakan gambar yg aku hantar tu entah apa2 je. Aku fikir positif, setiap yg b'laku itu ada hikmahnya.

Lepas aku reti download lagu2 ni aku banyak download lagu2 yg Najwa Latif nyanyi kat YouTube tu. Dari aku tak reti nak nyanyi lagu2 BI ni aku dah t'ikut2 rentak dia nyanyi lagu2 BI. Pada aku dia sebut tu ok senang nak ikut. Lagi satu aku respect dia sbb dia ada satu anugerah dan bakat yg Tuhan beri utk b'main alat muzik. Perkara mcm tu tak semua org ada.

Kalau aku tak dapat nak join contest tu pun takpe la. Rezeki ada dimana2. Aku ada tengok rakaman dia kat Putra FM. Aku ada perasan dia cakap "anu". Kenapa ea org Johor ni tak boleh hilang dgn perkataan tu. Dulu aku selalu sebut anu2 ni kat PSA, semua org ketawakan aku. Ala perkataan anu tu s'bagai kata ganti nama s'suatu. Org Johor je faham...huhuhu.

Well, lepas ni aku dah nak daftar kat UPM. So, aku nak try la risik2 Putra FM kat sana nanti. Kalau ada peluang aku nak join Putra FM, kan aku ni banyak cakap. Mana tau kot2 boleh jemput Najwa Latif lagi dan aku nak aku jadi p'yampai radio pada waktu itu utk b'ramah mesra dgn dia. Selalunya org banyak cakap ni banyak juga yg nak ditanya so kalau aku ni tak gugup aku nak tanya macam2 la. Tp secara profesional dan open minded.

Tetiba pulak nak nyanyi lagu ni...Aku dedikasikan lagu ini utk sesiapa yg baca blog aku ni. Jom nyanyi sama2 walaupun suara tak dengar kat sini. Huhuhu i like sbb xdgr suara. See u /@_@\

Jamal Abdillah

Takdir Penentu Segala


Berat rasa kakiku melangkah pergi
Menujui ke destinasi tak pasti
Andai kata ada harapan untukku
Berikan ku tanda agar jalanku lebih bererti

Kau kucinta dari seluruh ragaku
Melebihi segala di dunia ini
Namun harapan masih tinggal harapan
Dilema menanti lebih menyiksa dari segala

Sesungguhnya...
Takdir penentu segala
Bahagia yang dicita
Hanya sedetik jaraknya

Namun masih... tak tersentuh kau jua
Kabur jua pandangan
Kekasihku... berapakah lamanya
Ketabahanku mungkin akan pudar

Puasa Ke-12

12 Ogos 2011 b'samaan 12 Ramadhan 1432H

Hari ni aku ada mood nak menjahit baju. Baju raya utk kakak aku dan anak2nya. Tapi aku baru siap jahit seluar diaorg je. 6 pasang aku kena jahit baju, 2 pasang baju melayu, 2 pasang baju kurung pahang dan 2 pasang baju kurung kakak aku. Hemm...belum lagi aku nak jahit baju makcik aku, baju adik-beradik aku sendiri. Baju aku, awal2 lagi aku dah jahit walaupun aku tak kategorikan baju tu sbg baju raya. Janji aku ada baju ok la tu kan.


Yang aku geram bila dia ni ha....Tengok!!!! siap dia baring2 lagi kat mesin jahit aku. Jadi mcm mana aku nak menjahit. Aku paling takut bila dia tengok jarum mesin tu b'gerak dia nak letakkan tangan a.k.a kaki dia kat jarum tu. Eeee...aku takut nanti kena jarum tak pasal2 dia m'giau2 kat situ. Konon nak ikut aku pergi kedai jahit temankan aku tapi jadi p'gacau aku ada la. Ini la kes selalu aku tertangguh m'jahit, semuanya pasal budak kecik ni. Geramnya aku!!!!


Mood nak raya ni tak berapa nak ada la sbb aku fikirkan utk masuk UPM raya ke7 nanti. Aduh... banyak nak pakai duit pulak tu, macam2 nak beli. Tadi ada kawan aku call, time tu aku tengah isi gam dlm botol sbb senang nak bawa. Dia kata buat apa ssh2 nak isi gam dlm botol. Dia kata beli je dah la baru berapa sen. Ahh...aku ckp selagi aku boleh b'jimat aku akan jimat utk semua benda. Ala setakat gam je apa la sangat, benda tu bkn selalu guna pun nti. Entah2 4tahun pun blm tentu hbs aku guna kat sana. Tau2 je nanti gam tu keras sendiri.


Td aku tengah syok2 jahit baju tiba2 aku perasan ada lori TNB datang rumah aku. Aku pun dapatkan la pekerja TNB tu. Dia tunjuk surat kat aku sbg tuan rumah utk pasang lampu tiang kat depan rumah aku. Mmg sebelum ni aku ada buat surat dan hantar surat kat TNB utk p'mohonan lampu tiang depan rumah aku ni. Tujuan nak pasang tu mula2nya utk aku main badminton sbb mak aku kata kalau ada lampu boleh main pada waktu malam selain waktu siang


S'ingat aku p'mohonan kami utk pasang lampu tiang tu ditolak tapi tiba2 je org TNB datang td aku pun t'kejut, terus aku panggil mak aku bagitahu yg org TNB nak pasang lampu. Sebenarnya hasrat mak aku utk pasang tiang tu dan salah satu tujuannya utk aku main badminton. Tapi sayang, aku dah tak dpt nak main badminton sbb aku dah nak pergi sambung belajar. Apa boleh buat, lepas ni lampu tu b'guna utk adik aku yg balik kerja pada waktu malam je la selain dari m'jadi penyuluh halaman depan rmh kami.

Hari ini menu berbuka kami makaroni goreng. Sedap!!! mak yg masak aku just tolong gaul2 kan kat atas kuali je. Aku sediakan roti telur sapu dengan susu pekat, ada pengat keladi, minum air sirap epal. Yang kitaorg tak sempat makan sayur batang keladi masak asam dan ayam goreng, mak aku kata makan utk sahur nanti. Lepas tu, kakak aku pergi rumah bakal kakak ipar dia sbb ada kenduri sempena bacaan tahlil arwah maknya yg meninggal semasa bulan ramadhan thn lepas. Kakak aku bawa balik makanan byk sangat.

Pulut + Serunding Kelapa
Pisang Goreng Tanduk
Popia Goreng + Pau Kelapa
Tomyam Daging
Mee Goreng + Nasi Putih + Ayam Masak Kicap = Menu masakan org Johor apabila kenduri.


Apa2 pun sebenarnya ini adalah rezeki kami utk hari ini. Sebelum ini kami makan secara sederhana sahaja, ada kurma. Sayur batang keladi tu pun bapak aku ambil kat belakang rumah sbb banyak sangat, itu pasal boleh buat pengat keladi juga. B'sederhana apabila b'buka itu lebih elok dan tidak m'ikut hawa nafsu semata2. Aku dan family memang tak biasa beli2 kat bazaar ramadhan ni. Kami tak amalkan sbb mak lebih suka masak kat rumah je so jimat.

Tuesday, August 9, 2011

Puasa Ke-9

It's me and my friend Rafeah Aziz

9 Ogos 2011 b’samaan 9 Ramadhan 1432H

Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan utk b’puasa bersama keluarga aku di rumah. Puasa aku juga setakat ni alhamdulillah masih penuh dan masih belum ada yg b’lubang atau ponteng dgn sengaja. Huhuhu... Entah kenapa aku t’fikir ni, dulu aku selalu b’puasa kat asrama dr Sek Teknik BP hingga la belajar kat Poli Shah Alam dan Poli KK Sabah.

Setiap pagi aku bangun utk m’yediakan makan sahur utk keluarga aku. Mula2 tu aku rasa mcm marah dlm hati sebab hanya aku s’orang yg buat kerja di dapur sementara yg lain masih lena dibuai mimpi. Bangun pulak bila makanan telah dihidangkan. Tapi bila dah beberapa hari aku puasa perasaan tu hilang mcm tu je. Datang pulak perasaan utk aku tulis mcm ni.

Aku sedar bahawa Tuhan beri kesempatan utk aku m’jalankan tanggungjawab terhadap keluarga sebagai anak. Tanggungjawab aku s’belum ini tidak t’laksana dan selepas ini belum tentu dpt b’puasa b’sama keluarga kerana aku b’ada jauh utk m’nimba ilmu di negeri orang.

Kadang-kala aku rasa seperti Tuhan beri aku peluang macam mana nak m’guruskan dapur, s’kurang2nya dimasa akan datang aku m’peroleh pengalaman. Maklum la usia yg ada dihabiskan utk m’nimba ilmu tetapi ilmu utk kehidupan dimasa akan datang tidak b’gerak s’iring. Aku taknak la nanti orang ckp “perempuan ni tinggi mana pun dia belajar akhirnya ke ceruk dapur juga.” Betulkan begitu, lazimnya semua memang m’galami perkara yg sama.

Kalaupun satu masa nanti aku peroleh ijazah InsyaAllah pastinya aku juga mahu diri aku dipersiapkan juga dgn ciri2 s’orang wanita dan boleh m’guruskan hal rumahtangga. Teorinya kita boleh belajar melalui apa juga cara s’kalipun tetapi praktikalnya belum tentu kita boleh m’ghadapinya kerana semua itu kita perlu lakukan sedikit demi sedikit.

Aku dah tanamkan dlm hati aku bahawa aku akan m’bantu dlm apa juga perkara selagi aku mampu kerana aku sedar aku akan b’jauhan dgn keluarga utk jangka masa yg lama. Jauh dari pandangan mata apatah lagi jasad tentulah jauh sekali. Suara sahajalah sebagai penganti dihujung talian. Tiada tangan dihulur utk m’bantu tiada juga mata utk melihat keadaan yg b’laku. Semuanya dah ditentukan Tuhan, aku sebagai manusia redha dan m’nerima.

Kucing2 di rumah yg selalu aku beri makan dan minum tiadalah yg setia lagi selain aku s’panjang aku ada di rumah. Pokok2 yg aku tanam tiadalah yg setia lagi utk aku siram setiap hari. Aku harap kucing dan pokok yg aku tanam semuanya sihat agar dpt m’doakan aku supaya b’jaya dan boleh pulang utk m’lakukan apa yg setia seperti dahulu kala.

Kalaupun akhirnya kucing2 dan pokok2 mati tanpa aku nanti pastinya apa yg aku lakukan tetap m’jadi kenangan. Keluarga aku juga begitu, jika aku tiada pastinya kalian akan dpt lakukannya sendiri tanpa bantuan aku. Kalian doakan la aku moga b’jaya dan akhirnya aku akan pulang utk m’bantu kalian dimasa akan datang. Air yg dicincang takkan putus.

Jauh disudut hati terasa sayu utk m’ninggalkan semua tetapi hasrat utk m’capai impian masih tebal di dalam dada utk diteruskan. Aku tak tahu lagi k’hidupan di masa akan datang nanti bagaimana, adakah sama seperti masa yg aku telah lalui atau ianya b’lainan dgn apa yg aku pernah lalui. Semuanya aku terima dgn redha. Amin. B’syukur kepadamu Ya Allah.

Sunday, August 7, 2011

Tiba2 t'ingat la pulak...

Tadi aku tgh masak kat dapur tiba2 t’ingat pulak pasal cerita dulu2 sebelum aku pergi Sabah. Ramai yg tegur cara aku cakap mcm org Sabah. Aku pelik part mana aku ni b’ckp mcm org Sabah aku pun tak tahu, aku rasa aku cakap bahasa melayu. Oh ya, sebelum tu dulu2 masa kat Politeknik Shah Alam aku cakap loghat jawa. Semua org tegur dan ketawakan aku. Diaorg kata jawa aku pekat bila b’komunikasi dgn diaorg. Al maklum la anak org jawa asal dari kampung pulak tu. Kampung tak la sgt area Parit Raja Batu Pahat je. Hihihi =)

Yg aku masih igt ada pekerja kedai ni perempuan, dia tegur aku asal org mana? Aku cakap la asal Johor, kenapa? Dia kata aku ni mcm org Sabah, huhuhu ada2 je. Muka aku ni muka jawa tau, huhuhu smpi hati. Dia kata lagi, cara p’cakapan aku mcm org Sabah ckp. Pergi Sabah pun aku tak pernah mcm mana aku tahu cakap Sabah.

Bkn itu je, dulu masa aku belajar kat GiatMara Sri Gading Batu Pahat. Budak2 class aku selalu kata aku cakap mcm org Sabah juga. Start dr tu la, aku belajar ckp Jawa dr budak class aku yg mmg fasih ckp Jawa. Aku nak hilangkan tanggapan org yg m’ganggap aku ni org Sabah. Tapi tak boleh juga. Hemmm...apa boleh buat. Terima je la dgn redha.

Tup2 awal tahun 2010 tu aku dpt tawaran sambung study kat Sabah. Alamak mcm tau2 je, mcm semua tu doa. Walhal tak pernah t’lintas kat fikiran aku pun yg satu masa nti aku akan stay di Sabah. Start dr sini la, sah2 aku ckp mmg mcm org Sabah sbb bila aku kat sana aku mcm t’paksa belajar cakap Sabah walaupun s’benarnya aku kena jadi diri aku yg sendiri utk ckp mcm biasa kat semenanjung.

Bila balik semenanjung, kawan2, saudara-mara semua tegur, diaorg kata aku ni b’cakap dah mcm org Sabah. Kadang2 aku taip masej pun bunyi mcm org Sabah. Kalau b’ckp pulak ada je perkataan “Bah”. Pengaruh kuat kot kat sana. Aduhai!!! Nasib2 la. Lps ni, kalau aku reti ckp BI mesti aku pergi luar negara pulak...hehehe berangan je aku ni. Tp mmg aku t’ingin nak pergi Melbourne. Aku siap dah mimpi2 je mcm dah pergi sana. Mak aku ckp, kena pandai komunikasi BI la mcm tu.

Ni cerita lain pulak, ada org ckp aku ni cikgu. Time tu aku pergi CIMB Bank kat Pontian, pegawai bank tu tanya aku ni cikgu ke? Aku boleh jawab “hampir2 la jadi cikgu”. Dia kata muka aku ni nampak mcm ala2 cikgu. Alhamdulillah kalau mcm tu, aku pun mmg ada cita2 nak jadi cikgu. Dari kecil lagi, semua org ckp aku ni dah besar nanti akan jadi cikgu. Bestnya la kalau doa2 mereka tu t’makbul, aku pun doa juga s’benarnya plus b’usaha kearah itu.

Cerita paling best bila org cakap aku ni MUDA. Hahaha...diaorg kata aku ni umur mcm budak baru habis sekolah. Awet muda kot aku ni (huh perasan habis). Takpe la siapa lagi nak puji kalau bkn diri sendiri. S’benarnya, aku ni suka t’senyum. Pergi mana2 pun aku senyum je. Sampaikan satu hari tu, aku kena tegur dgr org kedai makan. Dia ckp aku ponteng sekolah dah tu merayap jalan2 pergi bandar.

T’henti langkah aku masa tu bila t’dengar. Aku cakap la kat uncle bangsa cina tu “saya dah habis belajar la kat Shah Alam”. Dia t’kejut, dia kata muka aku mcm budak sekolah ting.4-5. Huhuhu see mcm nampak muda tp usia masa tu dah 22tahun sebelum aku sambung belajar kat Sabah. Aku sambung belajar kat Sabah umur aku 23tahun.

Aku ni mmg banyak cakap, tengok je la aku taip ni satu muka surat kertas A4 tau. STOP!!!

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa


Assalammualaikum Dan Salam 1 Malaysia

P'tama Wahid nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa. Aik mcm sama je kan bunyinya. Takpe la...apa2 pun 1 Ogos 2011 b'samaan dengan 1 Ramadhan 1432 H semua umat islam b'puasa. Pada yg tidak dpt puasa tu jgn lupa bayar semula. Kalau nak curi2 makan tu 'tapuk2' la kata org Sabah.

Pg tadi Wahid dgn keluarga b'sahur nasi b'laukkan dgn sayur, sup ayam dan ayam goreng. Ok la tu utk alas perut dan minum air nescafe o panas. Dalam pukul4 pg td adik Wahid dpt panggilan dr adik Wahid yg lelaki tu. Dia minta bantuan sbb motor yg dia tunggang k'habisan minyak. Dia dari rmh Parit Raja Batu Pahat nak balik ke rmh kami di Ayer Baloi Pontian. Tempat yang dia kehabisan minyak tu tak jauh dari rumah so dia minta adik perempuan Wahid hantarkan minyak motor. T'paksalah adik Wahid yg perempun tu drive pagi2 semata2 hantar minyak.

Nasib la dia sempat sampai ke rmh utk b'sahur sama2 kami. Mak tanya kenapa dia tak balik malam nak puasa tu. Dia fikir apabila gerak awal pagi dari rmh sana boleh sampai ke rmh yg di kampung ni dgn cepat. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yg tentukan. Kalau balik malam td tentu tak berlaku mcm tu. Lagipun masa panjang lagi utk b'sahur. Ini dah kira k'suntukkan masa juga utk kejar masa b'sahur. Mak bukan apa dia risaukan keadaan adik lelaki Wahid tu.

Tahun ni Wahid dapat la b'sahur, b'buka dan b'puasa b'sama keluarga. Selalunya bila tiba bulan puasa je mesti la b'laku ketika Wahid belajar. Dulu di Sekolah Teknik Batu Pahat, kemudian di Politeknik Shah Alam lepas tu kat Politeknik Kota Kinabalu pulak. Tapi semuanya m'jadi kenangan apabila b'ada jauh dgn keluarga. Semuanya sendiri dan tidak ada pihak yg m'gejutkan utk bangun sahur. Sedih kadang-kala m'ingat kembali kenangan puasa dahulu kala. Huhuhu

Mcm thn lepas Wahid puasa di Sabah ketika m'nuntut di Politeknik Kota Kinabalu. Masa disana b'beza dgn di semenanjung. Waktu imsaknya hbs cepat dan yg paling best 'sungkai' cepat 1 jam dari semenanjung. Oppss!! lupa pulak, sungkai tu bahasa Sabah, bahasa melayunya b'buka puasa. Kat sana Wahid makan ala kadar je. Ingat nak pergilah tengok Baazar Ramadhan di Indah Permai tp tak jadi pulak. Belum t'gerak lagi kaki nak pergi ke sana walaupun si Rohaini Salim ada ajak Wahid utk tgk2 apa juadah yg dijual. Wahid malu s'benarnya nak jalan2 dgn dia.

Malam tadi sempat la buka FB wish kat abang kakak and anak2 saudara. Mereka jauh so tak dapat la nak b'puasa b'sama2. Apa2 pun raya nanti diaorg balik juga b'raya b'sama kami. InsyaAllah...Wahid sempat lagi baca wish dari kawan2 dan antaranya dua ni. Unik la...Dua2 dari kawan yg di Sabah. Jealous plak mereka b'buka cepat.

Kepada semua umat islam tidak kira dimana b'ada Wahid ucapkan SELAMAT BERPUASA. Moga segala ibadah diterima dan sentiasa m'lakukan perkara kebaikkan. InsyaAllah akan mendapat rahmat dari NYA. Amin...

`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫ AYU NATASHA MISIRAN - Tawau Sabah-
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿¸.•❤••❤•Ø¨ِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •❤••❤•.¸✿
* _Π_____* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/______/~\SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
| ç”°ç”° |é–€| ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥

..♥..SALAM RAMADHAN 1432H KEPADA SEMUA MUSL!M!N & MUSL!MAT..♥..
ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ
•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.​¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•
::: (\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*..​.*...*...*...*...*
*: (=' :') :::::::: SALAM RAMADHAN ::::::::::
...•.. (,('')('')¤...j*A...N*...N*A..​.*...J*...Y*...*...*...*
¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*​•.¸¸.•*´¨`*•.¸
ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ
NURJANA RASHIDAH SAMSON SABAH

Wahid dedikasikan lagu ini untuk semua yang m'baca blog Wahid.

Raihan – Harapan Ramadhan

Ku Mengharapkan Ramadhan
Kali Ini Penuh Makna
Agar Dapat Kulalui
Dengan Sempurna

Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa Ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula

*courtesy of www.LirikLirikLagu.com

Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang DiperintahNya
Moga Dapat Ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-henti

Tak Ingin Ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan
Ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan

Selangkah Demi Selangkah…
Dengan RahmatMu Oh Tuhanku…
Ku Tempuh Jua

Lirik Lagu Raihan – Harapan Ramadhan
Artis: Raihan

Saturday, July 16, 2011

Dah ada Mood Konvokesyen...(@_@)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi...rezeki Allah nak bagi. Wahid dah dpt keputusan UPU dan akhirnya wahid dpt sambung belajar kat UPM Serdang. S'belum ni wahid rasa mcm takde mood sbb asyik fikir pasal keputusan UPU tu la. Tp skrg ni dah dpt tahu t'senyum je la.

Konvo wahid kali ni kat Poli KK Sabah. Last rasanya pergi Sabah sbb lps ni tak tahu lagi dpt pergi sana lg ke tak. Maklum la dah tiada urusan apa2 lagi cuma yg ada tinggal kenangan saja. Kalau ada pun pergi sana dpt lepaskan rindu pada keluarga angkat di Kota Belud dan makcik di Tuaran.

Lepas balik dr Sabah nti bz pulak uruskan pasal nak hantar borang jawapan. Saja buat awaal biar tak kelam kabut. Nak sediakan baju awal2 utk ke UPM. Hehehehe semangat!! Sekali s'umur hidup tak salah. Emm..tak tau nak cakap apa lg...mood mmg happy sangat2 la.


Wednesday, July 6, 2011

Mood Konvokesyen...


Hari konvokesyen tinggal berapa hari je lagi. Aku tak prepare apa2 pun, takde semangat nak naik pentas. Tp disebabkan aku dah beli tiket dan dah bayar yuran konvo aku gagahkan juga pergi Sabah. Baju nak pakai time konvo nanti aku tak buat pun sbb tema yg poli suruh cuma baju warna terang. Emm...banyak warna terang tp tak terfikir pun warna apa yg sesuai sbb poli akan bagi tudung khas semasa majlis konvo nanti.

Mak aku bagi cadangan suruh pakai je baju kakak aku, habis cerita. Baju kakak aku time konvo kat PoliJB warna krim. Aku dah try baju tu dan t’nyata muat. Dulu kakak aku kecik sikit badannya tp sekarang dah besar sikit, entah2 dia pun dah tak muat. Dr terbiar je kat dlm gerobok kakak aku tu baik aku yg manfaatkan.

Aku dulu konvo kat PSA tema baju warna putih. Takkan nak pakai baju tu lagi sbb aku dah pakai kat PoliKK masa ada majlis2 kat kamsis. Apa2 pun janji aku pakai baju tak kisah la warna apa2 pun. Kasut pun aku tak beli lagi. Aku tak nak jadi macam dulu kasut yg aku beli last2 minute ketat sangat sampaikan kaki aku melecet. Aku cover2 naik pentas tu tahan sakit. Nasib la gambar aku masa terima sijil tu t’senyum je. I like....

Emm...sampai sana nanti aku tak sabar nak jumpa orang yg aku anggap adik aku sendiri iaitu Rohaini Salim. Aku rasa dia cute dan bila aku tengok muka dia aku akan rasa tenang. B’sama dia selama dua semester m’buatkan aku kenal dia s’orang yg sentiasa tersenyum dan aku suka tengok dia tersenyum. Tak lupa juga pada ex roomate dia Ayu Natasya Misiran. Sekarang dia adalah s’orang model sambilan dan dia b’kerja di kedai kek sbg designer cake. Aku dah siap tempah kek dr dia utk celebrate birthday aku kat sana.

Haaa inilah antara Ayu Natasya yg design. Aku nak mcm ni juga. Sempena thn ni thn arnab dan aku juga dilahirkan pada tahun arnab juga. Heheheh...cumil la. Kalau dpt la yg mcm ni first aku nak gigit telinganya dulu.

Kalau boleh nak jumpa semua budak2 ex blok G lagi2 budak2 aras 5. Diaorg yg sentiasa dihati dan sentiasa ada utk m’gembirakan hati aku. Masa bulan4 aku datang tu pun diaorg dah t’jerit2 mcm nampak artis je siap peluk2 aku kuat sangat. Meresap sampai ke jantung aku rasa perasaan gembira tu. Dah terbayang2 ni muka satu per satu budak2 blok G lagi2 budak aras 5.

Aku terfikir ni mcm mana reaksi diaorg nanti bila jumpa aku.

Tuesday, July 5, 2011

Malam Anugerah Gemilang Kamsis POLIKK

Saat itu Dewan Reflesia yg terasa bagaikan b'gegar dengan jeritan dan keriuhan penghuni kamsis Politeknik Kota Kinabalu dan aku adalah antara insan yang rasa b'debar apabila menunggu utk m'dengarkan keputusan keceriaan blok kamsis. Sungguh aku terasa debarannya sbb budak2 blok aku dah excited sangat dan yakin blok G bakal juara. Ditambah lagi suasana ketika itu, aku dapat dengar penghuni dr blok lelaki m'laung2kan nama blok G sebelum diumumkan keputusannya pd majlis yg ditunggu2 selama satu semester.

Dengan bertemakan pakaian hitam putih pada malam itu, semua penghuni sungguh anggun pd siswi dan pada siswa juga sungguh segak dgn pakaian yg sentiasa smart. Pada malam tu mcm biasa first kami nyanyikan lagu Politeknik Kota Kinabalu, Lagu Politeknik Malaysia dan lagu Negeri Sabah yg sentiasa m'naikkan semangat sesiapa yg berada di dalam dewan ketika itu.

Ucapan demi ucapan dan diselitkan dengan slide show gambar2 sepanjang aktiviti kamsis bagi sesi Julai 2010. Dan kini tibalah p'gumuman yg dinanti2kan oleh semua penghuni. Keadaan di dewan ketika itu kecoh dan t'dengar suara2 penghuni m'jerit2. Tak sabar utk m'getahui keputusan kecerian blok. Aku yg dah selawat banyak kali ni pun terasa m'gigil tangan. Budak2 blok G yg duduk sebelah aku dah senyum2 pada aku.

Menanti dgn penuh debaran dan akhirnya keputusan diumumkan "Kecerian blok siswi bagi sesi Julai 2010 jatuh kepada BLOK G SEMARAK". Aku rasa masih terngiang2 lagi ucapan itu ditelinga aku. Memang aku tak dapat lupakan. Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana usaha yg kami lakukan selama ini akhirnya m'buahkan hasil. Walaupun blok kami lakukan keceriaan tidaklah seberapa dgn blok2 yg lain tetapi kalau dah tertulis hari itu rezeki blok kami menjadi JUARA tidaklah kemana2.

Setelah diumumkan pemenang, aku selaku Ketua Blok ketika itu naik ke pentas b'sama dgn s'orang kawan yg satu aras. Lagipun dia dah cakap awal2 kalau blok kami menang dia nak ikut sama naik ke pentas terima piala. Mula2 tu aku yakinkan dia supaya tidaklah terlalu m'harap kerana apa2 pun boleh b'laku disaat akhir. Tapi ternyata tekaan budak2 blok G tepat.

Terima Kasih Cr Puan Norhasimah Binti Kassim selaku Pengetua Kamsis Politeknik Kota Kinabalu Sabah. S'panjang b'jalan ke atas pentas aku b'syukur sangat dan aku tersenyum sampai depan Puan Shima. Aku rasa inilah kenangan paling manis selama aku m'jadi ketua. Thanks pada yg m'gundi aku utk jadi ketua blok ketika itu dan semuanya b'setuju. Aku rasa kalau masa tu ada dua pilihan ketua yg dicalonkan aku rela letak jawatan sbb aku pada mulanya tidak yakin tetapi diatas keyakinan dan k'percayaan orang lain pd aku m'buatkan aku tak jadi nak letak jawatan.

Bukan mudah utk jadi ketua yg sememangnya haruslah s'orang yg b'tanggungjawab dalam segala hal serta membantu pihak kamsis dalam pengurusan penghuni di blok kamsis. Memang berat utk m'hadapi tapi aku tabahkan diri utk melalui semua yg datang sepanjang semester itu. Aku terima yg manis dan pahit. Aku mulanya dah terfikir juga, bolehkah aku m'jadi pemimpin ketika itu. Tetapi b'bekalkan pengalaman aku harungi juga walaupun pd akhirnya kenangan pahit yg aku terima tanpa henti. Tuhan masih sayangkan aku sebab itu aku diuji sedemikian.
Senyuman Ketua Blok. Pandai2 je budak2 ni curi2 gambar aku. Time ni aku nak tunjukkan budak2 ni piala yg blok kami menang. Malahan diambil gambar aku pulak. Apa2 pun thanks =)

Orang2 yg sentiasa m'dukung aku dari belakang. M'jadi tulang belakang aku dan banyak m'bantu aku dalam segala2nya. Dari kiri Erwana Binti Riadi, Wendy Muda Binti Anton, Nooreleena Binti Makbal and yg paling hujung tu Jovie Velerie Binti Paul. Best friend forever. Masing2 ada keletah yg tersendiri dan aku rasa kadang aku terhibur dengan mereka punya joke. Pernah la sekali kami keluar ramai2, aku rasa pipi aku sakit sbb t'senyum je dengar lawak2 mereka. Tp dengan lawak2 mereka itulah aku mampu t'senyum hingga kini.

Time ni dah habis majlis mereka ajar b'gambar kat atas pentas. Diaorg tarik je aku time nak b'gambar kenangan. Dr kiri Wahid KBG singkatan utk ketua blok G, Siti Nurfatiha Binti Yusof, sebelah dia sama2 dari Labuan Malati Binti Naim dan yg paling hujung Erwana aka Lampik. Semuanya tinggi2 aku je sorang yg rendah.

Si gadis manis Sarimah Ghafar selaku Biro Sukan Dan Aktiviti Blok G sesi Julai 2010. Biro yg aku lantik secara tak sengaja di atas sesuatu perkara yg berlaku depan mata. Ema i know you strong and you smart girl. Saya nampak sesuatu yg ada dalam diri kamu tetapi kamu tidak m'nonjolkannya dan m'buktikan bahawa kamu juga boleh memimpin. Saya nampak sifat kamu itu ketika kamu b'diri dan m'yoal saya dengan pelbagai p'soalan yg ketika itu sebenarnya kamu yang salah faham ketika m'dengar penerangan saya di dalam p'jumpaan bersama penghuni lain.

Saya rasa keputusan saya tepat ketika saya m'lantik kamu utk m'gantikan org yg tak sepatutnya berada di kedudukannya ketika itu. Apabila kamu b'diri dan b'suara kamu tidak sedar s'benarnya kamu m'punyi k'beranian dan ketika itu semua t'diam m'dengar apa yg kamu p'katakan. Itulah kelebihan kamu yg saya dpt lihat. Kamu b'kebolehan b'suara dan semua orang akan dengar. Kamu juga adalah salah s'orang yg m'beri kata2 semangat ketika saya gagal di dalam melaksanakan projek. Thanks Ema for everything.
Melty Boloh merangkap aku punya Penolong Ketua Blok G utk sesi julai 2010. Thanks Mel sbb sudi m'bantu dlm m'jayakan semua program blok kita. Mel kena yakin dgn kebolehan diri Mel jgn cepat m'galah dan terlalu cepat buat keputusan yg Mel belum pasti lagi. Kalau saya tidak nasihatkan Mel awal2 dulu tentu Mel dah tarik diri dari sama2 m'jaga blok sampai ke tahap kita peroleh kemenangan dan m'peroleh kenangan yg paling manis b'sama penghuni aras 5.

Inilah Sijil di dalam frame yg Blok G menang.

Malati teruja!!! Senyum bah kamu...

Fatiha dan Erwana sweet girl. Hahahaha sweet la sangat...Boleh bah kalau kau!!!
Noor Azlaily Mokhtar + Anina Zulaikha Mohamadin + Norheina Ahmad = Geng Aras 5
Peaceeee!!!! Thanks korang sbb banyak gila la bantu KBG. Heina ketua yg sempoi dan suka gelak. Anina kawan yg sentiasa ada disebelah Heina. Laily penghuni baru aras 5 dari KL.

Adibah Hatun Nasir + Siti Nurfatiha Yusof + Salfarina Saharani = Friend Together2

Peace =)

Smile Always =)

BBF =)

Wajah2 kegembiraan penghuni Blok G Semarak. KBG wahid sayang sangat2 kat kamu semua.

Penghuni aras 5 m'rakamkan gambar kenangan terakhir pada majlis p'nutupan kamsis sesi Julai 2010. Terlalu happy ketika blok G digelar juara dan tempat ke2 blok terbaik di antara kesemua blok di kamsis sampaikan kasut tumit tinggi pun dia angkat juga, memang happy sangat2 la time ni utk semua penghuni.

Duduk satu barisan dan tak pernah b'pisah. Ingat adik2 ku sayang satu masa nanti kamu akan b'pisah juga m'bawa haluan masing2 tetapi KBG Wahid harap tidak dilupakan antara satu sama lain dan saling b'hubung walaupun sudah b'jauhan.
B'kongsi k'gembiraan b'sama separuh penghuni2 Blok G Semarak. Terima kasih kepada semua penghuni di atas kerjasama kalian utk memajukan blok kesayangan kita. Kenangan dengan kalian tak dpt KBG lupakan.

Lebih m'gejutkan lagi, blok kita m'perolehi Anugerah Blok Terbaik walaupun hanya mendapat tempat ke2. Kita pun tak menjangka sebenarnya kemenangan yg tanpa disangka2 itu. Well, disiplin blok kita memang longgar sedikit b'banding dengan blok yg m'juarai anugerah blok terbaik. Tapi kita tetap enjoy berada di Blok G yg best gila.
Antara penghuni2 blok G aras 5. KBG sebut sekali imbas la ok, dari kiri Qieqien, Atun, Salfarina, Heina, Lysa, Kasmah, Anina, Erwana, Wendy, Malati, Jovie, Eleen, Fatiha, Elina Ku Lih Hwan, Anis Maheera Farid Anuar, Rozalia and ada lelaki s'orang t'sesat kat sini.

Untuk meraikan kemenangan Blok G Semarak KBG dedikasikan lagu ini untuk hiburkan hati semua penghuni dan ucapan setinggi2 terima kasih atas sokongan kalian samada yg terlibat ataupun yang tidak terlibat dalam aktiviti blok. Terimalah... i hope you all enjoy this song.
Love You All So Much...Indahnya di Bawah Bayu Selamanya =)

Ella (Wah Idris & David Gates / Habsah Hassan)

Standing In The Eyes Of The World


Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

( korus )
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Friday, July 1, 2011

Anis go back to Muar


Anis depan rumah aku. Dia dah siap2 nak balik Muar. Time ni la pulak dia nak b'gambar. Rumah aku tu belum siap. Lps ni kalau Anis dtg lagi tentu dah b'beza.
Peace Anis =)

Huhuhu jalan keluar dr Parit Panjang. Sempat aku b'henti tepi utk Anis ambil gambar. Well, jangan komen kenapa byk sangat signboard dlm gambar Anis ni. Hobi t'baru...


Anis Gadis Petronas. Semua petronas aku b'henti sbb kat sinilah salah satunya yg ada nama2 tempat yg Anis pernah sampai. Lagipun kat petronas senang sikit nak ambil gambar.

Masjid di Benut. Anis tertarik sbb dia tengok pada warna masjid tersebut. Unik!!


Signboard ni s'benarnya m'nuju ke kampung mak aku. Mak aku org Kampung Permatang Duku. Maybe dulu2 banyak duku kot kat kampung tu, itu pasal la mereka namakan p'matang duku. Tp ada juga permatang lain seperti Permatang Palas dan Permatang Sepam.


Kami singah sebentar di AZHAR FOOD. Borong kerepek utk ole2 Anis. S'belum masuk pintu ada mcm2 kerepek. Testing la katakan tp jgn pulak melantak habiskan semua kerepek kat situ tp tak beli apa2. Kalau mcm tu baik datang rumah tauke kerepek time raya, hehehe confirm mkn free mcm2 ada. Heee joke.


S'belum pulang ke tempat asal perkara yg wajib di beli dari Johor adalah kerepek. Mesti beli tau, tak kira la kerepek apa2 pun. Yg pastinya semua sedap2 belaka. Yg pedas, yg ranggup, yg masam masin, yg manis semua ada. Tinggal cari dan bayar je. Jgn khuatir Johor m'jual makanan dr harga serendah 50sen, RM1, dan ke atas. Jd sesiapa yg tidak m'punyai bajet lebih boleh la juga bawa pulang makanan popular dr Johor. Semua boleh m'rasainya =)

Anis SignBoard Girl Johor 2011
Hahaha ni idea aku, kesian Anis dok keluar dari kereta s'mata2 nak ambil gambar. Huhuhu...


Anis kat tepi Jalan Bukit Kelicap Batu Pahat.

Aik!! ceh ceh ceh makcik sorang ni...b'posing tak pandang kanan kiri


I Like...kalau la Anis dok depan sikit leh tangkap gambar kepala Anis yg kena tukul dgn pahat tu.
Apa2 pun kenangan kamu la sbb dah sampai salah satu daerah di Johor iaitu Batu Pahat.


Hua hua hua...b'gaya sakan bah ka'au


Dataran Batu Pahat 2011
Malam2 la dtg sini best ambil angin...


Anis bocah cilik...


Oppss!! sori Anis... penat sudah bah kamera women ni
Senget dah gambar kamu...well, actually aku nak tangkap gambar bendera Johor tu...


Dataran Batu Pahat


At Padang Hoki Batu Pahat b'latarbelakangkan Menara Jam


Anis kat salah satu bangunan MPBP


Peace!!! Aku dgn Ummu Anis


Last Anis b'gambar di Jalan Bakri 1, time ni kami b'henti utk m'nunaikan solat maghrib di stesen Petronas. S'benarnya time ni kitaorg mcm dah tak tahu jalan utk ke Muar maybe kami belum solat lagi itu pasal la kami mcm tak nampak jalan. Lepas dah solat maghrib, dada dah lapang coz dah tunaikan k'wajipan pd Maha Esa so dipermudahkan jalan. Terus terus dan terus. Aku tahu mak duduk kat bahagian belakang tak putus2 b'doa.

Aku pun s'benarnya kecut perut juga sbb jalan yg kami lalu memang sunyi langsung tak ada rumah kat tepi jalan, tak ada tiang lampu huh mmg gila la s'panjang p'jalanan kami. Tp lepas tu kami dah faham la kalau nak ikut jalan dalam. Kami kalau nak pergi Muar selalunya ikut jalan dr Batu Pahat. Jarang kami ikut jalan dr Parit Sulong, kalau ada pun dulu selalu ikut jalan Kangkar Senangar sbb nak pergi IKBN Pagoh ambil adik yg belajar di sana.

Jam8.30mlm kami sampai di rumah nenek Anis kat Parit Jarum, Bukit Gambir, Muar, Johor. S'patutnya hantar Anis kat rmh nenek dia di Simpang 5 tp disebabkan ummi dan ayah Anis di rumah neneknya kami pun hantar la dia di sana. Sambil tu mak aku nak kenal2 dgn keluarga Anis sekali. Kami b'tolak dari Parit Jarum pukul 9.30 mlm. Sempat juga s'belum balik aku singgah jumpa kawan kat polikk dulu, dia b'niaga kat Baitulmal depan Sek Men Sains Muar.

S'panjang p'jalanan tu aku dengan mak b'bual2 juga la sbb mak tak mahu aku ngantuk semasa m'mandu. Tp last2, aku tengok mak yg t'tidur sbb kepenatan. Aku s'org yg layan lagu kat radio. Bawa kereta malam2 best sbb bawa 80km/j pun tak terasa. Hinggalah sampai kat satu jambatan depan Sek Men Arab Tampok Rengit...jeng jeng jeng aku nampak polis buat roadblock. Mampus... aku dah la bawa laju gila sbb nak cepat sampai rumah.

Aku kira2 nak b'henti tp mcm was2 last2 aku sempat tekan brek dpn polis b'diri. Hahahaha.... nasib la aku sempat. "Nak pergi mana ni?"serius je polis tu tanya. Aku jawab la nak balik rumah kat Ayer Baloi. Siap dia tanya aku rumah kat mana, anak siapa. Huh byk soal tp yg aku cuak bila dia cakap "awak m'mandu laju ni." TET....mmg pun aku pandu laju 100km/j kat jln kampung. Hehehe nasib la aku mmg nak sampai rumah cepat sbb kepala aku dah pusing.

Jujur aku terus bgtau polis tu "maaf la encik saya ni dah m'gantuk sangat sbb tu bawa laju sikit biar cepat sampai rumah". Well dia lepaskan kami. Dia pun tahu pukul 1.00pg, perempuan bawa kereta mcm mana. Kami pun taknak la kalau kena saman tp sebab dah masing2 tak larat nak drive aku pun pecut je la bawa kereta. Ok finish aku b'celoteh. Sampai rumah dkt jam 1.30pg, lepas aku solat isyak and than on lappy sampai tak larat baru la aku tidur.